tidak ada yang penting untuk penulisan kali ini, cuma mahu meluahkan sedikit perasan yg aku pendam selama ini terlalu subjektif untuk diterjemahkan. dalam minggu ini hati aku kian runcing dengan masalah hati yg cukup sensitif, aku cuba cari titik permasalahan yg aku alami sehingga kini masih tidak menemuinya.
aku menyingkap kisah hidup yg selama ini menjadi rahsia untuk diri sehingga kini tidak siapa yg tahu, satu persatu aku membuka kotak fikiran menyingkap lembaran sejarah hidup yg tidak indah untuk diperkatakan namun hati ini makin kecut dan semakin kecut pabila lembaran itu semakin menyakitkan hati untuk aku mengimbau kembali, lalu aku tutup kembali lembaran itu dan mula berfikir mencari ketenangan agar keadaan menjadi normal.
kawan menjadi tempat untuk mengadu tatkala masalah melingkari diri, tapi bagaimana untuk aku memulakannya? aku kusut dan mula berfikir agar masalah aku tidak membebankan kepada orang lain. aku bukan untuk mengelakkan diri tapi hakikatnya dan seboleh-bolehnya aku mahu meraka mendengarkan masalah aku agar bisa hati ini tenang. tapi aku ak betah berbuat begitu...Mengapa!!!!
aku lupakan niat dan terus fikir dan fikir walhal aku tahu permasalahan itu aku tidak dapat diselesaikan dengan mengharap diri sendiri. aku mencari jalan untuk luahkan masalah aku kepada meraka yg tidak aku kenali, tapi tapi dan tapi tetap juga susah untuk diluahkan kerana ia terlalu dan terlalu sukar untuk dterjemahkan dengan kata2. aku lupakan niat sekali lagi dan masalah tetap juga sama dan tiada kesudahan.
manusia itu bodoh jika berfikir dengan apa yg ada didepan mata tapi tidak pernah berfikir yg ESA itu sentiasa dekat dengan kita dan sentiasa terbuka untuk mendengar masalah hambaNYA. sombong nya aku sehingga aku lupa untuk mengadu pada YG MAHA ESA YANG MAHA MENDENGAR. jika aku sedari dari awal sudah tentunya jiwa akan tenang dan tidak perlu untuk menyakitkan diri dengan hati yang kian masalah.
jiwa ku kembali tenang, hanya padaNYA dapat mengembalikan jiwa yg parah menjadi sembuh. aku bersyukur padaMU YA ALLAH diatas pertolongan yg ENGKAU berikan padaku.

No comments:
Post a Comment