Sunday, March 28, 2010

HUHU..

lamanyer x berblog...ermm...x tau nak tulis ape...huhu

Monday, February 22, 2010

Perang.....wahahah

Episod malang dah bermula dalam perjalanan hidup aku. Malang ini bercampur baur antara sengaja dan tak terjangka...

Game OVER 1: Masalah hati
- Statement "copy paste ye..ish2"
- Absolute GAME OVER!!
- Jgn poyos k..

Game OVER 2: Masalah reputasi
- 1 sem berlalu, tak ada achievement
- Nak g conference x leh sbb tak ada paper nak present
- Last projek stuck, tak ada jalan kuar...x malu ke makan gaji buta!!!

Game OVER 3: Masalah Prinsip
- tak ada progress, makan gaji buta la hang ainul!!!
- 5 bulan lagik pun bukan sempat nak buat apa pun sbb sibuk ngan kelas..ye ke?? ke dok asyik balik kampung jer..
- Tu lah hang, byk sgt plan, keje buat diam2 konon, lain kali buat keje biar skit, tapi heboh kasik satu department tahu!wawa...mampus loh..

________________________________VS____________________________________

Harapan 1: Hati dan perasaan

- Hati ku tenang, damai selalu...i'allah
- Jiwa ku syukur, akal sejahtera...i'allah

Harapan 2: Research
- Research proposal siap
- Biar mantap + supporting document, susun semua modeling files
- Research methodology approved...byk kne adjust loh...

Harapan 3: Financial

- Income stable...emmm??
- Oh bonda... kirimkan lah anakanda sedikit wang.. x brani aku mintak...brani buat brani tangung lo..

Harapan 3: kerja
-Harap dapat kerja...amin...(blaja best tp agak stress...ke aku x cukup bagus..)

Moga aman dan selamat hidup ku akan datang.. AMIIN

Thursday, February 18, 2010

Bahtera kehidupan~

1 bahtera

1 nakhoda

1 arah
No WORDS... i'm speechless.. i'm voiceless... or perhaps, i am weak in vocabulary to express what is inside my mind...
its about the jouney of life...
my student life is ended, phase terseronok pada tanggapanku
now i have to learn by heart, by mind
searching the answer either by asking people or myself
aku diajar untuk merenung jauh
aku diajar untuk merealisasikan impian
aku diasuh utk berdikari menyelesaikan masalah sendiri
although aku ni hampeh, haprak, ntah ape2, crazy, clumsy, lazy, silly whatsoeva
aku perlu lebih belajar
lipatgandakan usaha untuk menjadi wanita mithali untuk bakal keluarga baru aku
aku x mampu memegang tanggungjawab sendiri tatkala aku memikirkannya
aku perhati sekeliling
aku perhati umi ngn kerja rumah hariannya
aku perhati kak long dgn kehipannya
aku perhati adik2, apa yg mereka buat seharian
aku perhati diri aku...
yang masih terkapai2 xtau mana arah nk tuju
jalan dah mula bercabang
aku terhenti di tengah
xmampu lagi melangkah
aku xmampu mengadu
sebab aku sendiri pun x faham ape yang aku mahu
di dalam hati yang tenang ni, ada secebis kekusutan
aku x mampu mengatakan ya mahupun tidak
ombak yang berhempas pulas ni
aku perlu menanti sehingga ia reda
di sebalik kegembiraan
aku takut
aku gelisah
aku risau
bgaimana nasib aku pada kehidupan akan datang
sebuah pokok
perlukan udara, cahaya, serta air
udara untuk dihirup
cahaya untuk mendapatkan makan
dan air untuk kesegaran dan kesuburan
dalam konteks tersirat yang aku faham
pokok boleh diibaratkan sbg sekeping hati
air bg pokok diibaratkan sebagai ilmu yang terpendam dalam dada
cahaya pula diibaratkan seperti teladan dan tunjuk ajar yang baik
udara pula merupakan ketenangan dalam hati
oleh itu
bg memiliki hati yang sihat
harus ada elemen seperti yang disenaraikan di atas
aku hny manusia
mesti berusaha sedaya upaya
kemudian berharap pada takdir
aku x boleh selalu berfikir
kerana itu lebih menyakitkan
apabile kita tidak memulakan sebarang penyelesaian

aku perlukan lebih penyucian jiwa
aku perlu jd lebih baik dr semalam
aku x harus begini
please...
Ainul, change yourself for the sake of better future

.......................

It's okay to lose things, sometimes. It's okay to fail. As long as you always keep the head up.

It's this frail hope that keeps me going. Because I want to believe. Believe that I'm stronger.

Friday, January 29, 2010

"Put the world on your hands not in your heart. "



"Put the world on your hands not in your heart. "

Sekali baca tak m'bawa apa-apa makna. Ttpi bila dihayati s'penuhnya, kata2 tersebut mempunyai nilai yg tinggi. Mletakkan dunia di atas tangan b'makna m'ganggap semua habuan di dunia adalah bersifat sementara dan tidak perlu dikejar. Meletakkan dunia di dalam hati bermakna kita m'jadi manusia yg rakus dgan dunia dan segala habuan yg ada di dalamnya.Kemewahan dan kebendaan menjadi cita-cita tertinggi. Hati akan penuh dengan kecintaan terhadap dunia yg berlebih-lebihan. Meletakkan dunia di dalam hati akan membuatkan manusia menjadi tamak haloba bila menjadikan dunia sebagai matlamat dan bukan sbgai alat.

Inilah perbezaan antara manusia yg meletakkan dunia di atas tangannya dengan manusia yang meletakkan dunia di dalam hatinya. Membiarkan dunia menguasai hatinya bermakna dunia akan merosakkan seluruh kehidupannya. Membiarkan tangannya menguasai dunia, natijahnya akan memberi kebaikan kepada diri individu tersebut kerana dunia sama sekali tidak akan mempengaruhi dan merosakkan dirinya.

Suatu kisah teladan ttg Muhammad bin Wasi’. Satu hari Qutaibah, ketua tentera ingin menguji Muhammad bin Wasi’ di hadapan para panglima dan menterinya.

“Di tanganku ada segenggam emas yang diperolehi hasil ghanimah[rampasan perang] daripada musuh-musuh Islam. Adakah kalian semua percaya bahawa kalau aku menyerahkan emas ini kepada seseorang maka dia akan menolaknya?” kata Qutaibah
Mereka menjawab: ” Kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang akan menolak pemberian emas ini.”

Qutaibah berkata ; 'aku akan tunjukkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad saw yang menyamakan emas ini dengan tanah kepada kalian semua. Maka dia pun memanggil Muhammad bin Wasi’ untuk menghadapnya.

Maka, tatkala Muhammad menghadap Qutaibah, lalu diberikannya segenggam emas di dalam tangan Qutaibah. Maka Muhammad bin Wasi’ terus mengambil emas tersebut tanpa sepatah kata. Qutaibah tercengang. Sangkaannya Muhammad akan menolak pemberiannya. Wajahnya berubah menahan malu di hadapan menteri dan panglimanya. Qutaibah memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengekori langkah Muhammad bin Wasi’ selepas beliau keluar dari majlis itu.

Muhammad bin Wasi’ membawa emas tersebut dan dalam perjalanannya beliau berjumpa dengan seorang fakir miskin, Muhammad memberikan semua emas tadi kepada fakir miskin tersebut. Berita ini dilaporkan oleh pengawal-pengawal yang mengintip pergerakannya. Lalu Qutaibah t;senyum dan b;kata kepada orang di sekelilingnya ” Bukankah sudah aku katakan kepada kalian bahawa masih ada lagi hamba Allah daripada umat ini yang menyamakan emas dengan tanah?

Begitulah contoh seorang insan yang hatinya langsung tidak terpaut kepada dunia. Emas yang tinggi nilainya, tidak langsung memesongkan hatinya daripada mengingati Allah dengan menyalurkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Hidupnya sederhana dan mulutnya sentiasa bertasbih kepada Allah. Dunia dan habuan di dalamnya digunakan untuk jihad di jalan Allah.

Pada zaman skrg, tlalu ramai manusia yg sudah menjadi hamba dunia sehingga gagal menghadiri majlis ilmu dan dakwah, tiada masa berzikir dan baca Al-Quran kerana cintaa kpda dunia  terlalu kuat. Kita mungkin dianggap bodoh kerana menolak kemewahan dan keseronokan dunia, sebaliknya ketahuilah bahawa kita adalah manusia yang paling cerdik di kalangan umat ini. Meninggalkan kemewahan dunia bermakna kita hanya mengambil sesuatu yang bermanfaat bagi kita daripada dunia ini sahaja, sehingga tidak terlalu menyibukkan dan melalaikan kita. Dunia dan segala isi yang ada di dalamnya akan dijadikan sebagai penolong kita dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam golongan yang meletakkan dunia di atas tangan dan bukan di hati.

Friday, January 22, 2010

Ya Allah..Kau permudahkanlah pembelajaran Aku ini, agar Aku bisa mencelup berjuta ilmuMU. Tenangkan mindaku, agar Aku bisa berkayuh di atas bumiMU sebaik yg mungkin, sucikan hatiku dan fikiranku, agar Aku bisa menghafaz ayat2 kitabMU, jauhkan zahir dan batinnku dari maksiat, agar Aku merasai betapa manisnya hidup bersama ILAHI.Ya Allah..

Wednesday, January 20, 2010

Soulless....

JIWAKU KOSONG !!!!!!!!!
Is it true when got people around me ,I won't be feeling like this? Feeling like what? Actually I don't know what Im feeling now. Maybe Im seeking for something, but Im not sure entirely what it is Im looking for...

Ya Allah, kenapa hati ini terlalu kelam kabut. Tiada ketenangan...Apa yang aku kena betulkan, dimana salahnya..... I feel lost. Help me find my way...