Bagaimana perancangan kita untuk menempuhi Ramadhan tahun ini? Apa yang akan kita sasarkan untuk memenuhkan tempoh 30 hari ini? Khatam Quran kah? Solat Terawih 20 rakaat di masjid kah?Bersedekah setiap hari kah? atau, Zikir dan Qiyamulail setiap malam? Jika tak mampu lakukan kesemuanya, pilihlah salah satu dan mohonlah bantuan dari Yang Maha Esa agar kita ditetapkan hati dan dikuatkan iman melakukannya secara istiqomah dibulan Ramadhan yang sangat mulia itu.
Mengenang Ramadhan aku tahun lepas agak menyedihkan aku. Seringkali aku lewat kemasjid disebabkan hal2 yang remeh. Aku berazam mahu untuk khatamkan Quran 30 juz. Tapi, cubaan gagal kerana faktor-faktor keletihan dan kelopak mata yang sering memberat tiap kali mengaji dan me'limit'kan jumlah helaian. Taraweh minggu pertama dan kedua aku buat 20 rakaat dan masuk minggu berikut hanya tinggal 8 dan paling menyedihkan hari2 terakhir aku hanya sembahyang isyak dimasjid dan tidak bertaraweh. Hanya menunggu dan memerhatikan sehingga jemaah selesai bertaraweh dan aku pulang kerumah. Lemahnya diri aku ni, apatah lagi iman.
Ujian membuat kebaikan itu sangatlah besar dan sukar untuk dilalui. Sangat beruntunglah bagi mereka yang berjaya meredahnya dengan sabar dan tabah. Tak ada jalan singkat untuk menempah tiket ke syurga. Semuanya mahal dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga malahan adakalanya sehingga nyawa melayang.
Aku teringat tazkirah ringkas Ustazku di sekolah dahulu. Allah telah berikan kita 30 biji kapsul Ramadhan untuk digunakan oleh seluruh hamba-hambanya. Makanlah kapsul Ramadhan ini dan hadamkan dengan sehadam hadamnya kerana inilah ubat paling mujarab untuk memperbaiki diri. Dan gunakanlah 30 hari ini dengan semaksimum mungkin. Isilah dengan amal-amal soleh seperti solat terawih, membaca Al-Quran, bangun malam dan banyakkan bersedekah dalam bulan ini. Pahalanya berganda-ganda.
Akhir Kalam, marilah kita bersama sama hidupkan ramadhan kali ini dengan amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan sekaligus menaikkan martabat kita di sisi Allah.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)
Ainul,mcm budak2 la awk ni. boleh tgk jew org taraweh kan...kui3. Tp awk best, nice knowing U...moga kita dpt berkawan smpai akhir hayat..
ReplyDeletei miss the moment wen we staying at makcik house...opsss....btw, i dun want to miss at all! i juz missed u so much
ReplyDeletemiss u to mizz muai..
ReplyDeleteanyonymous: ish3...mcm tau ja sapa kamu...haha