Assalamualaikum,
Sejak aku belum bersekolah lagi
Ayah memang akan bawa kami adik beradik kemasjid
Terutamanaya bulan ramadhan
Bulan lain kureng sebab umi cakap nanti bangun lambat untuk kesekolah pula
Ramadhan sahaja yang dapat keluar malam
Dapat main dengan kawan2
So, solat taraweh dijadikan alasan untuk keluar malam.
Selaunya, kul 8.15 kami sekeluarga dah bergerak kesurau
Taraweh habis dalam jam 9.45 utk yg buat 8 rakaat
Untuk yg buat 20 rakaat habis dalam 10.30
so, aku ada sejam untuk bermain diluar
Seronok tak terkata
Yang peliknya kt kawasan surau tu dulu
Bila ramadhan je, dia akan buka fun fair kt kawasan lapang tu
Kanak2 mcmku manalah nak tahan
Tak de duit, tengok pon jadi.
So, lepas taraweh, geng2 kami akan ke fun fair tok sight seeing.... haha
Namun begitu
Bila dah masuk ke umur belasan, remaja kata mereka :D
Main mercon, kejar2 bukan lagi mainan yang sesuai
Bila dah dewasa ni,
Keperluan dan kemahuan sudah lain
Dah pandai menilai dan buat perspepsi sendiri
Sebab nak selalu terserempak dgn 'mamat taraweh'
Timing kene tepat
Mamat ni akan kuar lepas 8 rakaat tp lambat sket
Mungkin dia buat witir dulu sebelum pulang
Aku pon sembahyang witir gak okey
Tapi sekarang,
Kenapakah aku pergi sembahyang taraweh?
Adakah sebab taraweh dah jadi habit aku? Mcm org cakap, wajiblah puasa, ramadhan kan.
Adakah sebab takot org tanye, 'Weh, apesal ko tak taraweh semalam?'
Adakah sebab 'Pelik plak bila org lain pi taraweh tp aku sorg yang tak pergi?'
Adakah sebab nak dapatkan malam lailatul qadar? Adakah dgn sembahyang taraweh sahaja kita layak mendapat malam lailatul qadar?
Aku pernah terserempak dgn seorang buta datang dipimpin kwnnya untuk solat dimasjid
Ditunjukkan arah kiblat oleh rakannya
Kalau orang buta pon sembahyang,
Apa alasan kita tak sembahyang?
Kalau orang buta pon boleh sampai masjid,
Apa alasan kita x sampai masjid?
Kalau orang buta pon tau bersyukur,
Apa alasan kita x nak bersyukur?
Rasanya la kan,Kita yang buta. Buta Hati
"Ramadhan dah 40% berlalu, iman ada dah naik 40% kah? Amalan ada naik 40%?
Come on, Ramadhan ni 30 hari je. Sangat sia2 jika tak menggunakan sehabis baik.
No comments:
Post a Comment