Entry pertamaku ditahun 2013 ini. Di umur begini, mmg kurang masaku untuk menulis. Kesibukan dunia yang terlampau tidak pernah hilang selagi mata belum tertutup rapat.
SALAM MAULIDURRASUL YANG TERCINTA
Pada kesempatan ini, ingin aku bawakan kisah mengenai kecintaan seorang ulama yang terkenal terhadap Rasulullah S.W.T. Nama diberi Abu Hassan An-Nadwi. Ketika beliau berumur 8 tahun, beliau telah dihantar oleh ibunya untuk belajar agama di sebuah sekolah. Ketika di sekolah, beliau telah membaca kisah-kisah mengenai sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah S.W.T. Setelah membaca kisah2 tersebut, beliau terpegun dan kagum dengan baginda malahan rindu beliau bertambah tambah kepada junjungan besar Rasulullah S.W.T walaupun tidak pernah menatap wajah.
Pada suatu hari, Abu Hassan telah pergi ke sebuah kedai buku untuk membeli buku mengenai kisah hidup Rasulullah S.W.T. Beliau mengumpul wang sendiri untuk membeli lalu memiliki buku tersebut. Setelah simpanannya mencukupi beliau pon pergilah ke kedai buku tersebut. Malang sekali, penjual memaklumkan buku tersebut telah pun habis dijual.
Iman Abu Hassan yang berumur 8 tahun pada ketika itu keluar dari kedai dan berjalan pulang. Beliau menyusuri lorong lantas berhenti di tepi lorong. Beliau menangis semahu mahunya kerana tidak dapat memiliki buku tersebut dan rasa rindu yang amat kepada Rasulullah S.W.T. Kisah hidup Rasulullah umpama semangat kehidupan bagi beliau.
Itulah serba sedikit kisah ulama besar yang aku pendekkan penceritaannya. Cintanya kepada Rasulullah S.W.T adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Seawal usia 8 tahun rasa cinta beliau sangat tinggi kerana ibunya mengasuh beliau dari kecil mengenal Allah dan rasulnya. Pelajaran pertama yang wajib di titikberatkan pada anak2, adik2 dan seluruh kanak2 islam di alaf ini.
Amatlah malang kanak2 yang mengenal naruto dan angry bird lebih dari mengenal Raulullah S.W.T.
Justeru, marilah kitaa memupuk kanak kanak generasi mengenal ALLAH dan Rasulullah S.W.T.
No comments:
Post a Comment