Dulu,
Zaman aku sekolah rendah,Benci betul dengan pengawas,
Sebab setiap kali sekolah buat spot-check,
Kuku panjang ke,
Bawak gameboy gi sekolah ke,
Bawak permainan gi sekolah ke,
Mesti pengawas yg terlepas
Maklumlah,
Cikgu suruh pengawas check murid2,Tapi takde sapa yg nk check pengawas...
Bile aku dah masuk sekolah menengah,
Lagiler panas dengan pengawas,Sapa ada kabel baik dengan pengawas,
Mmg untung,
Handphone, MP3, dan segala barang "haram",
Soh pengawas simpan waktu spot-check,
Confirm lepas punya,
Namun begitu,
Ada sorang member aku ditakdirkan dapat jadi pengawas,Bila dia jadi pengawas secara tak langsung aku pon turut dapat benefitnya,
Kitorang dikenali dengan perangai tidur selepas subuh,
Maklumlah asrama subuh mesti on-time,
Sebab hampir setiap hari warden bawak hanger libas budak yang bergelumang dalam selimut lagi,
Maka kadang kala terlajak tidur sehingga pukul 7,
Kelam kabut nak bersiap,
Maka pukul 7.15 baru sampai perhimpunan,
Macam biasa,
Mesti kantoi dengan cikgu yang buat check kalau-kalau
ada budak yang masih di asrama,
Cikgu: Ni kenapa lambat?
Kawan gua: Saya jaga asrama tadi cikgu, tunggu semua
budak keluar dulu.Cikgu: Ha, kamu ainul buat apa??
Aku: Sy teman dia cikgu :)
Cikgu: Cepat, assembly dah mula
Tengok,
Super CorruptBercakap memang senang,
Cakap pengawas salah guna kuasa,
Bila kau dapat kuasa itu,
Kau pon sama.
Ramai orang suka kutuk orang,
Lagi-lagi pemimpin Negara :)
Tunggu,
Baca sampai habis dulu,Nanti ada yang kata aku ni backing kerajaan pulak...
Dulu,
Ada seorang senior mengingatkan:
Aku nak share cerita yg aku pon lupa dpt dari mana,
Mcm ni ceritanya.
Seorang pegawai kerajaan,Pegawai ini mempunyai kepercayaan dari orang atasan,
Untuk me"review" projek2 bagi sebuah organisasi kerajaan ini,
Maka apa yang di"review" oleh pegawai ini,
Pastinya mendapat kelulusan pihak atasan...
Maka ramailah manusia yang mengaku sahabat,
Mengaku saudara,
Datang menawarkan pelbagai jenis "hadiah",
Ditawarkan perabot rumah penuh dari pagar depan sehingga pintu belakang,
Dijawabnya:
"Tak pelah encik, rumah saya pon dah lengkap perabot.
Rumah saya pon tak besar mana"
Ditawarkan set golf,
Dijawabnya:''Tak pelah encik, saya tak main golf"
Ditawarkan untuk belanja makan,
Dijawabnya:''Saya sibukla sekarang, lagipon saya dah makan tadi"
Sehinggalah satu hari,
Pegawai ini terpaksa mendengar ini:''Bodoh punya manusia, orang nak bagi hidup senang tak mahu"
Namun,
Mereka ni cekap buat kerja, Pernah waktu egawai kerajaan ini sarapan,
"Incik, tadi itu orang pakai baju batik sudah bayar sama incik punya makan"
Pegawai kerajaan itu berkata:
"Lain kali an-ne, jangan bagi lain orang bayar saya punya
makan"
Tengok,
Susah kan ada kuasa,Itu baru kuasa memberi review,
Belum kuasa meluluskan, merangkak rang undang2, bla, bla, bla
Kita asyik tengok orang je yg corrupt,
Kita corrupt kita lupa,For example,
Budak yg dpt biasiswa,
Guna duit kerajaan beli PS3,
Mesti ade yang jawab,
Ini duit gaji sayelah,
Sukahatilah nak beli apa,
Cuba bagitahu dekat orang2 kampung,
Pastu kita beli mainan yg tak berfaedah,
Pastu kita sibuk kata orang kerajaan sibuk makan duit kerajaan,
Sampai ada orang kampung nak beli susu anak pon tak cukup...
huhu...
Tengok,
Bukan aku nak kata corrupt itu boleh,
Tapi apa yg aku cuba nak kata,
Kita sibuk kutuk pemimpin negara,
Wanita puaka,
Lelaki Tua tak sedar dirilah,
Padahal cuba bila kita dapat duit dan kuasa,
Jangan kita jadi dua kali lima pulak..
Tapi
Mungkin ada yang kata:
"Aku yakin kalau aku dapat kuasa aku tak akan corrupt"Kalau aku jumpe org cakap macam ni, mmg aku balas:
''Alhamdulillah, Malaysia perlukan pemimpin Negara yang macam ko. Aku sanggup turun kempen untuk orang macam ko''
"Bencilah dosa yang dilakukan, bukan
pendosa"
Sebab kita bukan penghukum, Kita hanya perlu menyampaikan kebenaran.p/s: Moga Allah memberi Kemenangan pada Islam dan menetapkan hati2 mereka agar tidak rambang mata akan kewahan duniawi. Allahuakhbar~
Calon muda yang akan bertanding Parlimen Padang Rengas, Dr Meor Ahmad Isharra Ishak merupakan seorang doktor gigi.
No comments:
Post a Comment