Tentang ayat ini, aku mula berfikir, aku ingin bahagia, semua orang juga ingin bahagia. Semua ingin hidup ini sentiasa tenang dan ceria walaupun dikelilingi dengan seribu masalah yang memenuhi 'storage' otak. Aku menafsir ayat ini, kita mesti sentiasa walaupun sedikit untuk menjadi insan yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang di sekeliling. Supaya kehadiran diri dirasai, dan ketiadaan diri dirasakan satu kehilangan kepada orang di sekeliling.
Pernah semua terfikir tentang ais yg dapat menyejukkan air didalam gelas? Jika gelas kecil beberapa ketul cukup untuk menyejukkan manakala gelas besar perlu lebih banyak kuantiti utk menyejukkannya. Pernah disuatu restoran aku memesan fresh orange gelas besar untuk menghilangkan dahaga tetapi hanya beberapa ketul ais sahaja yang diletakkan oleh si pembuat air. Memang tak cukup untuk menyejukkan air di dalam gelas besar itu.
Aku mula terfikir dan merenung ke dalam diri. Mungkinkah aku adalah salah satu dari 3 ketul ais dalam gelas besar ini? Adakah kehadiran aku tak dapat membantu menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Adakah kehadiran aku di dunia ini tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain di sekeliling. Fuhh~ Jika difikirkan memang terasa beratnya. Adakah selama bertahun hidup didunia adakah sia2 atau bermanfaatkah diri ini?
Aku mahu menjad ketulan yang boleh menyejukkan sejumlah air didalam gelas besar itu. Aku mahu diri bermanfaat buat orang lain. Aku pasti semua orang juga mahu jadi begini. Kalau jadi ais, biarlah ais yg dapat menyejukkan. Kalau menjadi guru, biarlah menjadi gedung ilmu bermanaat pada muridnya dan jika menjadi ibu bapa, biarlah dapat menghasilkan generasi islam yang pastinya dapat menggegar dunia.
Aku mulai terfikir kehidupan selama 26 tahun ini. Berbagai peristiwa bermain di otak fikiran. Peristiwa pahit dan manis tidak dapat lari dari hidup ini. Cuba untuk mengingati apakah selama ini aku benar-benar telah memberi manfaat kepada orang lain??
Aku hanya insan biasa. Kehadiran aku mungkin hanya dirasai oleh orang-orang yang paling hampir iaitu orang dirumah, kawan2 seengajian dan sekolah terdahulu. Jadi, bagaimanakah aku dapat memberi manfaat kepada mereka semua ?Aku bukan 'Orang Besar' yang mempunyai kuasa besar dalam negara ini, bukan pengarah jabatan, bukan CEO syarikat, dan masih belum tersenarai dalam jawatan kerajaan. Kerdilnya diri didalam kerjaya dikalangan manusia. Dan kalau aku menjadi orang-orang yang berpengaruh dan berkuasa seperti di atas sudah tentu aku boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling melalui kuasa yang ada padaku.
Semua orang inginkan 'bahagia' dalam hidup. Tetapi, adakah kebahagiaan itu diukur dengan kebendaan dan wang ringgit ataupun dengan cara lain? Pernahkah kita terfikir, jika kita ingin bahagia, kita perlulah membahagiakan orang lain juga. Bahagikan ibubapa dengan penuhi impian mereka, siapkan kerja di pejabat dan bos merasa gembira, dan sentiasa berhemah dan diplomasi dengan semua lapisan umor dan kawan2. Jika saya dapat menbahagikan orang lain, bererti kita telah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.
Aku rasa mungkin ini ialah salah satu jawapan dari persolan ini. Selain membahagiakan kehidupan orang lain, buatlah kebajikan lain walaupun dengan sekecil kecil perkara seperti menderma 10sen di tabung masjid setiap hari. Mungkin derma yang sedikit dari semua orang akan memberikan kelegaan kepada orang lain yang memerlukan.
Akhir kalam, evaluatelah diri sendiri. Yakinlah semua mainkan watak utama, walaupun jadi pintu atau jadi tingkap yang penting peranan itu dilaksanakan sebaik mungkin. Cuma, kadang-kadang kita berasa bahawa peranan yang kita mainkan tidak cukup kuat untuk megubah sesuatu perkara. Walaupun kita hanya menjadi pintu yang membuka jalan kepada orang lain untuk masuk namun pintu tadi juga berharap suatu hari nanti dia akan dapat memainkan peranan yang lebih besar lagi.
Fikirkanlah, Sejauh mana kita bermanfaat kepada orang lain? dan sejauh mana kita bermanfaat kepada islam?