Bila aku terkenang umur yg semakin meningkat entah tiba hati rasa sunyi n sayu. T'kadang perasaan sunyi n kesepian yg sgt tiba2 menyelimuti diri. aku pasti kita semua pernah mengalami perasaan halus sedemikian. Megimbau kenangan2 indah n pahit masa di sepanjang p'hidupan, di persekolahan, universiti dan alam pekerjaan yg juga tempuhi selama beberapa bulan. Tanpa disedari, hidup semakin hari semakin berubah. Bahagiakah kita berbanding generasi nenek moyang kita sblm ini x lah dapat dipastikan. Adakah kita dan golongan terdahulu sgt menghargai hubungan “habluminnannas” dan “habluminallah” ???
M'gingati dosa2 silam spnjg umur yg telah mendekati usia 30an menjadikan t'fikir seketika di manakah kesudahannya hidup ini. Syurgakah atau nerakakah. Matlamat kita semua adlh ke sana krna itulah “Kampung halaman” kita yg sebenarnya yg pernah dihuni oleh Adam dan Hawa sblum diturunkan ke muka bumi yg penuh dengan ujian dan kepayahan.
Pernah anda rasa berdosa dan m'yesal dgn perbuatan anda, dgn kesilapan yg pernah anda lakukan.dari sekecil2 dosa sampailah ke sebesar besarnya?? Tahniah! Jika anda prnah merasa sedemikian, sesungguhnya masih ada sekelumit perasaan berdosa n takutkan balasan Allah hingga m'jadikan kita sentiasa berhati-hati dlm kehidupan.
Dosa mmg sukar utk dielakkan terutamanya dosa2 kecil. Namun berhati2lah dgn dosa kecil jika dibiarkan ianya akn m'jadi 1 kebiasaan dan x mustahil jika t'kumpul m'jadi bukit dosa yg besar akibat kelaziman kita melakukannya. Terkadang bila duduk dlm kelompok “asatizah” or para alim ulama dlm satu2 majlis, trasa betapa hina n kerdilnya diri. Terasa kerdilnya mgenangkan betapa jahilnya ilmu dan pengetahuan ttg Islam yg kita anuti.
Seorang sahabat pernah menceritakan kepada aku bahawa :
“Saya pernah mengikuti perbincangan ilmiah alim ulama dan entah tiba-tiba perasaan sedih dan sebak menyelimuti saya. Mengapalah saya tak mahu belajar ilmu agama dengan bersungguh-sungguh masa sekolah dahulu sehingga menjadi “faqih” kerana dengan menjadi faqih maka jalan untuk saya berdakwah kepada masyarakat terbuka seluas-luasnya. Menyesalnya aku!! Menyesalnya kerana tak ikut cakap orang tua!!
Aku menenangkannya bila melihat air matanya mula bergenang. Sabar. Ttpi inilah takdir yg telah ditakdirkan untuk kau Sekurang2nya, kita perlu bersyukur kerana Allah masih sudi untuk mencampakkan hidayahnya kepada diri2 yang lalai pada saat ini. Sesungguhnya perasaan sedemikian dtg krna Allah masih sayangkan kau.Dia terdiam,tertunduk. Aku faham perasaannya, dan mula t;fikir apakah nilaiku disisi Allah yang esa..
Seorang ulama sufi iaitu Syeikh Ibn Atha’illah As-Sakandari prnah cakap :
” Satu maksiat/dosa yg m'yebabkan kamu merasa kerdil,rendah diri,hina dan hancur hati (kerana penyesalan dan taubat) itu adalah lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, hebat dan bangga.
Makna yg aku faham disini, perasaan bersalah,hina,rendah diri,kerdil,luluh hati m'genangkan dosa-dosa silam yg dilakukan shingga terbitnya perasaan b'taubat itu sebenarnya lebih baik drpd seorang alim yg merasa dirinya hebat dgn ilmu yang diperolehinya. Cthnya seorang Ustaz yg berlagak sombong, pandang jijik pd orang lain dan rasa dirinya bersih dan suci hasil ketaatannya kepada Allah sehingga memandang rendah kepada manusia lain dan merasa dirinya dijamin masuk syurga itu adalah lbh dibenci Allah b'banding dgn seorang pelacur yg menyesali dan menangisi dosa2 silam sambil bertaubat bersungguh2 kpd Allah dgn hati yg penuh ikhlas.
M'yesali atas keterlanjuran dosa2 yg tlh lepas sebenarnya merupakan salah satu bentuk AZAB di dunia bagi m'yelamatkan kita drpd terima siksaan yg lebih dasyat lagi di negeri akhirat, dan mengikut Syeikh Ibn Atha’illah As-Sakandari lagi boleh jadi Allah telah menukarkan azab tersebut menjadi kebaikan yang lebih banyak.
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Dan Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang. [Al-Furqan:70]
Akhir kalam, jgnlah rasa rendah diri dgn diri. Gunakanlah nikmat yg Allah telah berikan di dimuka bumi ini untuk mengenal pencipta, tidak dilupa juga ilmu duniawi. Jgn sampai nikmat itu ditarik balik barulah hendak disesali.
p/s: Menonton ummu hani di tv3 dan cuba menyelami peraasan bagaimanakah bila nikmat pglihatan ditarik..
No comments:
Post a Comment