Bila sahaja seseorang insan dilahirkan ke muka bumi ini, secara automatiknya mereka sudah menjadi Hamba Allah, bermakna ia telah dipertanggungjawabkan untuk jadi seorang mujahid di jalan dakwah. Hidup matinya Illahi taala hanya kerana Allah, biarpun disarati dgn harta, pangkat dan kenikmatan dunia. Perkara2 sampingan itu dirasakan sgt sikit dan tidak berkekalan.
Allah berfirman Surah At-Taubah ayat 111;
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dgn menggantikannya dengan syurga untuk mereka''
Merujuk kepada ayat di atas, maksud ayat ini ialah Allah telah membeli jiwa orang2 mukmin dengan menggantikan dengan syurga kelak. Ayat ini juga menerangkan yg Allah membeli jiwa(nyawa) dan harta orang2 mukmin. Kesimpulannya, seluruh kehipan dan harta org mkmin ini semua milikNYA yang mutlak.Bukan milik majikan, ibu bapa, cikgu, dan bukannya diketuai oleh cita2 dan harapan individu itu sendiri.
Cuba kita tanya pada diri kita, hamba wangkah kita?
Cuba kita tanya pada diri kita, hamba pelajarankan kita?
Cuba kita tanya pada diri kita, hamba teknologikah kita?
Dahulu aku sering berat hati nak menunaikan urusan dgn tuhan krn beralasan "nanti tak cukup masa nak study", contohnya sembahyang berjamaah. Aku rasakan sembahyang jemaah itu sangat lama dan dgn itu aku lebih suka sembahyang bersendirian. Impaknya, ilmu yg ku dapat tidaklah dapat sebanyak mana. Contoh lain, berat hati utk menderma, kita lebih rela kumpol duit utk beli hanset baru dari menyumbang utk islam, menyumbang pd saudara2 kita di sekeliling yg memerlukan, dan saudara jauh kita di Palestin. Dan perasaan 'berat' ini sangat membelenggu jiwa, sehingga kita tidak tahu bahawa kita sedang terikat padanya. Dan tidak merasa apa-apa langsung, seolah kita bebas daripada penghambaan selain Allah.
Pelbagai ragam bermain disekeliling kita. Cuba perhatikan keadaan politik sekarang, rakyat makin keliru. Parti yang sedia memerintah tidak menjalankan amanah dengan baik dan ikhlas, manakala parti alternatif cuba menjadi yang terbaik. Ada yg menjadi hamba politik, sanggup menggadaikan bangsa sendiri untuk meraih undi dan kuasa. Ada yg hidup dalam korupsi kerna menjadi hamba wang. Ada jua yg berjuang dalam kemarahan kerana menjadi hamba kebencian. Honestly, aku tidak menyukai politik di Malaysia kerana tidak telus, semua yg dilakukan hanyalah untuk kepentingan mereka sahaja. Baik Pro mahupon Con. Sikap 'taksub' seharusnya dikikis untuk mendapatkan keputusan yg jelas tanpa dipengaruhi oleh individu yg disukai. Jangan hanya dia 'orang kita' semua yg dia lakukan betul semuanya. Isu2 remeh juga sering dipolitikkan sehingga menjadi barah dalam masyarakat. Orang atas bergaduh, orang bawahan pula hentam-menghentam sesama sendiri. Aduhai umatku... Sedihnya di hati melihat keadaan ini. Surah Al-an;am Allah berfirman 'Katakanlah solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan alam ini'. Maksud disini ialah andai seluruh hidup ini milik Allah, sudikah kita menghina saudara seislam kita agar hati kita puas. Biar menghiris hati dia, asalkan hati kita gembira. Begitukah ?
Ingatlah kita hanyalah hamba Allah yg dhaif. Bebaskan diri dari menjadi hamba dunia yang sempit yg hanya nikmat didunia sementara ini. Yang paling penting, branilah buat perubahan dalam diri, jgnlah kita di takuk lama. Berfikirlah dgn jauh selagi ada nikmat hidup didunia.
p/s: Maaf jika stuktur ayat tidak difahami.
No comments:
Post a Comment