Saturday, July 23, 2011

Angin Syurga Yang Semakin Hampir :)

Bulan RAMADHAN semakin hampir dengan kita. Ia datang menawarkan keampunan besar dan natijahnya adalah syurga yang didambakan.



Bagaimana perancangan kita untuk menempuhi Ramadhan tahun ini? Apa yang akan kita sasarkan untuk memenuhkan tempoh 30 hari ini? Khatam Quran kah? Solat Terawih 20 rakaat di masjid kah?Bersedekah setiap hari kah? atau,  Zikir dan Qiyamulail setiap malam? Jika tak mampu lakukan kesemuanya, pilihlah salah satu dan mohonlah bantuan dari Yang Maha Esa agar kita ditetapkan hati dan dikuatkan iman melakukannya secara istiqomah dibulan Ramadhan yang sangat mulia itu.

Mengenang Ramadhan aku tahun lepas agak menyedihkan aku. Seringkali aku lewat kemasjid disebabkan hal2 yang remeh. Aku berazam mahu untuk khatamkan Quran 30 juz. Tapi, cubaan gagal kerana faktor-faktor keletihan dan kelopak mata yang sering memberat tiap kali mengaji dan me'limit'kan jumlah helaian. Taraweh minggu pertama dan kedua aku buat 20 rakaat dan masuk minggu berikut hanya tinggal 8 dan paling menyedihkan hari2 terakhir aku hanya sembahyang isyak dimasjid dan tidak bertaraweh. Hanya menunggu dan memerhatikan sehingga jemaah selesai bertaraweh dan aku pulang kerumah. Lemahnya diri aku ni, apatah lagi iman.

Ujian membuat kebaikan itu sangatlah besar dan sukar untuk dilalui. Sangat beruntunglah bagi mereka yang berjaya meredahnya dengan sabar dan tabah. Tak ada jalan singkat untuk menempah tiket ke syurga. Semuanya mahal dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga malahan adakalanya sehingga nyawa melayang.

Aku teringat tazkirah ringkas Ustazku di sekolah dahulu. Allah telah berikan kita 30 biji kapsul Ramadhan untuk digunakan oleh seluruh hamba-hambanya. Makanlah kapsul Ramadhan ini dan hadamkan dengan sehadam hadamnya kerana inilah ubat paling mujarab untuk memperbaiki diri. Dan gunakanlah 30 hari ini dengan semaksimum mungkin. Isilah dengan amal-amal soleh seperti solat terawih, membaca Al-Quran, bangun malam dan banyakkan bersedekah dalam bulan ini. Pahalanya berganda-ganda.

Akhir Kalam, marilah kita bersama sama hidupkan ramadhan kali ini dengan amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan sekaligus menaikkan martabat kita di sisi Allah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

Saturday, June 18, 2011

Manfaatkanlah Diri


'Sebaik baik manusia itu, ialah orang yang sentiasa memanfaatkan dirinya untuk manusia lain'.

Tentang ayat ini, aku mula berfikir, aku ingin bahagia, semua orang juga ingin bahagia. Semua ingin hidup ini sentiasa tenang dan ceria walaupun dikelilingi dengan seribu masalah yang memenuhi 'storage' otak. Aku menafsir ayat ini, kita mesti sentiasa  walaupun sedikit untuk menjadi insan yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang di sekeliling. Supaya kehadiran diri dirasai, dan ketiadaan diri dirasakan satu kehilangan kepada orang di sekeliling.

Pernah semua terfikir tentang ais yg dapat menyejukkan air didalam gelas? Jika gelas kecil beberapa ketul cukup untuk menyejukkan manakala gelas besar perlu lebih banyak kuantiti utk menyejukkannya. Pernah disuatu restoran aku memesan fresh orange gelas besar untuk menghilangkan dahaga tetapi hanya beberapa ketul ais sahaja yang diletakkan oleh si pembuat air. Memang tak cukup untuk menyejukkan air di dalam gelas besar itu.  

Aku mula terfikir dan merenung ke dalam diri. Mungkinkah aku adalah salah satu dari 3 ketul ais dalam gelas besar ini? Adakah kehadiran aku tak dapat membantu menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Adakah kehadiran aku di dunia ini tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain di sekeliling. Fuhh~ Jika difikirkan memang terasa beratnya. Adakah selama bertahun hidup didunia adakah sia2 atau bermanfaatkah diri ini?

Aku mahu menjad ketulan yang boleh menyejukkan sejumlah air didalam gelas besar itu. Aku mahu diri bermanfaat buat orang lain. Aku pasti semua orang juga mahu jadi begini. Kalau jadi ais, biarlah ais yg dapat menyejukkan. Kalau menjadi guru, biarlah menjadi gedung ilmu bermanaat pada muridnya dan jika menjadi ibu bapa, biarlah dapat menghasilkan generasi islam yang pastinya dapat menggegar dunia.

Aku mulai terfikir kehidupan selama 26 tahun ini. Berbagai peristiwa bermain di otak fikiran. Peristiwa pahit dan manis tidak dapat lari dari hidup ini. Cuba untuk mengingati apakah selama ini aku benar-benar telah memberi manfaat kepada orang lain??

Aku hanya insan biasa. Kehadiran aku mungkin hanya dirasai oleh orang-orang yang paling hampir iaitu orang dirumah, kawan2 seengajian dan sekolah terdahulu. Jadi, bagaimanakah aku dapat memberi manfaat kepada mereka semua ?Aku bukan 'Orang Besar' yang mempunyai kuasa besar dalam negara ini, bukan pengarah jabatan, bukan CEO syarikat, dan masih belum tersenarai dalam jawatan kerajaan. Kerdilnya diri didalam kerjaya dikalangan manusia. Dan kalau aku menjadi orang-orang yang berpengaruh dan berkuasa seperti di atas sudah tentu aku boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling melalui kuasa yang ada padaku.

Semua orang inginkan 'bahagia' dalam hidup. Tetapi, adakah kebahagiaan itu diukur dengan kebendaan dan wang ringgit ataupun dengan cara lain? Pernahkah kita terfikir, jika kita ingin bahagia, kita perlulah membahagiakan orang lain juga. Bahagikan ibubapa dengan penuhi impian mereka, siapkan kerja di pejabat dan bos merasa gembira, dan sentiasa berhemah dan diplomasi dengan semua lapisan umor  dan kawan2. Jika saya dapat menbahagikan orang lain, bererti kita telah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.  

Aku rasa mungkin ini ialah salah satu jawapan dari persolan ini. Selain membahagiakan kehidupan orang lain, buatlah kebajikan lain walaupun dengan sekecil kecil perkara seperti menderma 10sen di tabung masjid setiap hari. Mungkin derma yang sedikit dari semua orang akan memberikan kelegaan kepada orang lain yang memerlukan.

Akhir kalam, evaluatelah diri sendiri. Yakinlah semua mainkan watak utama, walaupun jadi pintu atau jadi tingkap yang penting peranan itu dilaksanakan sebaik mungkin. Cuma, kadang-kadang kita berasa bahawa peranan yang kita mainkan tidak cukup kuat untuk megubah sesuatu perkara. Walaupun kita hanya menjadi pintu yang membuka jalan kepada orang lain untuk masuk namun pintu tadi juga berharap suatu hari nanti dia akan dapat memainkan peranan yang lebih besar lagi. 

Fikirkanlah, Sejauh mana kita bermanfaat kepada orang lain? dan sejauh mana kita bermanfaat kepada islam?

Saturday, June 4, 2011

Kaitan Coklat dengan Kehidupan

Aku suka coklat! Aku suka coklat! Anda semua suka coklat? Mesti suka juga kan. Banyak jenis coklat didunia ini. Ada yang 'bitter', 'sweet' dan 'bittersweet'. Ikut citarasa masing masing dalam memilihnya.


Jika difikir apa sebenarnya kaitan antara coklat yg rasanya 'bitter', 'sweet' or 'bittersweet' dengan kehidupan manusia. Kenapa aku kata begitu?  Kerana kehidupan manusia ada pasang surutnya. Kadang2 manis dan Kadang2 pahit. Ada pengalaman manis yang tak dapat dilupakan dan ada juga pengalaman pahit yang perit untuk dikenang. Pengalaman manis sememangnya amat disukai semua orang malahan ramai ingin mengulangnya. Pengalaman pahit pula sukar untuk dilalui dan tidak ramai yang mahu mengulangnya.

Ramai yang gembira, senyum dan bergelak ketawa bila mdapat pengalaman manis. Ramai juga yang berdukacita, gundah gulana, menitiskan air mata malah menangis bila melalui peristiwa yang pahit. Mendapat kekayaan, mendapat anak, mendirikan rumahtangga, berjaya di dalam peperiksaan adalah antara peristiwa manis yang ingin diulang-ulang oleh manusia. Manakala menanggung kesakitan akibat penyakit kronik, ditimpa musibah, ditimpa kemalangan, gagal dalam peperiksaan, kehilangan insan yang disayangi adalah antara pengalaman pahit yang tidak ingin dilalui oleh manusia.

Namun sebagai manusia kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Allah yang tentukan bahawa dunia yang kita jalani ini adalah medan ujian yang harus ditempuhi. Jika difikir-fikirkan, yang pahit itu ujian dan yang manis itu juga ujian. Kita tiada pilihan untuk memilih dilahirkan menerima yang manis sahaja. Dan kita juga tiada pilihan untuk menolak yang pahit ke tepi. Kita tidak boleh memilih untuk lahir dalam keluarga yang senang lenang dan mewah dan kita juga tidak boleh memilih untuk tidak dilahirkan di dalam keluarga yang miskin nestapa.

Jika kehidupan penuh dengan kemanisan maka tidak mustahil jika suatu hari nanti kita juga akan menerima kepahitan juga. Ramai di antara kita yang memandang bahawa yang manis itu baik manakala ramai di antara kita yang memandang yang pahit itu buruk dan negatif sentiasa. Tetapi ketahuilah, bahawa yang manis itu tidak semestinya baik untuk kita dan yang pahit itu tidak semestinya buruk untuk kita.

Manis dikaitkan dengan rasa lazat dan pahit dikaitkan dengan rasa tidak sedap. Makanan yang manis-manis seperti kek, ais krim dan sebagainya dikaitkan dengan kesedapan dan kelazatan yang ingin dinikmati oleh semua orang. Sebaliknya makanan yang pahit tiada siapa yang sudi untuk menjamahnya. Analoginya manis bagai gula, pahit bagai hempedu. Contohnya makanan yang manis jika dimakan dalam tempoh yang panjang boleh memudaratkan. Makanan yang manis boleh mangakibatkan sakit perut. Makanan yang manis boleh mengakibatkan penyakit kencing manis dalam jangka waktu yang panjang. Ubat yang pahit sukar untuk ditelan tetapi ketahuilah yang pahit itulah yang menjadi penawar kepada kita.Seringkali petua dan saranan pengamal perubatan tradisional untuk mengamalkan memakan akar-akar kayu yang rasanya cukup pahit bagi menjaga dan memulihara kesihatan yang berpanjangan. Inilah perumpamaan mudah untuk menggambarkan contoh kebaikan antara pahit dan manis.
Surah Al-Baqarah: Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu itu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
Satu lagi aku terfikir kenapa perkataan “bitter” didahulukan dan selepas itu diikuti dengan perkataan “sweet”? Kenapa tidak ‘sweet’ dahulu dan bitter kemudian? Kerana manis dahulu pahit kemudian rasanya perit. Setiap kesukaran yang dihadapi insyallah akan disusuli dengan satu kemudahan. Permulaan yang sukar akan berakhir dengan pengakhiran yang baik. Mungkin inilah sifirnya. Susah dahulu dan senang kemudian, pahit dahulu dan manis kemudian.

Begitulah kehidupan yang ada pasang surutnya. Jika kita masih beranggapan yang manis itu baik maka hindarkanlah perasaan itu kerana segalanya datang daripada Allah, dia lebih mengetahui apa yang baik dan sesuai untuk kita hambanya. Jika yang pahit itu ditelan dan dilalui dengan penuh keikhlasan dan keredhaan, maka yang manis itu adalah pahala yang menanti kita di hari pembalasan kelak yang berkesudahan dengan syurga.

Tuesday, May 31, 2011

A moment to remember~ ;D

Alhamdulillah, segala puji-pujian selamanya milik ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang diberi kesempatan meng'update' blog hari ini. Entry kali ini hanya untuk memahatkan memori kelanaku ke bumi sonata selama beberapa hari. Alhamdulillah, perjalanan berjalan dengan lancar. Sangat seronok disana.  Sesampai ja terus check in dah membeli stok makanan :D..lapo sangat~

Day 1: Melawat Bandar seoul sambil membeli belah, Namsan Tower.

Jalan TAR di Korea~

Dah penat..sob..sob..

Delegasi..

Penutup Day 1 dgn makan makan.

Day 2: Palace, Muzium, Cruise, Hanggang river, Blue Mosque


Di Muzium with Adlina

Selesai exam~ :D

Jalan raya di seoul~

Palace

Blue Mosque


Dimalam hari...day 2 tamat.

Day 3: Nami Island

Naik tren ke Nami Island

Nice view~











Bye Bye Nami Island..Tunggu kedatangan aku lagi..

Ni pula video Nami island~

I would like to thanks to rizuan, din, farid, saifullah, fadil dan zul for a wonderful, exciting, interesting and enjoyable trip. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa kalian untuk kami. I never forget this fascinating tour for a long time :)

Saturday, May 14, 2011

Manusia Perlukan Cengkerang


Sahabatku,
Pernah kita perhati dan kaji kisah penghidupan seekor kerang. Angin taufan yg melanda taufan saban tahun amat menakutkan si kerang. Gulungan ombak membuatkan si kerang menyorok di dalam cengkerangnya biarpun kelaparan. Hempasa ombak setinggi rumah membuatkan si kerang bergolek2 tanpa haluan. Lalu si kerang hanya mampu berdoa, semoga tetap bertahan. Dan tatkala lautan semakin tenang, si kerang membuka kembali cengkerang seluasnya, berkumpul bersama keluarga dan rakan tersayang, sama2 makan, sama2 ketawa berkongsi cerita. Terbitlah dunia terumbu karang yg sangat cantik dipandang. 

Namun kini, segalanya berubah. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ombak menghempas kuat, segala galanya hancur dan binasa dan yg tinggal hanyalah sekujur cengkerang. Makkk!! itu sahaja yg keluar dari mulutnya. Dengan tangis dia mendekati cengkerang yg sudah tidak berisi itu. Innalillah~ Lantas dia melihat sekeliling..segalanya telah hancur dilanda badai..yg tinggal hanyalah cengkerang siput, kerang, ketam dan segala jenis yg bercengkerang. Dia trauma lantas terus berlalu. Tiba2 terlihat olehnya  seekor kerang yg masih cantik, teguh cengkerangnya. Didekatinya perlahan, berharap dipertemukan dgn rakan baru. Namun, hampa sekali lagi, ulat2 menggeletik keluar dari cengkerang yg tampak indah luarannya. Otak mentafsir lalu terlahirlah emosi kecelaruan disitu. La tahzan ya qalb, katanya. Kerang terus berduka, hatinya menangis pilu. Nasib apalah yg menimpa, adakah lantaran dosa2 lalu. Sejadah kesedihan dihampar, bermunajatlah kepada ilahi. Biar ombak membadai, terus bertahan dalam cengkerang.

Sahabatku, 
Inilah juga yg terjadi pada kehidupan manusia, kita ibarah kerang, dunia ialah pantai. Kadang2 aapabila Allah menenangkan arus, kita terus lalai dan alpa. Terlupa yg kerang yg lemah hanyalah menumpang di pantai itu. Zaman muda ombaknya amat hebat, fenomena kejutan sosial dan kehancuran akhlak tanpa kita sedari amat membimbangkan. Jarum thaghut terus terusan mencucuk hati melalui media, surat kabar dan internet. Ramai org muda mati hantinya lantaran ketidak dayaan menentang jarum2 yg amat halus turusannya.

Ingat sahabatku, 
Hanya bahtera iman dapt melayarkan kita ke destinasi idalam. Kuatkan iman dgn Al-Quran dan tahajud. Nyalakan semangat perjuangan dan mantapkanlah hati, teguhkan jiwa dan lancarkan lidah. Asingkanlah diri jika terasa perlu, manusia kadang2 perlukan cengkerang utk menambah keimanan. Ombak diluar sana amat hebat wahai sahabatku.

Kerang itu terus ditabir pantai. Bertafakur, bermunajat lantas menyerahkan diri sepenuhnya pd yg Maha Esa. Kerang terus menerus menjadi teguh dan kuat.. tatkala kerang lain mengalah , hanya dia dapat mampu bertahan.

Wahai Sahabat, mampukah kita bertahan dalam arus kehidupan ini?

Tuesday, May 10, 2011

Amanat Sheikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata ''Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?''

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ( lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku ( yang perlahan ini ) .

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan ( kerusi roda ) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan .Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah.

Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa. Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan ( daripada kalangan kalian ) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas…

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami. Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:“ Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami , wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!

Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian ( menyerah ). biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada`.Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian . Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami.

Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”“ Ya Allah kami mengadu kepadaMu … kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada ornag-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan meyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa , kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita yang dijandakan , ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan , tanaman-tanaman yang dirosakkan.Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan ( umat ) kami, berpecahnya perpaduan kami , berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami , betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.

p/s: Terusik hati membaca bait bait kata ini.

Friday, April 29, 2011

Terapi Hati


Manusia diciptakan Allah dgn sebaik-baik kejadian. Mula dgn setitik air yg hina sehinggalah menjadi seorang insan bernama manusia. Diberikan pula oleh Allah nikmat2 yg tak ternilai banyaknya. Namun, kita sering lalai dan upa untuk mensyukuri anugerah yg dikurniakan ini, bahkan kita terus mengejar kemewahan yang bersifat  sementara.

Nikmat paling berharga yg diberikan Allah ialah nikmat hati. Hati merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yg dilakukan setiap manusia. Hati dicipta Allah sebaik baik kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.

"Di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging, jika daging itu baik, niscaya akan baik semua perbuatannya, dan jika daging itu buruk, maka buruk pula semua amalannya. Dan ketahuilah bahwa daging itu adalah HATI"
 
Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak dari hati yg kotor, manusia tak akan lakukan maksiat terhadap penciptaNYA. Namun, manusia sentiasa tidak hiraukan gelagat hati ini. Dibiarkan hati dikotori titik-titik hitam dan dikerumuni berbagai penyakit yang menjijikan. Hasilnya segala gerak-geri yang dilakukan tersasar dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.

Banyak masalah diterbitkan oleh hati dan ada juga masalah yg boleh mengganggu hati. Penyakit hati ini sebenarnya paling berbahaya jika dibiarkan. Beberapa penyakit hati ialah sombong, kagum diri sendiri (ujub), dengki, riak, syirik, buat maksiat dan banyak lagi. Masalah yg boleh menggangu hati pula seperti masalah2 sampingan yg sering melanda manusia. Gagal dalam peperiksaan, dimarah bos, kalah dalam pilihanraya, bercerai, putus cinta dan lain2 pula contoh yg boleh mengganggu hati lalu melemahkan seseorang insan yg masih tidak kental lagi hatinya tika itu. 

Cara mengatasi penyakit hati mengikut Imam al-Ghazali boleh diatasi dengan tiga perkara. Pertama, belajar dgn guru yg bijaksana, mempunyai keistimewaan dan kepandaian tentang penyakit jiwa. Kedua, mencari org untuk meluahkan ttg hati yg serabut, ahli keluarga atau boleh juga sahabat yg boleh dipercayai, yg suka membetulkan kesalahan dan kuat agamanya. Ketiga, mengambil pendapat org2 yg membenci kita,  kerana pandangan orang yang membenci itu dapat melihat keburukan yg tidak mungkin dapat diketahui oleh orang2 yg menyayangi kita.

Ubatilah...ubatilah..ubatilah.......hatimu yg lemah.  Jalan mengubati hati tidak semudah teori. Ianya memerlukan mujahadah yang terlalu tinggi. Perjuangan itu pahit kerana Syurga itu terlalu manis. Kentalkan hati menempuhi segala dugaan dan mehnah yg datang sekental pejuang2 palestin. 

Andai perjuangan iitu senang, pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu singkat masanya, pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan menjanjikan kesenangan duniawi, pasti ramai tertarik padanya,
Namun, hakikat perjuangan bukan begitu,.
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNya..
Perjuangan itu pahit kerana SYURGA Allah itu terlalu manis.