Hidupmu bukan sekadar mengecapi kenikmatan,
Kemanisan dunia tidak berkekalan,
Jangan sampai kau sesat dihujung jalan.
Wahai diri,
Hari harimu berlalu tanpa kau sedari,
Bulan dan tahun silih berganti,
Kehidupan makin menjauhi,
Kematian pula datang mendekati.
Wahai diri,
Alam dah makhluk sukar mengasihani mu,
Masa turut meninggalkanmu,
Manusia tidak akan selamanya bersamamu,
Yang pasti...Hanya tuhan sentiasa bersamamu.
Wahai diri,
Sedang kau hanya satu lagi ciptaanNYA!
Yang tiada upaya..lemah tidak bermaya,
Mengapa kau masih ingkar!
Berani suruhan dan laranganNYA kau langgar,
Kau nahi yang makruf, kau amar yang mungkar
Sungguh berani kuasaNYA kau cabar,
Mujur tuhanmu mampu bersabar.
Wahai diri,
Mengapa kau biarkan dirimu terleka,
Yakinlah kau akan satu perkara..setiap amal pasti dibalas-NYA,
Wahai diri,
Buanglah ego dan sombongmu,
Mintalah keampunan dari tuhanmu,
Andai selamat yang kau mahu,
Dihari yang dasyat dan tidak menentu,
Wahai tuhan yang Maha Pemurah,
Terimalah ampunanku ....
Al-Fatihah utk Arwah Abi..semoga kau sentiasa tenang disana~
No comments:
Post a Comment