Tuesday, January 18, 2011

fUnNy ka?

harini aku nak cerita perkara2 yg aku rasa kelakar dalam hidupku..bagiaku kelakar, x tau la bg org lain kan....waktu sekarang 10.07malam...baru selesai menonton ummu hani...cerita sama ja mcm 1L of tears... citer sekarang ni dh x berkualiti tp ade la yg kelakar2 juga...mcm cerekarama haritu..puteri kayangan kot tajuk dia...since plg aku ingt kt dalam castle si zara tu cakap...'azam!! jgn pergi!!...haih~

harini aku tak buat apa pon....tghri aku pi pekan menjamu mata..gi bank kuar duit....gi snek n candy beli wafer n eskem... gi kedai ravi yg kene serbu dgn 999 dan dirampas stok cd cetak rompaknya....gi pasaraya bilion, grand union...last aku pi pet shop.ingt nak beli makanan ikan n burung merpati tp terbeli anak kucing plak...kesian aku tgk dia men'giaw2' minta simpati...mesti dia sedey dok dalam kandang yg kecil itu...sib bek ko x mahal, klu tak x dptlah aku beli ko...then aku hantar kt pasar...kt pasar senang, byk makanan...esok aku lawat ko lg k....jg diri n perangai kt tmpt org...seronok tgk ko lari2, sgtlah laju..mesti badan ko sakit2 dok dalam kandang tu..nak jalan pon x lepas..apelah kejam sgt manusia ni...buatlah kandang besar2, letak semua binatang...xde la binatang tu rasa dia terkurung...

balik rumah dlm kul 1 iqbal mai..dia nak mengaji..selalu mak aku yg ajar tp sejak aku dok umah ni..tugas itu mak aku serahkan padaku...aku ngajar dia tp aku letak kepala kt atas meja mcm org malas...aku ngantok sebenarnya...aku ngaja 30 min ja sbb aku cakap aku sakit pala..esok smbg lagi...ptg kul 2.30pm, adik dia umar plak mai ngaji...aku ngaja 1 jam, sampai dia cakap...'akak ain, cheq dh penat lah' .......hehe...
wokeh~esok kita smbg....kul 3 aku tggu ikmal, dia drjh 6..mak dia soh aku semak2 subjek UPSR..aku tggu dia x mai plak....so, continue berahatlah nampaknya.......

UPSR, PMR,SPM........ sumer org stress je bila nak mghadapi peperiksaan besar mcm ni...hoho.. aku pon x terkecuali...dh nak last minit, bru nak study...x heranlah result x brapa baik...tp aku bsyukur juga...mak aku soh pi tuisyen aku malas..sbb aku kene pi sendri nek beskal, panas..tu yg aku malas nak gi tuisyen tu...then, kwn ayah aku cg azman dtg umah aku nak ajar aku add math...mak aku beli whiteboard besar, aku pon blaja lah dgn dia....ade 1 hari tu, adik aku tulis kt board tu  'KELAS F, guru cg azman'.. waktu tu ade cerita kt tv tajuk kelas F..bdk2 klas tu huru hara n x pandai, kelas akhir2 lah...lawak giler crita tu..aku pon tgelak bila tgk, cg yg ajar aku pon tgelak...apelah adik aku ni...aku tuisyen 3 bln ja kot...then cg azman habis blaja kt UPSI, dia pon balik ngaja kmpg dia...

cerita pasal adik aku yg ke 3....kitorg pggil dia abg chik...kecik2 dia nakal...aku selalu bgaduh ngan dia...dia x bleh disakat, mesti nak mengamok..ade 1 hari tu aku b'gadoh, dia cakap kt aku .'siaplah nanti'..tp aku x amik port pon kata2 dia.....rupa2nya dia guna cara halus~ dia tukar kulit buku kerja latihan matematik aku dgn buku jawi dia masa tadika... kulit tulis latihan matematik, dalam jawi tadika...adess...sabo jelah...dah la cg matematik aku garang...huwaa.. selalu mula2 masuk je, klu ada kerja sek dia akan soh anta n dia akan kira buku..cukup or x....aku pon hantar jelah, x buka pon, sbb mmg dah susun malam td, xde keraguan pon....esoknya tu time subjek math, cg masuk je clas trus dia tunjuk buku aku kt semua org...dia pon gelak, satu kelas gelak....adess....aku senyum ala2 model, tetibe ja aku jadi bahan gelak plak...hilang keayuan dan ke'seriusan' aku selama ini.... :} ape pon, aku lega sbb x didenda...mode dlm hati waktu itu, geram giller ngan bro aku...

ni cerita time tgkatan 1 plak, aku dok asrama di maahad agama....asrama kan, ada bilik tv, bilik seterika, bilik study, bilik sakit, x lupa juga bilik air dan bilik2 dorm....waktu mula2 masuk, of coz lah kita x rapat lagi dgn senior2....aku rapat dgn kawan satu sek rendah dgnku..klu nak makan, mesti kitorg makan sama2 wlaupon dorm yg berlainan...malam minggu paling best, x payah pegi prep, bleh tgk tv tanpa had..satu malam lepas kitorg isyak berjamaah di musolla, aku pon ajak dia pi tgk tv...sambil jalan, smbil sembang..smpai ja dpn pintu bilik tv tu...kitorg menjerit sekuat hati sbb kt tv tu tayang muka hantu....huhu..satu bilik tv tu marah kitorg, tutama akak senior...siot jer... sebelah bilik tv tu, bilik warden....warden jerit tnye, sapa yg jerit tu...dtg jumpa saya....kami pon pergilah, dptlah denda cuci dewan makan...hampeh betul..dewan makan sebesar 6 kelas bilik darjah biasa, cuci 2 org ja...ciss...mmg x patut..ptt aku tepon teledera aktu itu, sbb mendera kanak2 bawah umur...mcm2 la kenangan kt sek agama..ketuk ketampi 100 kali smbil berdiri atas kerusi la, melelong jugak mcm nak pengsan... ada 1 kali waktu form 3, aku ponteng kelas matematik....aku tidor kt bilik sakit... terkantoi plak sbb aku keluar dari bilik sakit tserempak dgn ustaz ajar aku math tu...seminggu aku kene duduk diluar sbgai denda...meja ngan kerusi, ustaz letak kt luar kelas tmpt org lalu lalang tu...segannya, Tuhan saja yg tahu...

ermmmm....ntah apa2 aku tulis ni....bilalah aku nak serius dalam hidup...i need a new-hardworking me. not this now-so-lazy me... :(   usha tangga kejayaan..yg berlalu biarlah sebagai kenangan dan pengajaran, yg akan datang biarlah melalui perancangan yg betul dan teliti...

Wednesday, January 12, 2011

Tuntutan pemimpin india membatalkan penggunaan novel interlok sebagai teks di sekolah

Amatlah menghairankan sebuah novel yang telah diiktiraf sebagai hasil sastera melayu selama berdekad lamanya tiba tiba menjadi cemuhan pemimpin pemimpin india yang antaranya dilantik sebagai menteri bukan kerana memenangi peti undi tapi sekadar ihsan lantikan dari senator. Maka ingin saya kemukakan petikan dari buku yang amat dikenali oleh pengkaji kesusasteraan melayu seperti berikut:

'Apa bicara kamu sekelian pada menolakkan bala ini?'  Jikalau sampai raja keling itu kemari nescaya benua China ini olehnya......'

Dailog di atas diucapkan oleh raja cina ketika berunding dengan para menteri dan pegawainya mengenai berita raja india hendak menyerang negara cina. untuk mengelakkan serangan tersebut, perdana menteri china telah menyuruh melengkapkan sebuah kapal, membawa orang tua yang sudah tanggal giginya. Ditanamkan dalam kapal itu pokok yang telah berbuah. Turut dibawa adalah jarum yang halus dan berkarat. Perdana menteri berpesan supaya berlayar hingga ke temasik iaitu singapura menanti kedatangan angkatan raja india. Sebagaimana diduga apabila raja india menyedari kehadiran kapal dari negara cina maka didapatkan maklumat berapa jauh lagikah jarak negara cina itu..Maka jawapan yang diperolehi adalah: 

''Tatkala kami keluar dari benua china, sekelian kami ini muda muda belaka, baru dua belas tahun umur kami; segala buah buahan ini bijinya kami tanam. sekerang kami pu sudah tua, gigi sudah habis tanggal, segala buah buahan yang kami tanam telah berbuah. Maka baharulah kami sampai kemari'. Maka diambilnya jarum dan beberapa bilah itu ditunjukkan pada si keling itu. katanya sekarang '' Adalah besi ini kami bawa ari negara china seperti lengan besarnya, sekarang telah haus; demikianlah peri kami lama dijalan.....' 

Berdasarkan maklumat dari orang kapal suruhan perdana menteri china ini, raja india telah tawar hati untuk meneruskan perjalanan dan membatalkan rancangan hendak menyerang china.


Jika interlok dituntut supaya dibatalkan sebagai teks sastera pelajar, maka apakah buku literature series No 9 Sejarah Melayu OR The Malay Annal susunan W.G Shellabear berdasarkan naskah asal tulisan jawi oleh Tun Sri Lanang akan menerima nasib yang sama? Bukankanpetikan tersebut menunnjukkan betapa bodohnya raja Keling(istilah yang digunakan dalam buku tersebut) hingga begitu mudah diperdayakan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri China??

Berapa banyak lagikah agaknya Khazanah Kesusasteraan Melayu yang akan dibongkar dan dituntut untuk diharamkan penggunaannya di sekolah dan IPT tempatan, sebaliknya akan terus diguna pakai oleh universiti universiti luar negara....Betullah kata hang tuah, takkan melayu hilang dudunia tapi sebaliknya hilang ditanah melayu sendiri..Amat menyedihkan, anak cucu kita masa hadapan muka tidak tahu sejarah pembentukan malaysia yang sebenar..tahukan mereka yang british yang membawa msuk india ketanah melayu... mana mungkin hak istimewa org melayu dijadikan sama rata walhal mereka mempunyai negara kedua..Akan terlukalah hati hati melayu ini...

Berbalik pada isu diatas, jika dibandingkan khazanah sastera inggeris yang dihasilkan  oleh Shakespere misalnya, watak2 keturunan yahudi sering diberi gambaran yang teruk, namun tidak pernah ada tuntutan supaya karangan itu diharamkan...berlainan pula di malaysia, pemimpin melayu takut... perhimpuanan bantahan diadakan di depan mjlis daerah klang (if im not mistaken) yang dipertuanya adalah org melayu...mengapa diberikan laluan??  jika anda semua masih ingan tentang kes hindraf semasa dibawah pimpinan pak lah..adakah mereka di ISA?? ...Bermula dgn perdana menteri yang lemah lembut sampai terlepas pulau batu putih dan telaga mintak..kini , diteruskan dgn bisness lelong bangsa dan negara.. baik lagi zaman Tun Dr Mahathir yg bukan berdarah melayu, berani buat tanpa takut pada sesiapa.tidak hairanlah beliau terkenal di dunia....ingin saya kongsikan satu cerita, cerita ini dari kenalan mak saya..dia mendaftarkan adiknya ke pusat rehabilitasi di hospital..dia sgt terkejut mlihat pengenalan diri adiknya yang tertulis Etnik: Melayu...adakah melayu dah jadi setaraf dgn kaun2 sabah sarawak?? orang penan, kadazan, dusun?? adakah???

Kesimpulannya, tuntutan menghalang penggunaan novel interlok utk pelajar bukan sekadar memberi gambaran betapa jahilnya naluri penilaian terhadap hasil sastera malahan telah mempamerkan pula sikap gelojah dan amat terdesak untuk melonjakkan kerjaya politik, hingga segala galanya mahu dijadikan modal politik. Janganlah kerana menurutkan fikiran beberapa kerat yang berfikiran sempit maka diambil tindakan yang boleh menimbulkan kebencian pengundi melayu yang lebih ramai. Siapa yang memberi kemenangan pada ahli parlimen Hulu Selangor jika bukan pengundi melayu.

p/s: Bersambung Part 2..

Sunday, January 9, 2011

Missing~

setiap manusia tidak lari dari perkataan kehilangan dan sungguh menipu jika ia menidakkan sedangkan kehilangan itu tidak kenal masa dan tempat. aku juga sedang menghadapi kehilangan dan kehilangan yg aku maksud kan ini jiwa yg kadang2 hilang tatkala aku dalam kelekaan. kadang2 aku mula terfikir apakah sebab aku hilang sesuatu yg berharga ini? jawapan nya cuma satu IMAN.

KITA bukan malaikat dan kita ini hanya manusia yang asyik berbicara dengan kalimah insan dan bg mereka yg suka mencari alasan manusia itu nisyan(lupa) dengan menggunakan nisyan sebagai langkah penyelamat pada diri.

memang benar kita insan yg tidak pernah sempurna tapi adakah kita sebenar-benar insan yg mahukan kesempurnaan walaupun hakikat kita tidak sempurna. adakah kita pernah berusaha untuk kesempurnaan itu? mahukan perubahan "yes" mencari alasan "no". hanya kita yang mampu mengubahnya.

kadang-kadang kita cepat futur apabila berlaku kehilangan sedangkan ALLAH telah mencipta setiap satu kalimah itu mesti berpasangan sebagai contoh hilang pasangannya jumpa. oleh itu masihkan ada alasan lagi untuk membiarkan sesuatu itu hilang tanpa dicari?

muhasabahlah kau dan aku!!!!!

p/s:  Benci tgk juara lagu...xde ke cite len yg best2... gud nite to me

Friday, January 7, 2011

Masih seperti lalang~

Aku masih seperti lalang..kadangkala macam sangat arif tentang diri but somehow macam tak kenal diri sendiri...

jiwaku pergi dan terus menghilang
ku mencari namun tersasar cahaya yg dulunya putih sudah tiada lagi
jiwaku kosong dan tiada petunjuk

harapan yg dulunya indah kini derita ku harungi jua hidup yg lara kesal tidak bemakna lagihanya kegelapan menjadi peneman
ku bangkit mencari sinar
kelam juga yg kutemui
apakah tiada untuk ku keampunan atau ujian disebalik kegelapan

pasti sinar dihadapan ku tekad diri kembalikan jiwa
untuk memenuhi ruang yg kosong ku sadar kegelapan itu adalah ujian
ku jaga ku belaikegelapan tidak sama sekali menerobos ku mahu sinar itu selama-lamanya tidak ku biarkan pergi mencari kegelapan


P/S: very important untuk kembalikan jiwa adalah dengan mengingati ALLAH

Monday, January 3, 2011

Pemikiran negatif vs pemikiran positif

salam sume!!

ok la,tu je. babai.


...



bengongnye. punye la tak tau nak tulis apa...ok2...today aku nak tulis pasal pemikiran negatif vs pemikiran positif

ini adalah antara beberapa ayat yg selalui di kata oleh org yg mempunyai jiwa yg lemah :

1. aku tak pandai wat lah...
2. aku bodoh la,,,
3. aku ni dah la tak lawa...
4. aku lemah lah
5. dan banyak lagi....

dan ini adalah beberapa ayat yg selalu dikata bg org yg berjiwa kental dan beretika :

1. aku cuba buat yg terbaik...
2. aku pandai....
3. aku ni lawa n hensem
4. aku kene sentiasa kuat....

Mcm aku sendiri..mmg aku suka pk +ve tu...org cakap klu minda positif, automatik perbuatan jadi +ve, akal +ve, gerak geri, perilaku, perasaan, emosi..semula yg kita buat akan positif.....tp cakap senanglah, but sometimes syaiton dok pujuk cakap NO!! syaitan memang jahat..sentiasa mahu menyesatkan anak, cucu, cicit nabi adam...

ni pulak kesimpulan secara positif a.k.a skema...hehe.. jauhi lah dri m'yebut perkataan yg menyerupai sesuatu yg tak baik kerana jika disebut berulang kali minda akn dikuasai dengan sikap dan sifat yg negatif,,,dan jgn sesekali jadikan semua perkara didunia ini penuh dengan alasan kerana alasan adalah satu perkara yg cukup memualkan melainkan ada perkara2 yg tertentu. dan ingat setiap manusia itu sudah ditentukan oleh ALLAH dengan kebolehan masing2. oleh itu jangan lah sentiasa bersifat negatif dengan apa yg berlaku pada diri kita. kita tidak tahu mengapa ia terjadi tapi semuanya ada hikmah yg tersembunyi, dan belum tentu org yg berkebolehan dapat melakukan tugas yg lain sedang kan anda boleh!!!!!

Firman Allah s.w.t. "Tidak aku bebankan seseorang hamba itu melainkan dia mampu untuk memikulnya."

p/s: Iman aku masih cedera ni..kenaper2?? call 999 bley :).Practise positive tought first cHaIyOK44x

Sunday, January 2, 2011

Asertif....

Nyaman cuaca subuh2 gini...aku tidoq 2 jam ja, mungkin siang td tido byk sgt agaknya...lama benar aku tak masuk room chat...masuk sat then kuar, loya dengan soalan 'asl plz' dgn chatters baru..haha..

aku nak cakap psl sikap disubuh yg sunyi sepi ini...aku belek buku sewaktu aku berkursus di GEMs dulu... Mengikut kuiz yg aku buat, aku termsuk kategori manusia yg 'Asertif'. aku nak hurai sifat2 org asertif.. semoga dgn sifat asertif ini boleh memberi serba sdikit kepada kita untuk menjadi manusia yg lebih baik,,,

1. sentiasa bersikap tegas: tegas biarla bertempat,,,klu tegas sgt pun aku gerenti tak de sapa yg nak kawan ngn korang,,,tp aku x penah nak tegas pon, masih melaut kesana kemari..

2. menjaga harga diri: yg ni memang penting dalam kehidupan,klu tak jaga harga diri macam2 bende buruk boleh berlaku,,korang tau kan sifat2 org yg tak tau jaga harga diri,,aku malas nak tulis sebab kita semua ni sentiasa mengjaga harga diri,,insyaallah....

3. sentiasa berfikiran matang: haaa,,yg ni aku pun masih bersifat separa matang,,,belum tahap matang lagi la,,,perlu lagi tunjuk ajar org yg matang,,,org yg matang jgn lupa tunjuk ajar aku ye,,,

4. tidak mudah terpengaruh: sifat ini amat penting pada diri kita sebagai seorang muslim perlulah kita tetapkan iman supaya tidak terlepas dari bisikan syaitan,,,korang tau kan syitan tu sentiasa ade dimana-mana,,oleh itu aku menyeru pada semua supaya sentiasa la tetapkan hati,,bila dah terlanjur jgn lupa beristigfar ye,,dgn istigfar boleh mengigatkan kita kepada ALLAH..peringatan pada diri sendri juga..

5. tau membezakan yg baik dan buruk: kalau tak tau beza tu boleh aku kotegorikan seorang yg belum capai tahap akhil baligh,,,setahu akukwn2 aku majoritinya semua dah akhil baligh,,oleh itu bila berfikir tu sentiasa la kita melunaskannya dgn landasan yg betul,,iaitu ALQURAN N SUNNAH,dari quran n sunnah sahaja boleh memberi kita petunjuk mana yg baik n buruk,,,


kesimpulannya, kaitan sifat2 diatas dgnku banyak bezanya...tp aku tak meniru waktu buat test ni... :) aku menjadi personaliti diatas dihadapan org sahaja tp x la terlalu kontra...terfikir juga adakah diri ini hipokrit?? dgn keluarga lain personality, dgn kwn2 lain...hohoho... dgn binatang lg lain. Sikap boleh diubah... Sikap yg -ve boleh diubah kepada +ve hampir serta merta. sebenarnya utk b'ubah kita tak memerlukan masa yg pnjang. masa yg panjang sebenarnya utk kumpul maklumat dan bina keyakinan serta kepercayaan sememangnya perubahan diri itu sesuatu yang mesti dilakukan. then,buat keputusan tentang perlunya berubah maka perubahan berlaku serta merta....Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya, "tidak akan aku ubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka ubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri"

Oleh itu, aku mesti berubah!! semua pon perlu berubah!!
p/s: menanti subuh...ngantokssss zZzzzzz

Saturday, January 1, 2011

Jiwa yang parah

tidak ada yang penting untuk penulisan kali ini, cuma mahu meluahkan sedikit perasan yg aku pendam selama ini terlalu subjektif untuk diterjemahkan. dalam minggu ini hati aku kian runcing dengan masalah hati yg cukup sensitif, aku cuba cari titik permasalahan yg aku alami sehingga kini masih tidak menemuinya.

aku menyingkap kisah hidup yg selama ini menjadi rahsia untuk diri sehingga kini tidak siapa yg tahu, satu persatu aku membuka kotak fikiran menyingkap lembaran sejarah hidup yg tidak indah untuk diperkatakan namun hati ini makin kecut dan semakin kecut pabila lembaran itu semakin menyakitkan hati untuk aku mengimbau kembali, lalu aku tutup kembali lembaran itu dan mula berfikir mencari ketenangan agar keadaan menjadi normal.

kawan menjadi tempat untuk mengadu tatkala masalah melingkari diri, tapi bagaimana untuk aku memulakannya? aku kusut dan mula berfikir agar masalah aku tidak membebankan kepada orang lain. aku bukan untuk mengelakkan diri tapi hakikatnya dan seboleh-bolehnya aku mahu meraka mendengarkan masalah aku agar bisa hati ini tenang. tapi aku ak betah berbuat begitu...Mengapa!!!!

aku lupakan niat dan terus fikir dan fikir walhal aku tahu permasalahan itu aku tidak dapat diselesaikan dengan mengharap diri sendiri. aku mencari jalan untuk luahkan masalah aku kepada meraka yg tidak aku kenali, tapi tapi dan tapi tetap juga susah untuk diluahkan kerana ia terlalu dan terlalu sukar untuk dterjemahkan dengan kata2. aku lupakan niat sekali lagi dan masalah tetap juga sama dan tiada kesudahan.

manusia itu bodoh jika berfikir dengan apa yg ada didepan mata tapi tidak pernah berfikir yg ESA itu sentiasa dekat dengan kita dan sentiasa terbuka untuk mendengar masalah hambaNYA. sombong nya aku sehingga aku lupa untuk mengadu pada YG MAHA ESA YANG MAHA MENDENGAR. jika aku sedari dari awal sudah tentunya jiwa akan tenang dan tidak perlu untuk menyakitkan diri dengan hati yang kian masalah.

jiwa ku kembali tenang, hanya padaNYA dapat mengembalikan jiwa yg parah menjadi sembuh. aku bersyukur padaMU YA ALLAH diatas pertolongan yg ENGKAU berikan padaku.