
"Put the world on your hands not in your heart. "
Sekali baca tak m'bawa apa-apa makna. Ttpi bila dihayati s'penuhnya, kata2 tersebut mempunyai nilai yg tinggi. Mletakkan dunia di atas tangan b'makna m'ganggap semua habuan di dunia adalah bersifat sementara dan tidak perlu dikejar. Meletakkan dunia di dalam hati bermakna kita m'jadi manusia yg rakus dgan dunia dan segala habuan yg ada di dalamnya.Kemewahan dan kebendaan menjadi cita-cita tertinggi. Hati akan penuh dengan kecintaan terhadap dunia yg berlebih-lebihan. Meletakkan dunia di dalam hati akan membuatkan manusia menjadi tamak haloba bila menjadikan dunia sebagai matlamat dan bukan sbgai alat.
Inilah perbezaan antara manusia yg meletakkan dunia di atas tangannya dengan manusia yang meletakkan dunia di dalam hatinya. Membiarkan dunia menguasai hatinya bermakna dunia akan merosakkan seluruh kehidupannya. Membiarkan tangannya menguasai dunia, natijahnya akan memberi kebaikan kepada diri individu tersebut kerana dunia sama sekali tidak akan mempengaruhi dan merosakkan dirinya.
Suatu kisah teladan ttg Muhammad bin Wasi’. Satu hari Qutaibah, ketua tentera ingin menguji Muhammad bin Wasi’ di hadapan para panglima dan menterinya.
Mereka menjawab: ” Kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang akan menolak pemberian emas ini.”
Qutaibah berkata ; 'aku akan tunjukkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad saw yang menyamakan emas ini dengan tanah kepada kalian semua. Maka dia pun memanggil Muhammad bin Wasi’ untuk menghadapnya.
Maka, tatkala Muhammad menghadap Qutaibah, lalu diberikannya segenggam emas di dalam tangan Qutaibah. Maka Muhammad bin Wasi’ terus mengambil emas tersebut tanpa sepatah kata. Qutaibah tercengang. Sangkaannya Muhammad akan menolak pemberiannya. Wajahnya berubah menahan malu di hadapan menteri dan panglimanya. Qutaibah memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengekori langkah Muhammad bin Wasi’ selepas beliau keluar dari majlis itu.
Muhammad bin Wasi’ membawa emas tersebut dan dalam perjalanannya beliau berjumpa dengan seorang fakir miskin, Muhammad memberikan semua emas tadi kepada fakir miskin tersebut. Berita ini dilaporkan oleh pengawal-pengawal yang mengintip pergerakannya. Lalu Qutaibah t;senyum dan b;kata kepada orang di sekelilingnya ” Bukankah sudah aku katakan kepada kalian bahawa masih ada lagi hamba Allah daripada umat ini yang menyamakan emas dengan tanah?
Begitulah contoh seorang insan yang hatinya langsung tidak terpaut kepada dunia. Emas yang tinggi nilainya, tidak langsung memesongkan hatinya daripada mengingati Allah dengan menyalurkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Hidupnya sederhana dan mulutnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Dunia dan habuan di dalamnya digunakan untuk jihad di jalan Allah.
Pada zaman skrg, tlalu ramai manusia yg sudah menjadi hamba dunia sehingga gagal menghadiri majlis ilmu dan dakwah, tiada masa berzikir dan baca Al-Quran kerana cintaa kpda dunia terlalu kuat. Kita mungkin dianggap bodoh kerana menolak kemewahan dan keseronokan dunia, sebaliknya ketahuilah bahawa kita adalah manusia yang paling cerdik di kalangan umat ini. Meninggalkan kemewahan dunia bermakna kita hanya mengambil sesuatu yang bermanfaat bagi kita daripada dunia ini sahaja, sehingga tidak terlalu menyibukkan dan melalaikan kita. Dunia dan segala isi yang ada di dalamnya akan dijadikan sebagai penolong kita dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang meletakkan dunia di atas tangan dan bukan di hati.
No comments:
Post a Comment