Friday, December 31, 2010

Salah didikan??

Manusia patut disayangi...bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan...

Semalam sedang aku baca majalah, dengar bunyi kucing mengiau..bunyinya seakan sedang dalam kesakitan...lalu aku menjengok melalui tingkap berdekatan dan melihat sekumpulan budak2 sedang mengerumuni..mereka sedang mendera seekor anak kucing..hesh..kesian anak kucing tu, mereka mencucuk lidi diduburnya....darah mengalir...aku x sempat menghalang kegiatan tersebut. bila aku dtg, mereka pon panic...aku cakap 'kenap buat kucing ni mcm ni, berdosa tau dera binatang'. muka sipendera tu pucat...budak tu baru darjah 3. mak aku sapukan minyak gamat kt kucing itu.

Apa yg aku nak cakap kt sini adalah kenapa perkara ini boleh berlaku. naluri anak2 yang suci ini telah dicemari. mungkin pengaruh WWF dalam tv, pengaruh rakan sebaya ataupon keluarga. mak aku cakap budak tu bapanya telah ditahan polis bulan lepas atas dakwaan membunuh...astagfirullah, kesian juga aku pada budak itu. mungkin ayah dia pernah mendera dia juga. Ptg td, aku ke perpustakaan..akak penjaga perpustakaan itu bercerita dgnku ttg budak2 nakal yg datang bukan nak baca buku tapi mengoyak buku, buat bising dan mengganggu ketenteraman org lain.mereka juga mencuri tabung masjid. mereka itu termasuklah budak yg mendera kucing ini. muka mereka comel tapi kesian hati mereka keras.aku tanye mereka 'nak baca buku ya?'..dgn slumber dia jawab 'mana saya tahu baca lagi'..alahai, kasihannya melihat kaum melayu sendiri begini.. muda mudi masa akan datang beginikah?? bagaimanakah keadaan negara dimasa datang. terfikir pula keadaan anak cucuku..akan senangkah mereka hidup nanti..

aku perlu buat sesuatu tetapi bagaimanakah caranya?budak2 ini boleh dibentuk lagi..cuma mereka perlukan pengisian yg lebih dari aspek rohani. buat sesuatu jika lillahi taala, insyaallah akan berjaya...


my bro danial and lala the cat



Sunday, December 26, 2010

tentang hati..

hati ini!!!...apa yg kamu mahu duhai hati...hati gersangkan iman ke? ketenangan? takkan nak keserabutan plak.... makin bertambah usia, hati makin parah, kecoh, huru hara..... erm...25 thn hidup didunia tp tiada apa2 lagi yg telah aku sumbangkan kepada keluarga mahupun masyarakat... malu dgn diriku.

Andai dapat kuputar ke masa lalu, ingin plan betul2 hidup ini..belajar sungguh2, tak mahu main2 lg..tp apakan daya, masa tidak mampu diulang. masa akan terus meninggalkan kita. masa tidak akan menunggu. kdg2 harap masa sebagai 'seorang yg punya perasaan'..akan berhenti jika berlaku permasalah. wujud doraemon yg dapat membantu. haish~

Ainul!! jgn biar dirimu alpa lg...buatlah sesuatu yg berguna...'masih belum terlambat lg' ayahku sering berkata demikian walau hal yg akan berlaku itu sejam lg akan berlaku.......abi, kenapa kau tinggalkan aku dikala aku masih memerlukanmu...danial selalu bertanya tentangmu...sedih~sayu~pilu~ panggilan ayah sgt2 dirindui....genap 6 thn pemergianmu...semoga kau tenang disana...al-fatihah.......

berbalik pada soal hati td, mungkin aku perlukan pengisian rohani....kdg2 terfikir nak masuk pondok belajar agama...byk sgt yg aku dah lupa...mengaji pon kdg2 ja...Ya Allah..tunjukkan aku jalan yg lurus...jgnlah diabaikan istiharah hambamu yg hina ini...

Thursday, December 9, 2010

Unsolved Riddle

Speaking about the future... nobody knows how would our destiny be... life is a journey of collecting puzzles.. sometimes, we do make mistake in joining the puzzle pieces together... based on this picture.. how could you distinguish whether the puzzle piece is unique to one another and belongs rightfully at its place? to your disapointment... there is one piece missing... again.. you need to spend time searching for it... learn from from the lesson of completing the puzzle... you would probably smiling and satisfied when the puzzle pieces have been allocated properly onto their positions.

Oh Allah...plese guide us..
http://www.youtube.com/watch?v=5d181eZ67uY