Saturday, August 6, 2011

Mengenali Diri Sendiri

Dalam kehidupan setiap insan, semestinya semua dijadikan berkeluarga, berpasangan, berkawanan dan interaksi sesama manusia adalah permulaan sebuah perhubungan yang dumulai dengan perkenalan. Contohnya, permulaan sahabat baik dimulai dengan perkenalan dan kemudian menjadi rapat. Baitulmuslim terbentuk apabila apabila 2 perkenalan bertunjangkan Allah dan agama yang juga dimulai dengan perkenalan. Kawan sekelas menjadi 'close' juga disebabkan ice breaking/perkenalan. Mengenali seseorang adalah permulaan faktor kepada rasa suka, dan terterbitlah rasa kasih dan sayang lalu bermulalah penghidupan diiringi kegembiraan. Benarlah kata pepatah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta.
 
Begitulah juga kaitannya dengan diri kita sendiri. Mengenali diri sendiri akan membuatkan kita cinta dan sayang pada diri. Pernah tak kadang2 kita rasa diri macam tak berguna, tak berjaya mcm org lain? Inilah sifat negatif yang sering membuatkan diri down. Oleh itu, kita seharusnya memahami tuntutan dan keinginan diri, lantas memberikan yang terbaik. Guna dan tonjolkanlah segala kekuatan yang ada pada diri dan perbaikilah segala kekurangan yang ada padanya.


Belajar tentang diri sangat menyeronokkan dan janganlah bazirkan masa mengenali diri orang lain selagi diri sendiri kita tidak kenali. Belajarlah mengorek keistimewaan dan bakat terpendam dalam diri sendiri dan gilaplah sehingga berkilat dan berkilau akan menjadikan kita manusia paling produktif. Dengan ini sahaja kita kan dipandang tinggi dan secara tidak langsung dihormati. Selepas itu jgn lah pula kita riak, tanamkanlah sifat2 mahmudah dan iman agar sentiasa menjadi benteng paling kukuh untuk mengawal diri agar tidak terjatuh dalam jurang dosa.

Dalam proses mengenali diri, sifat putus asa sering hadir tatkala bebanan yang terhimpit pada diri. Perlu diingat, putus asa akan membawa kepada kehancuran diri, dimana bila apa sahaja yang dilakukannya tidak akan menjadi. Akhirnya, diri sendiri kecewa dan sering menyalahkan takdir Tuhan.

Ingatlah kawan kawan, orang yang mengenali diri sendiri tidak akan pernah rasa hilang keyakinan dan tidak akan pernah menjadikan dirinya dipandang hina didepan manusia lain.  Orang yang menghargai diri akan sentiasa merasa dirinya bernilai dan secara tidak langsung akan melindungkan diri dari helah duniawi. Dan dengan keimanan yang sangat mendalam pada Allah, jadilah ia sebaik baik manusia yang sering mengajak manusia2 lain mengenal tuhan sang pencipta.

Jom kita kenang kembali zaman perkenalan dengan sahabat baik kita. Sure cikgu akan buat ice breaking dulu setiap awal tahun. Samalah juga cara berkenalan dengan diri sendiri. Fahami diri, berikan peluang, tolak ansur dan galakan pada diri. Nasihatlah agar tidak terlupa, betulkan agar sering tersasar, ingat dan cuba jangan diulangi benda yang salah.
 
Ingatlah, Manusia adalah puncak penciptaan terhebat  yang dijadikan sebagai Khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan islam dimuka bumi Allah ini. Engkau dan aku, kita ada tugasan yang lebih penting dan jangan dibiarkan terikat dengan kenikmatan dunia.

1 comment: