Amatlah menghairankan sebuah novel yang telah diiktiraf sebagai hasil sastera melayu selama berdekad lamanya tiba tiba menjadi cemuhan pemimpin pemimpin india yang antaranya dilantik sebagai menteri bukan kerana memenangi peti undi tapi sekadar ihsan lantikan dari senator. Maka ingin saya kemukakan petikan dari buku yang amat dikenali oleh pengkaji kesusasteraan melayu seperti berikut:
'Apa bicara kamu sekelian pada menolakkan bala ini?' Jikalau sampai raja keling itu kemari nescaya benua China ini olehnya......'
Dailog di atas diucapkan oleh raja cina ketika berunding dengan para menteri dan pegawainya mengenai berita raja india hendak menyerang negara cina. untuk mengelakkan serangan tersebut, perdana menteri china telah menyuruh melengkapkan sebuah kapal, membawa orang tua yang sudah tanggal giginya. Ditanamkan dalam kapal itu pokok yang telah berbuah. Turut dibawa adalah jarum yang halus dan berkarat. Perdana menteri berpesan supaya berlayar hingga ke temasik iaitu singapura menanti kedatangan angkatan raja india. Sebagaimana diduga apabila raja india menyedari kehadiran kapal dari negara cina maka didapatkan maklumat berapa jauh lagikah jarak negara cina itu..Maka jawapan yang diperolehi adalah:
''Tatkala kami keluar dari benua china, sekelian kami ini muda muda belaka, baru dua belas tahun umur kami; segala buah buahan ini bijinya kami tanam. sekerang kami pu sudah tua, gigi sudah habis tanggal, segala buah buahan yang kami tanam telah berbuah. Maka baharulah kami sampai kemari'. Maka diambilnya jarum dan beberapa bilah itu ditunjukkan pada si keling itu. katanya sekarang '' Adalah besi ini kami bawa ari negara china seperti lengan besarnya, sekarang telah haus; demikianlah peri kami lama dijalan.....'
Berdasarkan maklumat dari orang kapal suruhan perdana menteri china ini, raja india telah tawar hati untuk meneruskan perjalanan dan membatalkan rancangan hendak menyerang china.
Jika interlok dituntut supaya dibatalkan sebagai teks sastera pelajar, maka apakah buku literature series No 9 Sejarah Melayu OR The Malay Annal susunan W.G Shellabear berdasarkan naskah asal tulisan jawi oleh Tun Sri Lanang akan menerima nasib yang sama? Bukankanpetikan tersebut menunnjukkan betapa bodohnya raja Keling(istilah yang digunakan dalam buku tersebut) hingga begitu mudah diperdayakan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri China??
Berapa banyak lagikah agaknya Khazanah Kesusasteraan Melayu yang akan dibongkar dan dituntut untuk diharamkan penggunaannya di sekolah dan IPT tempatan, sebaliknya akan terus diguna pakai oleh universiti universiti luar negara....Betullah kata hang tuah, takkan melayu hilang dudunia tapi sebaliknya hilang ditanah melayu sendiri..Amat menyedihkan, anak cucu kita masa hadapan muka tidak tahu sejarah pembentukan malaysia yang sebenar..tahukan mereka yang british yang membawa msuk india ketanah melayu... mana mungkin hak istimewa org melayu dijadikan sama rata walhal mereka mempunyai negara kedua..Akan terlukalah hati hati melayu ini...
Berbalik pada isu diatas, jika dibandingkan khazanah sastera inggeris yang dihasilkan oleh Shakespere misalnya, watak2 keturunan yahudi sering diberi gambaran yang teruk, namun tidak pernah ada tuntutan supaya karangan itu diharamkan...berlainan pula di malaysia, pemimpin melayu takut... perhimpuanan bantahan diadakan di depan mjlis daerah klang (if im not mistaken) yang dipertuanya adalah org melayu...mengapa diberikan laluan?? jika anda semua masih ingan tentang kes hindraf semasa dibawah pimpinan pak lah..adakah mereka di ISA?? ...Bermula dgn perdana menteri yang lemah lembut sampai terlepas pulau batu putih dan telaga mintak..kini , diteruskan dgn bisness lelong bangsa dan negara.. baik lagi zaman Tun Dr Mahathir yg bukan berdarah melayu, berani buat tanpa takut pada sesiapa.tidak hairanlah beliau terkenal di dunia....ingin saya kongsikan satu cerita, cerita ini dari kenalan mak saya..dia mendaftarkan adiknya ke pusat rehabilitasi di hospital..dia sgt terkejut mlihat pengenalan diri adiknya yang tertulis Etnik: Melayu...adakah melayu dah jadi setaraf dgn kaun2 sabah sarawak?? orang penan, kadazan, dusun?? adakah???
Kesimpulannya, tuntutan menghalang penggunaan novel interlok utk pelajar bukan sekadar memberi gambaran betapa jahilnya naluri penilaian terhadap hasil sastera malahan telah mempamerkan pula sikap gelojah dan amat terdesak untuk melonjakkan kerjaya politik, hingga segala galanya mahu dijadikan modal politik. Janganlah kerana menurutkan fikiran beberapa kerat yang berfikiran sempit maka diambil tindakan yang boleh menimbulkan kebencian pengundi melayu yang lebih ramai. Siapa yang memberi kemenangan pada ahli parlimen Hulu Selangor jika bukan pengundi melayu.
p/s: Bersambung Part 2..
p/s: Bersambung Part 2..
No comments:
Post a Comment