Setiap manusia pasti menangis di ssetengah waktu dlm hidup. Ada yg nangis krna sedih n ada pula sebaliknya. Ssetengah kita mungkin tidak sedar menangis juga boleh memberi kerugian dan sebaliknya. Sangat rugi sekiranya kita mencurahkan airmata kerana kehilangan sesuatu tanpa muhasabah hikmah di sebaliknya. Ruginya jika airmata dicurahkan kerna putus cinta dengan pasangan. Kenapa tak airmata dicurahkan bila mgenang dosa yg kita lakukan, kenapa kita tak nangis bila hati selalu buat dosa; berasa dengki, cemburu? mengapa tidak menagis bila lidah selalu berbuat dosa; mengadu domba, berbuat fitnah, memutuskan silaturrahim? dan mengapa kita tidak menangis kerana terlalu cinta pada Allah, rindu untuk bertemu denganNya? alangkah ruginya kita selama ini..
Hadith Imam al-Nawawi :"Kalaulah kamu semua mengetahui apa yang aku tahu, pasti sedikit ketawamu dan banyak tangisanmu.""Kelebihan Menangis krana Takut dan Rindu kepada Allah lebih besar dari segalanya"
Rasulullah tlah ceritakan ttang tujuh golongan yg bakal mdapat naungan Allah SWT di akhirat kelak iaitu dengan pemimpin yang adil, orang muda yg membesar dalam ketaatan kepada Allah, seseorang yg sentiasa terpaut hatinya pada masjid, dua insan yang berkasih kerana Allah, seorang lelaki yang menolak maksiat sehinggalah seorang lelaki yang ikhlas memberikan sedekah. Dan golongan yang ketujuh adalah orang yg mengingati Allah SWT hingga mengalir airmatanya. Inilah orang yang begitu ikhlas mengingati Allah SWT dgan segala kurniaanNya lalu dia insafi pula segala kekurangan dirinya dalam mensyukuri nikmat itu, lalu mengalir airmatanya kerana pelbagai emosi; cinta, kasih, malu dan takut kepada Allah SWT.
Mampukah kita sampai ke tahap itu? Kita memang takut pada balasan Allah hingga kita mampu meninggalkan zina, tak minum arak, tak meninggalkan solat. Persoalannya mampukah kita takut pada Allah hingga kita boleh meninggalkan dosa seperti umpat, keji, fitnah, hasad dengki, adu domba, memutuskan silaturrahim, lalai dengan hiburan?
Kita berdoa moga kita dikurniakan nikmat yang tidak terhinggga ini.nikmat tangisan kerana mengingati Allah SWT, takut dan cinta serta kasih kepada-Nya. Sesungguhnya tangisan ini tidak sia-sia dan tidak terbuang begitu sahaja. Tangisan inilah akan menyelamatkan kita di dunia ini malah ia sudah pasti ada harganya di negeri yang kekal abadi. Moga kita terdiri dalam golongan manusia yang bahagia di akhirat..amin
No comments:
Post a Comment