Pernah kita perhati dan kaji kisah penghidupan seekor kerang. Angin taufan yg melanda taufan saban tahun amat menakutkan si kerang. Gulungan ombak membuatkan si kerang menyorok di dalam cengkerangnya biarpun kelaparan. Hempasa ombak setinggi rumah membuatkan si kerang bergolek2 tanpa haluan. Lalu si kerang hanya mampu berdoa, semoga tetap bertahan. Dan tatkala lautan semakin tenang, si kerang membuka kembali cengkerang seluasnya, berkumpul bersama keluarga dan rakan tersayang, sama2 makan, sama2 ketawa berkongsi cerita. Terbitlah dunia terumbu karang yg sangat cantik dipandang.
Namun kini, segalanya berubah. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ombak menghempas kuat, segala galanya hancur dan binasa dan yg tinggal hanyalah sekujur cengkerang. Makkk!! itu sahaja yg keluar dari mulutnya. Dengan tangis dia mendekati cengkerang yg sudah tidak berisi itu. Innalillah~ Lantas dia melihat sekeliling..segalanya telah hancur dilanda badai..yg tinggal hanyalah cengkerang siput, kerang, ketam dan segala jenis yg bercengkerang. Dia trauma lantas terus berlalu. Tiba2 terlihat olehnya seekor kerang yg masih cantik, teguh cengkerangnya. Didekatinya perlahan, berharap dipertemukan dgn rakan baru. Namun, hampa sekali lagi, ulat2 menggeletik keluar dari cengkerang yg tampak indah luarannya. Otak mentafsir lalu terlahirlah emosi kecelaruan disitu. La tahzan ya qalb, katanya. Kerang terus berduka, hatinya menangis pilu. Nasib apalah yg menimpa, adakah lantaran dosa2 lalu. Sejadah kesedihan dihampar, bermunajatlah kepada ilahi. Biar ombak membadai, terus bertahan dalam cengkerang.
Sahabatku,
Inilah juga yg terjadi pada kehidupan manusia, kita ibarah kerang, dunia ialah pantai. Kadang2 aapabila Allah menenangkan arus, kita terus lalai dan alpa. Terlupa yg kerang yg lemah hanyalah menumpang di pantai itu. Zaman muda ombaknya amat hebat, fenomena kejutan sosial dan kehancuran akhlak tanpa kita sedari amat membimbangkan. Jarum thaghut terus terusan mencucuk hati melalui media, surat kabar dan internet. Ramai org muda mati hantinya lantaran ketidak dayaan menentang jarum2 yg amat halus turusannya.
Ingat sahabatku,
Hanya bahtera iman dapt melayarkan kita ke destinasi idalam. Kuatkan iman dgn Al-Quran dan tahajud. Nyalakan semangat perjuangan dan mantapkanlah hati, teguhkan jiwa dan lancarkan lidah. Asingkanlah diri jika terasa perlu, manusia kadang2 perlukan cengkerang utk menambah keimanan. Ombak diluar sana amat hebat wahai sahabatku.
Kerang itu terus ditabir pantai. Bertafakur, bermunajat lantas menyerahkan diri sepenuhnya pd yg Maha Esa. Kerang terus menerus menjadi teguh dan kuat.. tatkala kerang lain mengalah , hanya dia dapat mampu bertahan.
Wahai Sahabat, mampukah kita bertahan dalam arus kehidupan ini?
No comments:
Post a Comment