Tahun baru bakal menjelma, masing2 sudah tentu menanam azam baru. Azam untuk berubah ke peradingma yang lebih baik. Azam untuk lupakan segala kesedihan, kegagalan lepas dengan mencipta kejayaan di tahun mendatang.
Manusia mest merancang dan sememangnya kita dituntut untuk merancang hidup kita. Namun jgn lupa, di sebalik semua perancangan itu ‘final touch’ masih ketentuannya milik Allah. Kun Fa Yakun, Jika nak jadi, maka jadilah dengan izinNya manakala jika tidak ditentukan jadi, maka buat macam mana hebat sekali pun pasti menemui kegagalan juga.
Perjalanan kita semua masih jauh namun sebenarnya kehidupan kita makin singkat dan makin dekat untuk pergi menemuiNya. Insaflah, tahun baru bukan untuk kita bersuka-suka, menanam azam dan cita-cita semata-mata tetapi selangkah ke tahun baru bermakna selangkah kita mendekati barzakh. Alam ke-4 yang menanti kita. Tanah yang sejuk untuk mendakap tubuh kita. Soal jawab yang sedia menanti kedatangan kita. Semuanya perlu dihayati dan diamati bahawa kedatangan tahun baru bermakna kesedihan untuk kita yang akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Meninggalkan jawatan yang gah lagi berkuasa kepada orang lain. Meninggalkan harta benda, rumah besar, anak isteri/suami, saham dan niaga kepada mereka yang mewarisinya. Bahawa dunia ini hanyalah tempat teduhan sementara.
Kehidupan ini ada pasang surutnya. Perhatikan ombak yang menghempas pantai. Begitulah kehidupan kita ini. Tidak ada masa sentiasa susah dan tidak ada masa kita sentiasa senang. Tak senang nak senang dan tak susah nak susah. Ada gilirannya masing-masing.
Entry ini akan menjadi entry tunggal di bulan Disember dan terakhir untuk tahun 2012. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kita dan seluruh ummat islam didunia ini.
No comments:
Post a Comment