Monday, January 31, 2011

Sahabatku, La Tahzan :)

Setiap manusia pasti menangis di ssetengah waktu dlm hidup. Ada yg nangis krna sedih n ada pula sebaliknya. Ssetengah kita mungkin tidak sedar menangis juga boleh memberi kerugian dan sebaliknya. Sangat rugi sekiranya kita mencurahkan airmata kerana kehilangan sesuatu tanpa muhasabah hikmah di sebaliknya. Ruginya jika airmata dicurahkan kerna putus cinta dengan pasangan. Kenapa tak airmata dicurahkan bila mgenang dosa yg kita lakukan, kenapa kita tak nangis bila hati selalu buat dosa; berasa dengki, cemburu? mengapa tidak menagis bila lidah selalu berbuat dosa; mengadu domba, berbuat fitnah, memutuskan silaturrahim? dan mengapa kita tidak menangis kerana terlalu cinta pada Allah, rindu untuk bertemu denganNya? alangkah ruginya kita selama ini..

Hadith Imam al-Nawawi :"Kalaulah kamu semua mengetahui apa yang aku tahu, pasti sedikit ketawamu dan banyak tangisanmu.""Kelebihan Menangis krana Takut dan Rindu kepada Allah lebih besar dari segalanya"

Rasulullah tlah ceritakan ttang tujuh golongan yg bakal mdapat naungan Allah SWT di akhirat kelak iaitu dengan pemimpin yang adil, orang muda yg membesar dalam ketaatan kepada Allah, seseorang yg sentiasa terpaut hatinya pada masjid, dua insan yang berkasih kerana Allah, seorang lelaki yang menolak maksiat sehinggalah seorang lelaki yang ikhlas memberikan sedekah. Dan golongan yang ketujuh adalah orang yg mengingati Allah SWT hingga mengalir airmatanya. Inilah orang yang begitu ikhlas mengingati Allah SWT dgan segala kurniaanNya lalu dia insafi pula segala kekurangan dirinya dalam mensyukuri nikmat itu, lalu mengalir airmatanya kerana pelbagai emosi; cinta, kasih, malu dan takut kepada Allah SWT.

Mampukah kita sampai ke tahap itu? Kita memang takut pada balasan Allah hingga kita mampu meninggalkan zina, tak minum arak, tak meninggalkan solat. Persoalannya mampukah kita takut pada Allah hingga kita boleh meninggalkan dosa seperti umpat, keji, fitnah, hasad dengki, adu domba, memutuskan silaturrahim, lalai dengan hiburan?

Kita berdoa moga kita dikurniakan nikmat yang tidak terhinggga ini.nikmat tangisan kerana mengingati Allah SWT, takut dan cinta serta kasih kepada-Nya. Sesungguhnya tangisan ini tidak sia-sia dan tidak terbuang begitu sahaja. Tangisan inilah akan menyelamatkan kita di dunia ini malah ia sudah pasti ada harganya di negeri yang kekal abadi. Moga kita terdiri dalam golongan manusia yang bahagia di akhirat..amin

Sunday, January 30, 2011

Diri yang sering hilang~

Mcm mana hendak aku mulakan ya. Aku sendiri pun tidak pasti. Antara sifat manusia. Mmng perlu utk memuhasabah diri. Tak boleh tidak. Hakikatnya, org yg briman itulh yg selalu siap-siap utk merelakan hati dan jasad ditarbiyah dan jalani proses muhasabah diri setiap hari. ALLAh swt punya cara tsendiri utk menegur setiap hamba-Nya. Hanya manusia sahaja yg antara sedar dan tidak. Teguran itu boleh jadi melalui apa yang berlaku pada diri kita. Boleh jadi teguran itu melalui apa yg disampaikan, dilafazkan, diperbuat oleh orang lain yg dimana kita melihatnya dan dpt menyedarkan kita secara tak langsong. ALLAh memang punya banyak cara yang sangat seni.

Pernah rasa kehilangan sesuatu?? Dalam hidup seharian, kadangkala pernah terasa tak aman, resah semacam. Terasa sesuatu yg belum dibuat atau terlupa. Selagi tak jumpa puncanya, maka selagi itulah hati tidak tenang. Mungkin sebab itulah orang Islam dianjurkan untuk bermuhasabah selalu. Manusia sifatnya pelupa. kadang-kadang lalai keresahan itu jadi tanda, bahawa ALLAh itu tidak pernah lekang dalam menjaga kita, tidak ingin kita terus-menerus melakukan kelalaian. Sungguh, perasaan ini sesuatu yang seni dan kadang kala sukar untuk ditafsir.

Kekadang manusia sudah merasa cukup tapi hakikatnya tidak! Bahkan mmg tidak pernah cukup. Apalagi merasa cukup pada amalan. Bagaimana kita manusia biasa di akhir zaman boleh merasa cukup dengan ibadah yang telah kita lakukan? Kita lemah kan? Selalu kufur nikmat. Tak bersyukur dgn apa yang ada. Lalaikah kita? Ya, memang lalai. Dan selalu sangat lalai.

pabila hati terasa semakin membatu dan jiwa semakin selalu dilanda keresahan, berdirilah! sucikan diri dan menghadap yang Esa. 

“Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseorang, kecuali dengan izin ALLAh. Dan barangsiapa beriman kepada ALLAh, nescaya ALLAh akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAh Maha Mengetahui segala sesuatu.” – at Taghabun : 11]

Bagaimana ya? Aku sendiri rasa malu pada diri sendiri setiap kali membaca kalamullah. Membaca pon kadangkala tersangkut2, walhal sudah belajar sedari kecil...inilah yg terjadi jika ilmu yg tidak diamalkan, lama kelamaan akan habis juga..bila membaca tafsir pula, kadang kala menampar pipi aku. Eh, bukan kadang-kadang, tapi selalu.

ALLAh sentiasa memerhatikan kita. Tetapi kita sering membelakang ALLAh. Dan sering kali juga hanya teringat pada ALLAh di waktu dan keadaan yang tertentu. 

EGO? Pecahkan ia!
Rahmat ALLAh? Kejarlah! Kerana, ALLAh selalu ada untukmu.
Siapa kita? Siapa ALLAH SWT?
Hei, kita hamba. Dan ALLAH SWT adalah TUHAN!
Kehilangan diri? Lemah? Maka, tolong aku bangkit. Anda juga kehilangan diri? Mari, kita bangkit bersama!
Semoga ALLAh merahmati.

Friday, January 28, 2011

Standard~

“Ape lah ko ni, sarapan pagi mkn nasi lemak,roti canai dengan kopi O. X standard langsung. Cuba tengok aku ni, makan “french toast” dgn scramble egg dan baked beans. Barulah ada kelas.”

“Takkan ko breakfast dgan ubi rebus dan ikan masin bercicahkan kelapa parut. Mana ade standart. Ini zaman Jepun boleh la. hahaha.

Begitulah dua senario yg dapat dilihat. Kedua2 individu di atas merasakan bahwa ukuran “standard” m'rupakan perkara yg menentukan status seseorang individu di mata orang lain. Pentingkah standard pada umat ini? Apakah semua benda di dunia ini memerlukan standard? Dan apakah pula ukuran standard kepada semua manusia adalah sama.

Aku ambek cntoh mudah mengikut dua senario di atas. Sarapan pagi di Malaysia dianggap tidak standard jika tiada teh tarik,roti canai atau nasi lemak panas. Mnakala standard sarapan pagi di Paris pula dianggap standard oleh masyarakat di sana jika disajikan dgn french toast, baked beans atau french bread. Di Bangkok pula, sarapan pagi yg standard pula ialah bubur nasi panas berserta perencahnya. Di sebuah kampung terpencil di perak pula, yg dianggap standard pula hanyalah ubi rebus cicah kelapa parut. Ape yg dianggap standard, mempunyai kelas, berprestij di Malaysia mungkin dianggap kuno di Paris. Apa yg standard di Thailand pula dianggap makanan orang sakit di Malaysia. Begitulah keadaannya.

Sebenarnya di mana-mana pun tiada standard tertentu yang menentukan sesuatu amalan atau perbuatan dianggap standard. Segalanya bergantung kepada keadaan,situasi dan budaya setempat. Dalam Islam, apa-apa sahaja yang tidak bercanggah dengan syarak boleh dilakukan. Dan Allah tidak menilai amalan perbuatan kita berdasarkan standard setempat tetapi berdasarkan TAQWA.

” Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa paras kamu, dan tidak memandang kepada harta benda kamu, akan tetapi DIA memandang kepada hati dan amalan kamu.” [hadith]

Thursday, January 27, 2011

KERUSI !!

Kerana sebuah kerusi, manusia sanggup berbunuh-bunuhan.
Kerana sebuah kerusi manusia sanggup membuat fitnah dan mengadu domba.
Kerana sebuah kerusi mesyuarat Bahagian sebuah parti politik menjadi kecoh.
Kerana sebuah kerusi juga maka adalah kerusi perwakilan melayang-layang ke atas pentas sehingga memaksa pihak keselamatan untuk campur tangan meleraikan keadaan :)
Kerana sebuah kerusi ramai yang sanggup melobi.
Kerana sebuah kerusi ramai yang sanggup membeli undi.
Kerana sebuah kerusi ramai yang kecundang.
Kerana sebuah kerusi yang haram menjadi halal.
Kerana sebuah kerusi prinsip perjuangan sanggup digadai.
Kerana sebuah kerusi manusia hilang pertimbangan.
Kerana sebuah kerusi usaha-usaha dibuat untuk mencemar imej lawan.
Kerana sebuah kerusi kawan menjadi lawan.
Kerana sebuah kerusi adik beradik bertelagah, suami isteri bercerai berai, ayah tak mengaku anak dan menantu berpaling tadah.
Kerana sebuah kerusi nilai manusia menjadi murah boleh dibeli dengan wang ringgit.
Kerana sebuah kerusi manusia sanggup melakukan apa sahaja asal menang kerusi tersebut, asal dapat duduk atas kerusi tersebut.

Persoalan pokok bukan kerusi untuk duduk yang dicari sebaliknya kedudukan atau ‘position’ yang menjadi idaman. Kerusi hanyalah sebagai lambang kekuasaan. Lambang kemewahan dan pintu untuk mengejar kebendaan. Sejarah membuktikan bila kerusi jadi rebutan, darah akan tumpah melanda ke bumi. Peperangan demi peperangan berlaku malah berlanjutan. Pembunuhan berlaku di mana-mana hanya kerana berebutkan kerusi yang tinggi. Sebenarnya, bukan kerusi yang dicari orang. Kerusi boleh didapati di mana-mana. Cari saja kedai perabut berdekatan anda pasti menjumpainya. Ttpi yang dicari sebenarnya, ADALAH KUASA,KUASA DAN KUASA yang bersifat sementara. 

Kerusi hanyalah lambang kepada kekuasaan. Ramai yang merasa dirinya layak untuk menduduki sebuah kerusi. Hebatnya kuasa sebuah kerusi. Walaupun panas kerusi terus diminati, biarpun yang mendudukinya sekejap cuma. Kerusi itu panas, kerusi itu tanggungjawab, kerusi itu amanah, kerusi itu ketelusan, kerusi itu pengaruh, kerusi adalah segala-galanya. Bertahun-tahun manusia berebutkannya, zaman berzaman hingga sekarang kerusi masih diminati. Kita semua mempunyai sekurang-kurangnya satu kerusi. Itulah kedudukan kita. Seorang kerani ada kerusinya bermakna ada kepentingannya.Seorang hakim ada kerusinya, boleh menjatuh hukuman. Semakin mahal sebuah kerusi, semakin ramailah peminatnya. Mahal bererti kerusi itu sangat penting. Bererti kedudukan sangat penting. Bererti keputusan yang bakal dibuat dari atas kerusi itu sangat mustahak dan perlu dipatuhi. Orang yang menduduki kerusi itu pula, tidak akan berasa selesa kerana dia bakal dijatuhkan oleh lawan dengan pelbagai cara bergantung kepada kepentingan kerusi tersebut. Kerusi Presiden sebuah negara atau kerusi Perdana Menteri adalah kerusi yang paling diminati dan akan dipertahankan habis-habisan.Kehilangan kerusi bermakna kehilangan kuasa. Kehilangan kuasa bermakna cakap sudah tidak diendah, arahan sudah tidak dipatuhi. Diri bakal dipinggirkan.

Pendek kata, besar betul peranan kerusi ya. Cuma, masih  adakah manusia yang mahu bersila di lantai tidak mahu duduk di kerusi kerana dia tahu kerusi itu PANAS dan dia tidak layak mendudukinya. Siapakah manusia itu? Adakah masih wujud di zaman ini? Masih adakah insan-insan seperti Imam Shafie, Maliki, Hanbali atau Hanafi wujud atau Al-Ghazali yang menolak bila ditawarkan kerusi penting hanya kerana memikirkan soal jawab di akhirat dan bebanan yang tidak mampu terpikul?
Sama-samalah kita mencarinya.

p/s: semua orang disekeliling bercerita ttg p/raya dun tenang

Wednesday, January 26, 2011

Tafakkur

Bila  aku terkenang umur yg semakin meningkat entah tiba hati  rasa sunyi n sayu. T'kadang perasaan sunyi n kesepian yg sgt tiba2 menyelimuti diri. aku pasti kita semua pernah mengalami perasaan halus sedemikian. Megimbau kenangan2  indah n pahit masa di sepanjang p'hidupan, di persekolahan, universiti dan alam pekerjaan yg juga tempuhi selama beberapa bulan. Tanpa disedari, hidup semakin hari semakin berubah. Bahagiakah kita berbanding generasi nenek moyang kita sblm ini x lah dapat dipastikan. Adakah kita dan golongan terdahulu sgt menghargai hubungan “habluminnannas” dan “habluminallah” ???

M'gingati dosa2 silam spnjg umur yg telah mendekati usia 30an menjadikan t'fikir seketika di manakah kesudahannya hidup ini. Syurgakah atau nerakakah. Matlamat kita semua adlh ke sana krna itulah “Kampung halaman” kita yg sebenarnya yg pernah dihuni oleh Adam dan Hawa sblum diturunkan ke muka bumi yg penuh dengan ujian dan kepayahan.

Pernah anda rasa berdosa dan m'yesal dgn perbuatan anda, dgn kesilapan yg pernah anda lakukan.dari sekecil2 dosa sampailah ke sebesar besarnya??  Tahniah! Jika anda prnah merasa sedemikian, sesungguhnya masih ada sekelumit perasaan berdosa n takutkan balasan Allah hingga m'jadikan kita sentiasa berhati-hati dlm kehidupan.

Dosa mmg sukar utk dielakkan terutamanya dosa2 kecil. Namun berhati2lah dgn dosa kecil jika dibiarkan ianya akn m'jadi 1 kebiasaan dan x mustahil jika t'kumpul m'jadi bukit dosa yg besar akibat kelaziman kita melakukannya. Terkadang bila duduk dlm kelompok “asatizah” or para alim ulama dlm satu2 majlis, trasa betapa hina n kerdilnya diri. Terasa kerdilnya mgenangkan betapa jahilnya ilmu dan pengetahuan ttg Islam yg kita anuti. 

Seorang sahabat pernah menceritakan kepada aku bahawa :
“Saya pernah mengikuti perbincangan ilmiah alim ulama dan entah tiba-tiba perasaan sedih dan sebak menyelimuti saya. Mengapalah saya tak mahu belajar ilmu agama dengan bersungguh-sungguh masa sekolah dahulu sehingga menjadi “faqih” kerana dengan menjadi faqih maka jalan untuk saya berdakwah kepada masyarakat terbuka seluas-luasnya. Menyesalnya aku!! Menyesalnya kerana tak ikut cakap orang tua!!

Aku  menenangkannya bila melihat air matanya mula bergenang. Sabar. Ttpi inilah takdir yg telah ditakdirkan untuk kau Sekurang2nya, kita perlu bersyukur kerana Allah masih sudi untuk mencampakkan hidayahnya kepada diri2 yang lalai pada saat ini. Sesungguhnya perasaan sedemikian dtg krna Allah masih sayangkan kau.Dia terdiam,tertunduk. Aku faham perasaannya, dan mula t;fikir apakah nilaiku disisi Allah yang esa..

Seorang ulama sufi iaitu Syeikh Ibn Atha’illah As-Sakandari prnah cakap :
” Satu maksiat/dosa yg m'yebabkan kamu merasa kerdil,rendah diri,hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) itu adalah lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, hebat dan bangga.

Makna yg aku faham disini, perasaan bersalah,hina,rendah diri,kerdil,luluh hati m'genangkan dosa-dosa silam yg dilakukan shingga terbitnya perasaan b'taubat itu sebenarnya lebih baik drpd seorang alim yg merasa dirinya hebat dgn ilmu yang diperolehinya. Cthnya seorang Ustaz yg berlagak sombong, pandang jijik pd orang lain dan rasa dirinya bersih dan suci hasil ketaatannya kepada Allah sehingga memandang rendah kepada manusia lain dan merasa dirinya dijamin masuk syurga itu  adalah lbh dibenci Allah b'banding dgn seorang pelacur yg menyesali dan menangisi dosa2 silam sambil bertaubat bersungguh2 kpd Allah dgn hati yg penuh ikhlas.

M'yesali atas keterlanjuran dosa2 yg tlh lepas sebenarnya merupakan salah satu bentuk AZAB di dunia bagi m'yelamatkan kita drpd terima siksaan yg lebih dasyat lagi di negeri akhirat, dan mengikut Syeikh Ibn Atha’illah As-Sakandari  lagi boleh jadi Allah telah menukarkan azab tersebut menjadi kebaikan yang lebih banyak.
 
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang. [Al-Furqan:70]

Akhir kalam, jgnlah rasa rendah diri dgn diri. Gunakanlah nikmat yg Allah telah berikan di dimuka bumi ini untuk mengenal pencipta, tidak dilupa juga ilmu duniawi. Jgn sampai nikmat itu ditarik balik barulah hendak disesali.

p/s: Menonton ummu hani di tv3 dan cuba menyelami peraasan bagaimanakah bila nikmat pglihatan ditarik..

Tuesday, January 25, 2011

:(


p/s: Ridiculously ridiculous. And awkward. That is how I describes what have I done yesterday...

Monday, January 24, 2011

Penyakit Jiwa

Kita sering b'tanya pada diri atau kita acapkali m'dengarnya dan mengeluh, “Mengapa jiwa aku ini terasa kosong”? Manusia mahu pun haiwan, jikalau kehausan, maka apa ubatnya? of coz jawapan  yg akan diberikan, “Minum airlah..”. Tetapi, jika yg sedang kehausan itu adalah JIWA. Maka apa ubatnya? Soalan ini aku tanyakan kepada diri sendiri dan beberapa orang sahabat. Jawapan yang aku inginkan, tetapi keadaan jadi terbalik.

Aku, secara terus-terang pernah merasainya. Bukan sekali, malah lebih dari sekali. Semuanya berpunca dari kelalaian diri sendiri. Manusia, cepat sangat lupa dan alpa. Sudah terasa jiwa meronta ingin diisi, namun jasad x berbuat apa2 untuk memenuhi permintaan jiwa itu. K'banyakan di antara kita, memang begitu. Sudah tahu jiwa sedang sakit, tetapi tidak bergerak untuk mencari penawarnya. Apabila sudah melarat, terluka, berdarah, bernanah.. Baru nak mencari ubatnya. Alhamdulillah, better late than never.

Kita dikurniakan harta yang banyak,rezeki melimpah ruah,pangkat yang besar,gaji yang banyak,perniagaan yang maju tetapi kita masih lagi merasa kekosongan jiwa. Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri,mengapa ianya kosong?atau pernahkah kita bertanya pada Allah apakah sebabnya musababnya?

Kata jiwa ini…

Ya… memang aku kosong kerana kamu tidak pernah memberi aku makan dengan ayat-ayat Allah,kamu lupa memberi sedekah kepada yang memerlukan,kamu tidak pernah berbicara dengan Allah,kamu tidak pernah menyanyikan lagu kegemaran ku,sedangkan itulah makanan ku,kamu hanya sekadar melihat makanan ku tanpa memberi  walau sedikit pun,aku kini kurus dan tidak bermaya,kamu hanya mengisi perut mu dengan duniawi,sedangkan ia bukan makanan ku.”

Tahukah kamu wahai diriku sudah berapa lama kamu hidup senang lenang,kamu lupa akan aku,kamu leka dengan urusan duniawi,kamu leka dengan urusan yang merugikan dengan alasan apabila kamu tua nanti akan kamu isi ku sampai aku  muntah!

Kata diri ini…

Dunia ini masih panjang lagi,aku belum puas hidup senang,aku belum puas menikmati duniawi,nanti aku taubat, aku berjanji akan memberi kamu makanan kegemaran mu,bersabarlah jiwa yang kosong,aku tiada masa untuk memberi mu makan lagi”

 Inilah rintihan dalaman jiwa yg kosong,tanpa kita sedar sebenarnya jawapan itu ada dalam diri kita. Kita dibutakan oleh Allah sehingga x nampak, dan kita masih tidak menginsafinya, tiada sedikit pun perasaan itu…walaupun secebis. Buat diri ini dan sahabat yg sering berada dalam kekosongan jiwa, berilah jiwa kamu makan dengan ayat-ayat Allah, nescaya jiwa yang kosong itu akan penuh,sihat,ceria sepanjang hari tanpa ada lagi keluhan.

Jiwa Yang Sedang Koma

Jiwa itu, apabila sudah lama dibiarkan dengan penyakit ‘lupakan ALLAH’ dan tidak diisi dgn zikrullah, maka jiwa itu ibarat sekujur tubuh yang sedang terbaring kerana mengalami koma. Yang sedar akan sekelilingnya, yang sedar akan keadaan dirinya, namun tidak boleh berbuat apa-apa. Hanya boleh merasai dan mendengar. Tetapi jiwa sangat merana.

Kenapa boleh berlaku seperti itu? EGO. Ego seorang hamba yang membiarkan jiwanya sedang sakit tetapi tidak dipedulikan. Dia terpedaya dengan dirinya sendiri bahawa dirinya sangat kuat dan tidak memerlukan siapa-siapa mahupun ubat. Dia menyangka dirinya kuat dan penyakit hati itu akan pulih dgn membiarkannya begitu sahaja. Sayang sekali, tertipu oleh diri sendiri.

Jiwa itu telah parah.

Senang sekali manusia yg tidak berpegang teguh pada iman berpaling seketika dari jalan ALLAH apabila menghadapi dugaan. Dugaan yg datang ditafsirkan sebagai tanda ALLAh tidak menyayanginya. Lalu ALLAH ‘cubit’ sedikit hatinya agar manusia berfikir. Tetapi tidak, manusia seringkali berputus asa. Kerana apa? Hubungan dengan-Nya dan keyakinan kepada-Nya sudah diganggu gugat oleh syaitan melalui perantaraan nafsu.

Manusia itu berfikir dengan akal sendiri, tidak sedikitpun memandang Al-Quran dan Hadis pada waktu itu. Meminggirkan diri. Menganggap bahawasanya ALLAH sudah tidak memandangnya. Putus-asa menyelubungi diri, lalu memencilkan diri sendiri dan menganggap bahawa dia tiada dalam penglihatan Tuhannya.

Dengan kecintaan ALLAH pada hamba-NYa, DIA menanti dan terus menanti manusia itu datang kepada-Nya. Tetapi ALLAH sedikitpun tidak kerugian jika manusia itu tidak memerlukan ALLAH. Malah, ALLAH lebih tidak memerlukan manusia. Alangkah ruginya manusia jika terus dengan sifat egonya dan membiarkan jiwa yang sedang koma terus-terusan menjadi koma.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? – Ar Rahman : 16
Ubatilah Jiwamu Itu

Apakah menjadi satu kerugian ataupun keaiban kepada seseorang untuk merangkak kembali menagih kasih-sayang ALLAh bagi mengubati jiwa yang telah sekian lama koma? Pada aku tidak. Malah  aku hormati orang yang sebegini. ALLAH sentiasa melihatnya dan ‘menghulurkan tangan-Nya’ menyambut kedatangan seorang hamba yang ingin bertaubat.
“ALLAh akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka.” – Muhammad : 5-6
Tidak kurang juga manusia yang ingin melepaskan jiwanya, tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana dan malunya sangat-sangat menyelubungi diri. Bertanyalah. Kerana jika sentiasa diam, tiada sesiapa yang rugi melainkan diri sendiri. Doa, semoga ALLAH mengizinkan jiwa yang koma itu adalah pertama dan terakhir kalinya. Kerana berada dalam keadaan jiwa yang koma amat menyeksakan. Pelbagai gambaran dan gangguan yang didatangkan oleh ALLAh untuk ‘mencubit’ jiwa yang sebegini. Untuk apa? Kerana ALLAH masih sayangkan jiwa dan empunya jasad. DIA terus-menerus memberi peluang..

Jika benar-benar ingin membuat anjakan paradigma untuk diri sendiri. Dengan izin ALLAH, DIA datangkan atau pertemukan dirimu dengan seseorang yang kamu boleh bertanya padanya. Dan ingatlah, ALLAH sangat mengasihi orang-orang yang sentiasa merangkak sehingga berdiri kerana mengharapkan redha dan kasih-sayangNya.

Ubatilah jiwamu yang koma itu.. Kerana dengan jiwa yang koma, tidak akan membawa kepada syurga ALLAH. Taraf kita hanya sebagai hamba. Iya, hamba ialah hamba. Jangan sesekali mencuba untuk menjadikan jiwa sebagai TUHAN kepada Tuan Punya Dunia~ 
 
No offense :)