Manusia diciptakan Allah dgn sebaik-baik kejadian. Mula dgn setitik air yg hina sehinggalah menjadi seorang insan bernama manusia. Diberikan pula oleh Allah nikmat2 yg tak ternilai banyaknya. Namun, kita sering lalai dan upa untuk mensyukuri anugerah yg dikurniakan ini, bahkan kita terus mengejar kemewahan yang bersifat sementara.
Nikmat paling berharga yg diberikan Allah ialah nikmat hati. Hati merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yg dilakukan setiap manusia. Hati dicipta Allah sebaik baik kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.
"Di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging, jika daging itu baik, niscaya akan baik semua perbuatannya, dan jika daging itu buruk, maka buruk pula semua amalannya. Dan ketahuilah bahwa daging itu adalah HATI"
Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak dari hati yg kotor, manusia tak akan lakukan maksiat terhadap penciptaNYA. Namun, manusia sentiasa tidak hiraukan gelagat hati ini. Dibiarkan hati dikotori titik-titik hitam dan dikerumuni berbagai penyakit yang menjijikan. Hasilnya segala gerak-geri yang dilakukan tersasar dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.
Banyak masalah diterbitkan oleh hati dan ada juga masalah yg boleh mengganggu hati. Penyakit hati ini sebenarnya paling berbahaya jika dibiarkan. Beberapa penyakit hati ialah sombong, kagum diri sendiri (ujub), dengki, riak, syirik, buat maksiat dan banyak lagi. Masalah yg boleh menggangu hati pula seperti masalah2 sampingan yg sering melanda manusia. Gagal dalam peperiksaan, dimarah bos, kalah dalam pilihanraya, bercerai, putus cinta dan lain2 pula contoh yg boleh mengganggu hati lalu melemahkan seseorang insan yg masih tidak kental lagi hatinya tika itu.

Cara mengatasi penyakit hati mengikut Imam al-Ghazali boleh diatasi dengan tiga perkara. Pertama, belajar dgn guru yg bijaksana, mempunyai keistimewaan dan kepandaian tentang penyakit jiwa. Kedua, mencari org untuk meluahkan ttg hati yg serabut, ahli keluarga atau boleh juga sahabat yg boleh dipercayai, yg suka membetulkan kesalahan dan kuat agamanya. Ketiga, mengambil pendapat org2 yg membenci kita, kerana pandangan orang yang membenci itu dapat melihat keburukan yg tidak mungkin dapat diketahui oleh orang2 yg menyayangi kita.
Ubatilah...ubatilah..ubatilah.......hatimu yg lemah. Jalan mengubati hati tidak semudah teori. Ianya memerlukan mujahadah yang terlalu tinggi. Perjuangan itu pahit kerana Syurga itu terlalu manis. Kentalkan hati menempuhi segala dugaan dan mehnah yg datang sekental pejuang2 palestin.

Andai perjuangan iitu senang, pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu singkat masanya, pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan menjanjikan kesenangan duniawi, pasti ramai tertarik padanya,
Namun, hakikat perjuangan bukan begitu,.
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNya..
Perjuangan itu pahit kerana SYURGA Allah itu terlalu manis.