Wednesday, January 16, 2013

SALAM MAULIDURRASUL YANG TERCINTA


Entry pertamaku ditahun 2013 ini. Di umur begini, mmg kurang masaku untuk menulis. Kesibukan dunia yang terlampau tidak pernah hilang selagi mata belum tertutup rapat.

SALAM MAULIDURRASUL YANG TERCINTA

Pada kesempatan ini, ingin aku bawakan kisah mengenai kecintaan seorang ulama yang terkenal terhadap Rasulullah S.W.T. Nama diberi Abu Hassan An-Nadwi. Ketika beliau  berumur 8 tahun, beliau telah dihantar oleh ibunya untuk belajar agama di sebuah sekolah. Ketika di sekolah, beliau telah membaca kisah-kisah mengenai sejarah hidup dan perjuangan Rasulullah S.W.T. Setelah membaca kisah2 tersebut, beliau terpegun dan kagum dengan baginda malahan rindu beliau bertambah tambah kepada junjungan besar Rasulullah S.W.T walaupun tidak pernah menatap wajah. 

Pada suatu hari, Abu Hassan telah pergi ke sebuah kedai buku untuk membeli buku mengenai kisah hidup Rasulullah S.W.T. Beliau mengumpul wang sendiri untuk membeli lalu memiliki buku tersebut. Setelah simpanannya mencukupi beliau pon pergilah ke kedai buku tersebut. Malang sekali, penjual memaklumkan buku tersebut telah pun habis dijual.

Iman Abu Hassan yang berumur 8 tahun pada ketika itu keluar dari kedai dan berjalan pulang. Beliau menyusuri lorong lantas berhenti di tepi lorong. Beliau menangis semahu mahunya kerana tidak dapat memiliki buku tersebut dan rasa rindu yang amat kepada Rasulullah S.W.T.   Kisah hidup Rasulullah umpama semangat kehidupan bagi beliau. 

Itulah serba sedikit kisah ulama besar yang aku pendekkan penceritaannya. Cintanya kepada Rasulullah S.W.T adalah sesuatu yang dituntut dalam islam. Seawal usia 8 tahun rasa cinta beliau sangat tinggi kerana ibunya mengasuh beliau dari kecil mengenal Allah dan rasulnya. Pelajaran pertama yang wajib di titikberatkan pada anak2, adik2 dan seluruh kanak2 islam di alaf ini. 

Amatlah malang kanak2 yang mengenal naruto dan angry bird lebih dari mengenal Raulullah S.W.T. 

Justeru, marilah kitaa memupuk kanak kanak generasi mengenal ALLAH dan Rasulullah S.W.T. 




Monday, December 10, 2012

Sayonara 2012

 
Tahun baru bakal menjelma, masing2 sudah tentu menanam azam baru. Azam untuk berubah ke peradingma yang lebih baik. Azam untuk lupakan segala kesedihan, kegagalan lepas dengan mencipta kejayaan di tahun mendatang.
 
Manusia mest merancang dan sememangnya kita dituntut untuk merancang hidup kita. Namun jgn lupa, di sebalik semua perancangan itu ‘final touch’ masih ketentuannya milik Allah. Kun Fa Yakun, Jika nak jadi, maka jadilah dengan izinNya manakala jika tidak ditentukan jadi, maka buat macam mana hebat sekali pun pasti menemui kegagalan juga.
 
Perjalanan kita semua masih jauh namun sebenarnya kehidupan kita makin singkat dan makin dekat untuk pergi menemuiNya. Insaflah, tahun baru bukan untuk kita bersuka-suka, menanam azam dan cita-cita semata-mata tetapi selangkah ke tahun baru bermakna selangkah kita mendekati barzakh. Alam ke-4 yang menanti kita. Tanah yang sejuk untuk mendakap tubuh kita. Soal jawab yang sedia menanti kedatangan kita. Semuanya perlu dihayati dan diamati bahawa kedatangan tahun baru bermakna kesedihan untuk kita yang akan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya. Meninggalkan jawatan yang gah lagi berkuasa kepada orang lain. Meninggalkan harta benda, rumah besar, anak isteri/suami, saham dan niaga kepada mereka yang mewarisinya. Bahawa dunia ini hanyalah tempat teduhan sementara.
 
Kehidupan ini ada pasang surutnya. Perhatikan ombak yang menghempas pantai. Begitulah kehidupan kita ini. Tidak ada masa sentiasa susah dan tidak ada masa kita sentiasa senang. Tak senang nak senang dan tak susah nak susah.  Ada gilirannya masing-masing.
 
Entry ini akan menjadi entry tunggal di bulan Disember dan terakhir untuk tahun 2012. Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kita dan seluruh ummat islam didunia ini.

Tuesday, July 24, 2012

Kenapa Kita Perlu beli Emas???

Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk danbakal menghancurkan skonomi kapitalis. Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambil duit dalam bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Ching, bekas penasihat politik Tun Dr M.

Jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi p! erkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan oleh penasihat bush, profesor di harvard dan oxford, org2 kuat IMF, Bank dunia dan segala jenis sifu zionis. Mereka kata system ekonomi kapitalis akan collapse dgn terul daripada menjadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930an. Mamat ni close dgn Tun Dr M dan tulis buku 'FUTURE FASTFOWARD'.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis.

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada

negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank) Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC THE

DEATH! OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena Tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT

KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke Negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa

untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Info: GOLD FORUM

Saturday, April 14, 2012

Jakarta Trip

A very quick entry on how thing have been for the past few weeks. Oh yes, I wont have enough time to update the blog frequently. So, peminat2 tegar sila bersabar :). A lttle memoir on what we have experienced in Jakarta. As for the start, our flight pergi dan balik was on timeA .Sampai je airport, we all ambil taksi yang di war warkan terpantas yaktu Blue Bird. Murah pula tu, dlm 100k sahaja(RM30). Hotel telah disurvey di internet sahaja.


Umi, Danial and me shared 1 room and Kak ila & dila shared another room. Usual designation would be we all share 1 big room, since bilik besar tu dah org duduk, so kenalah ambil 2 bilik berasingan. never mind.

Taken at Dila room before jalan2 cari makan ;)

Lepas urus diri dan solat, kami pon pergi berjalan kaki ke tanah abang yang jaraknya hanya 10minit dari hotel. 


We had NasiPadang for dinner. then went back to have a good night sleep, ready for the next day's activity..

Early the next morning, we went to Taman Mini Indonesia. This park is kind of a cultural park, where all sorts of cultural (especially the houses/ buildings/ traditional wear) thingies of each part of Indonesia are exhibited/ built in this huge park. We had an exhaustive journey touring the park pheww on feet!! took us half a day, Penat giler~ Tgk gambar dibawah sebagai rujukan..hehe




 Tumbuk apa tu cik kiah....
 Kami~

 Umiku
 Rumah minang
 With Dila
 With Kak Ila
 Danial with his bestfriend, Komodo
 Again~ With snake
 Muzium Tua
 Masjid~ Only separator pisahkan laki n wanita...Masjid Istiqlal, a very big masjid and we ended getting lost in it haha while searching for toilet.. only to discover that the pria and wanita (men & ladies) have to share toilet!!! scary huu

last day, we shopping at Tanah Abang. Extra Cheap sangat~ Harus untuk yang suka shopping esp baju, jubah, telekong...

Pengalaman paling tak best banyak sangat pengemis. huhuhu...tapi bila fikir balik, Alhamdulillah Allah memberikan rezqi kepada kita untuk tidak merempat sebegitu, moga kami sentiasa mnejadi orang yang bersyukur..

Tuesday, February 7, 2012

Sanah Helwa My Bro Danial

Assalamualaikum semua

Just a quick entry here. Yesterday is my brother's besday celebration. He is the most smart-est boy in my family anyway.

SELAMAT MENGENANG HARI LAHIR, Danial.
May GOD bless you, be wiser, be good, be Soleh boy and stay well.
“Semoga usia yang semakin meningkat seiring dengan iman dan ilmu. Amin

 Kek umi beli untuk danial

Danial potong kek orea yang tak berapa nak sedap

 
Semalam, kami celebrated besday danial dan kak ivan dirumah mereka.

Johan james yang susah nak senyum...nah, comey kan



 
Kami~~

Tuesday, January 24, 2012

Video2 OSEM...



 
Ini antara video OSEM yang paling aku minat...anyone, please teach me how to do :)

Tuesday, January 10, 2012

Jurisiction or Bidangkuasa???

“Jurisdiction” atau bidangkuasa?. Istilah ini digunakan secara meluas dalam dunia perundangan atau kehakiman. Secara mudah bidangkuasa ialah kuasa yg diberikan oleh sesuatu akta kepada individu atau badan yang ditubuhkan. Contohnya, Mahkamah seksyen menjalankan kes2 sivil berbayar sehingga 250,000 dan mahkamah magisteret juga menjalankan kes2 sivil yang berbayat setakat 25000 sahaja. Semua ini bergantung pada hierarki, semakin tinggi hierarki, semakin besar bidang kuasanya manakala semakin rendah hieraki, semakin kurang bidang kuasa seseorang itu

Meh kita lihat beberapa contoh berkaitan perlembagaan malaysia.  Mengenai agama islam contohnya, ia terletak dibawah senarai negeri. Oleh itu, kerajaan negeri mempunyai kuasa menggubal undang2 berkaitan agama islam dan menguatkuasakannya, kerajaan persekutuan tiada kuasa dalam hal ini. Contoh lain adalah pekerjaan sehari2. Tentu sahaja kerja kita sehari2 ada hadnya. Justeru, biangkuasa adalah milik kita. Melakukan kerja sehingga melebihi batasan adalah sesuatu yang kejam pada diri. contoh bermain game sehingga mengabaikan masa tidur.

Aku nak tekankan disini, jangan sesekali bertindak melebihi bidang kuasa terutama bidang kuasa yg ditetapkan Pencinta. Kebebasan yang kita kecapi tak bermakna kita bebas lakukan apa saja ya. Kita sentiasa terikat dengan peraturan Tuhan, maka, haruslah kita patuh untuk mendapat syurga kelak.

Allah mengurniakan nikmat yakni bidangkuasa kepaa kita kita. Nikmat pekerjaan yang bagus, duduk didalam hierarki yang tinggi dikalangan manusia bukanlah untuk tujuan riak sebaliknya membantu yang lemah dan jgn sesekali menyalah gunakan bidang kuasa yang diberikan. 


Jika Tuhan berikan kita bidang kuasa yang tinggi lebih dari orang lain,, gunalah sebaiknya. 
Jika menjadi pemerintah, biarlah yang Amanah. 
Jika menjadi hakim, biarlah bijaksana.


Jom, kita bersama merenung diri dan menghayati apakah bidangkuasa yangtelah diberikan pada kita. Apakah kita melaksanakan segala bidangkuasa yang diberikan dengan sempurna atau bertujuan menganiayai orang lain?? Adakah kita gunakan bidangkuasa kejalan yang betul atau penindasan semata mata??  Muhasabah dan lihatlah dgn penuh insaf..

Jika kitasalah selama ini, kembalilah ke pangkal jalan sekiranya anda telah melampaui batasan dan had yang telah ditetapkan Allah. Sesungguhnya, jalan pulang ke pangkuan Allah masih terbuka luas.