Ini antara video OSEM yang paling aku minat...anyone, please teach me how to do :)
Tuesday, January 24, 2012
Tuesday, January 10, 2012
Jurisiction or Bidangkuasa???
“Jurisdiction” atau bidangkuasa?. Istilah ini digunakan secara meluas dalam dunia perundangan atau kehakiman. Secara mudah bidangkuasa ialah kuasa yg diberikan oleh sesuatu akta kepada individu atau badan yang ditubuhkan. Contohnya, Mahkamah seksyen menjalankan kes2 sivil berbayar sehingga 250,000 dan mahkamah magisteret juga menjalankan kes2 sivil yang berbayat setakat 25000 sahaja. Semua ini bergantung pada hierarki, semakin tinggi hierarki, semakin besar bidang kuasanya manakala semakin rendah hieraki, semakin kurang bidang kuasa seseorang itu
Meh kita lihat beberapa contoh berkaitan perlembagaan malaysia. Mengenai agama islam contohnya, ia terletak dibawah senarai negeri. Oleh itu, kerajaan negeri mempunyai kuasa menggubal undang2 berkaitan agama islam dan menguatkuasakannya, kerajaan persekutuan tiada kuasa dalam hal ini. Contoh lain adalah pekerjaan sehari2. Tentu sahaja kerja kita sehari2 ada hadnya. Justeru, biangkuasa adalah milik kita. Melakukan kerja sehingga melebihi batasan adalah sesuatu yang kejam pada diri. contoh bermain game sehingga mengabaikan masa tidur.
Aku nak tekankan disini, jangan sesekali bertindak melebihi bidang kuasa terutama bidang kuasa yg ditetapkan Pencinta. Kebebasan yang kita kecapi tak bermakna kita bebas lakukan apa saja ya. Kita sentiasa terikat dengan peraturan Tuhan, maka, haruslah kita patuh untuk mendapat syurga kelak.
Allah mengurniakan nikmat yakni bidangkuasa kepaa kita kita. Nikmat pekerjaan yang bagus, duduk didalam hierarki yang tinggi dikalangan manusia bukanlah untuk tujuan riak sebaliknya membantu yang lemah dan jgn sesekali menyalah gunakan bidang kuasa yang diberikan.
Jika Tuhan berikan kita bidang kuasa yang tinggi lebih dari orang lain,, gunalah sebaiknya.
Jika menjadi pemerintah, biarlah yang Amanah.
Jika menjadi hakim, biarlah bijaksana.
Jom, kita bersama merenung diri dan menghayati apakah bidangkuasa yangtelah diberikan pada kita. Apakah kita melaksanakan segala bidangkuasa yang diberikan dengan sempurna atau bertujuan menganiayai orang lain?? Adakah kita gunakan bidangkuasa kejalan yang betul atau penindasan semata mata?? Muhasabah dan lihatlah dgn penuh insaf..
Jika kitasalah selama ini, kembalilah ke pangkal jalan sekiranya anda telah melampaui batasan dan had yang telah ditetapkan Allah. Sesungguhnya, jalan pulang ke pangkuan Allah masih terbuka luas.
Subscribe to:
Posts (Atom)