Manusia patut disayangi...bukan sahaja manusia tetapi juga haiwan...
Semalam sedang aku baca majalah, dengar bunyi kucing mengiau..bunyinya seakan sedang dalam kesakitan...lalu aku menjengok melalui tingkap berdekatan dan melihat sekumpulan budak2 sedang mengerumuni..mereka sedang mendera seekor anak kucing..hesh..kesian anak kucing tu, mereka mencucuk lidi diduburnya....darah mengalir...aku x sempat menghalang kegiatan tersebut. bila aku dtg, mereka pon panic...aku cakap 'kenap buat kucing ni mcm ni, berdosa tau dera binatang'. muka sipendera tu pucat...budak tu baru darjah 3. mak aku sapukan minyak gamat kt kucing itu.
Apa yg aku nak cakap kt sini adalah kenapa perkara ini boleh berlaku. naluri anak2 yang suci ini telah dicemari. mungkin pengaruh WWF dalam tv, pengaruh rakan sebaya ataupon keluarga. mak aku cakap budak tu bapanya telah ditahan polis bulan lepas atas dakwaan membunuh...astagfirullah, kesian juga aku pada budak itu. mungkin ayah dia pernah mendera dia juga. Ptg td, aku ke perpustakaan..akak penjaga perpustakaan itu bercerita dgnku ttg budak2 nakal yg datang bukan nak baca buku tapi mengoyak buku, buat bising dan mengganggu ketenteraman org lain.mereka juga mencuri tabung masjid. mereka itu termasuklah budak yg mendera kucing ini. muka mereka comel tapi kesian hati mereka keras.aku tanye mereka 'nak baca buku ya?'..dgn slumber dia jawab 'mana saya tahu baca lagi'..alahai, kasihannya melihat kaum melayu sendiri begini.. muda mudi masa akan datang beginikah?? bagaimanakah keadaan negara dimasa datang. terfikir pula keadaan anak cucuku..akan senangkah mereka hidup nanti..
aku perlu buat sesuatu tetapi bagaimanakah caranya?budak2 ini boleh dibentuk lagi..cuma mereka perlukan pengisian yg lebih dari aspek rohani. buat sesuatu jika lillahi taala, insyaallah akan berjaya...
my bro danial and lala the cat
No comments:
Post a Comment