Sunday, August 21, 2011

Lailatul Qadar -The Night of Power.

Ramadhan makin meninggalkan kita….Meninggalkan kita sehari demi sehari…
Jemaah terawih dimasjid  makin susut dan kurang….
Kemeriahan menyambut Ramadhan makin hambar….
Aura Syawal  makin membanjiri media2 akbar dan TV dengan promosi2 murah....
Jika Ramadhan ini disamakan dengan sebuah projek membina bangunan, maka ianya telah masuk fasa terakhir....
Jika Ramadhan ini disamakan seperti  perlawanan bola sepak, maka ia sedang memasuki separuh masa kedua…
Jika disamakan Ramadhan dengan perlawanan olahraga, kita semua telah berada dalam 100m Terakhir. Akan menangkah kita? atau kita akan tersungkur sebelum sempat kita menghampiri garisan penamat?
Ramadhan tahun 2011 ini akan pergi tinggalkan kita. Panjangkah umur kita untuk bertemu Ramadhan akan datang? 

Diakhir Ramadhan, Allah menjanjikan mempunyai ganjaran berlipat kali ganda. Jika kita rasa jualan murah  SALE hari raya itu sangat best, tawaran pahala Ramadhan yang Allah berikan ini lebih2 lagi menarik. 10 hari terakhir ini Allah menganugerahkan kita malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. 70,000 malaikat akan turun ke bumi untuk bersama2 menghidupkan malam dengan amalan-amalan sunat dan memohon keampunan Allah. Sangat rugilah manusia itu jika ttwaran istimewa setahun sekali ini tak direbut.

“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Apakah keistimewaan Lailatul Qadar yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat ini?

1-Allah swt telah  turunkan Al Qur’an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.
2-Allah swt m'agungkan malam ini dgn bentuk pertanyaan, “Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?”
3-Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan.
4-Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5-Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo’akan keselamatan mereka.
6-Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa dari Allah swt

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu.” : (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Akhir kalam, Let us seek extra rewards by perform extra ibadah in these last few days of the  month of Ramadhan... Chaiyok2...

Saturday, August 6, 2011

Mengenali Diri Sendiri

Dalam kehidupan setiap insan, semestinya semua dijadikan berkeluarga, berpasangan, berkawanan dan interaksi sesama manusia adalah permulaan sebuah perhubungan yang dumulai dengan perkenalan. Contohnya, permulaan sahabat baik dimulai dengan perkenalan dan kemudian menjadi rapat. Baitulmuslim terbentuk apabila apabila 2 perkenalan bertunjangkan Allah dan agama yang juga dimulai dengan perkenalan. Kawan sekelas menjadi 'close' juga disebabkan ice breaking/perkenalan. Mengenali seseorang adalah permulaan faktor kepada rasa suka, dan terterbitlah rasa kasih dan sayang lalu bermulalah penghidupan diiringi kegembiraan. Benarlah kata pepatah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta.
 
Begitulah juga kaitannya dengan diri kita sendiri. Mengenali diri sendiri akan membuatkan kita cinta dan sayang pada diri. Pernah tak kadang2 kita rasa diri macam tak berguna, tak berjaya mcm org lain? Inilah sifat negatif yang sering membuatkan diri down. Oleh itu, kita seharusnya memahami tuntutan dan keinginan diri, lantas memberikan yang terbaik. Guna dan tonjolkanlah segala kekuatan yang ada pada diri dan perbaikilah segala kekurangan yang ada padanya.


Belajar tentang diri sangat menyeronokkan dan janganlah bazirkan masa mengenali diri orang lain selagi diri sendiri kita tidak kenali. Belajarlah mengorek keistimewaan dan bakat terpendam dalam diri sendiri dan gilaplah sehingga berkilat dan berkilau akan menjadikan kita manusia paling produktif. Dengan ini sahaja kita kan dipandang tinggi dan secara tidak langsung dihormati. Selepas itu jgn lah pula kita riak, tanamkanlah sifat2 mahmudah dan iman agar sentiasa menjadi benteng paling kukuh untuk mengawal diri agar tidak terjatuh dalam jurang dosa.

Dalam proses mengenali diri, sifat putus asa sering hadir tatkala bebanan yang terhimpit pada diri. Perlu diingat, putus asa akan membawa kepada kehancuran diri, dimana bila apa sahaja yang dilakukannya tidak akan menjadi. Akhirnya, diri sendiri kecewa dan sering menyalahkan takdir Tuhan.

Ingatlah kawan kawan, orang yang mengenali diri sendiri tidak akan pernah rasa hilang keyakinan dan tidak akan pernah menjadikan dirinya dipandang hina didepan manusia lain.  Orang yang menghargai diri akan sentiasa merasa dirinya bernilai dan secara tidak langsung akan melindungkan diri dari helah duniawi. Dan dengan keimanan yang sangat mendalam pada Allah, jadilah ia sebaik baik manusia yang sering mengajak manusia2 lain mengenal tuhan sang pencipta.

Jom kita kenang kembali zaman perkenalan dengan sahabat baik kita. Sure cikgu akan buat ice breaking dulu setiap awal tahun. Samalah juga cara berkenalan dengan diri sendiri. Fahami diri, berikan peluang, tolak ansur dan galakan pada diri. Nasihatlah agar tidak terlupa, betulkan agar sering tersasar, ingat dan cuba jangan diulangi benda yang salah.
 
Ingatlah, Manusia adalah puncak penciptaan terhebat  yang dijadikan sebagai Khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan islam dimuka bumi Allah ini. Engkau dan aku, kita ada tugasan yang lebih penting dan jangan dibiarkan terikat dengan kenikmatan dunia.

Saturday, July 23, 2011

Angin Syurga Yang Semakin Hampir :)

Bulan RAMADHAN semakin hampir dengan kita. Ia datang menawarkan keampunan besar dan natijahnya adalah syurga yang didambakan.



Bagaimana perancangan kita untuk menempuhi Ramadhan tahun ini? Apa yang akan kita sasarkan untuk memenuhkan tempoh 30 hari ini? Khatam Quran kah? Solat Terawih 20 rakaat di masjid kah?Bersedekah setiap hari kah? atau,  Zikir dan Qiyamulail setiap malam? Jika tak mampu lakukan kesemuanya, pilihlah salah satu dan mohonlah bantuan dari Yang Maha Esa agar kita ditetapkan hati dan dikuatkan iman melakukannya secara istiqomah dibulan Ramadhan yang sangat mulia itu.

Mengenang Ramadhan aku tahun lepas agak menyedihkan aku. Seringkali aku lewat kemasjid disebabkan hal2 yang remeh. Aku berazam mahu untuk khatamkan Quran 30 juz. Tapi, cubaan gagal kerana faktor-faktor keletihan dan kelopak mata yang sering memberat tiap kali mengaji dan me'limit'kan jumlah helaian. Taraweh minggu pertama dan kedua aku buat 20 rakaat dan masuk minggu berikut hanya tinggal 8 dan paling menyedihkan hari2 terakhir aku hanya sembahyang isyak dimasjid dan tidak bertaraweh. Hanya menunggu dan memerhatikan sehingga jemaah selesai bertaraweh dan aku pulang kerumah. Lemahnya diri aku ni, apatah lagi iman.

Ujian membuat kebaikan itu sangatlah besar dan sukar untuk dilalui. Sangat beruntunglah bagi mereka yang berjaya meredahnya dengan sabar dan tabah. Tak ada jalan singkat untuk menempah tiket ke syurga. Semuanya mahal dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga malahan adakalanya sehingga nyawa melayang.

Aku teringat tazkirah ringkas Ustazku di sekolah dahulu. Allah telah berikan kita 30 biji kapsul Ramadhan untuk digunakan oleh seluruh hamba-hambanya. Makanlah kapsul Ramadhan ini dan hadamkan dengan sehadam hadamnya kerana inilah ubat paling mujarab untuk memperbaiki diri. Dan gunakanlah 30 hari ini dengan semaksimum mungkin. Isilah dengan amal-amal soleh seperti solat terawih, membaca Al-Quran, bangun malam dan banyakkan bersedekah dalam bulan ini. Pahalanya berganda-ganda.

Akhir Kalam, marilah kita bersama sama hidupkan ramadhan kali ini dengan amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan sekaligus menaikkan martabat kita di sisi Allah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

Saturday, June 18, 2011

Manfaatkanlah Diri


'Sebaik baik manusia itu, ialah orang yang sentiasa memanfaatkan dirinya untuk manusia lain'.

Tentang ayat ini, aku mula berfikir, aku ingin bahagia, semua orang juga ingin bahagia. Semua ingin hidup ini sentiasa tenang dan ceria walaupun dikelilingi dengan seribu masalah yang memenuhi 'storage' otak. Aku menafsir ayat ini, kita mesti sentiasa  walaupun sedikit untuk menjadi insan yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang di sekeliling. Supaya kehadiran diri dirasai, dan ketiadaan diri dirasakan satu kehilangan kepada orang di sekeliling.

Pernah semua terfikir tentang ais yg dapat menyejukkan air didalam gelas? Jika gelas kecil beberapa ketul cukup untuk menyejukkan manakala gelas besar perlu lebih banyak kuantiti utk menyejukkannya. Pernah disuatu restoran aku memesan fresh orange gelas besar untuk menghilangkan dahaga tetapi hanya beberapa ketul ais sahaja yang diletakkan oleh si pembuat air. Memang tak cukup untuk menyejukkan air di dalam gelas besar itu.  

Aku mula terfikir dan merenung ke dalam diri. Mungkinkah aku adalah salah satu dari 3 ketul ais dalam gelas besar ini? Adakah kehadiran aku tak dapat membantu menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Adakah kehadiran aku di dunia ini tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain di sekeliling. Fuhh~ Jika difikirkan memang terasa beratnya. Adakah selama bertahun hidup didunia adakah sia2 atau bermanfaatkah diri ini?

Aku mahu menjad ketulan yang boleh menyejukkan sejumlah air didalam gelas besar itu. Aku mahu diri bermanfaat buat orang lain. Aku pasti semua orang juga mahu jadi begini. Kalau jadi ais, biarlah ais yg dapat menyejukkan. Kalau menjadi guru, biarlah menjadi gedung ilmu bermanaat pada muridnya dan jika menjadi ibu bapa, biarlah dapat menghasilkan generasi islam yang pastinya dapat menggegar dunia.

Aku mulai terfikir kehidupan selama 26 tahun ini. Berbagai peristiwa bermain di otak fikiran. Peristiwa pahit dan manis tidak dapat lari dari hidup ini. Cuba untuk mengingati apakah selama ini aku benar-benar telah memberi manfaat kepada orang lain??

Aku hanya insan biasa. Kehadiran aku mungkin hanya dirasai oleh orang-orang yang paling hampir iaitu orang dirumah, kawan2 seengajian dan sekolah terdahulu. Jadi, bagaimanakah aku dapat memberi manfaat kepada mereka semua ?Aku bukan 'Orang Besar' yang mempunyai kuasa besar dalam negara ini, bukan pengarah jabatan, bukan CEO syarikat, dan masih belum tersenarai dalam jawatan kerajaan. Kerdilnya diri didalam kerjaya dikalangan manusia. Dan kalau aku menjadi orang-orang yang berpengaruh dan berkuasa seperti di atas sudah tentu aku boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling melalui kuasa yang ada padaku.

Semua orang inginkan 'bahagia' dalam hidup. Tetapi, adakah kebahagiaan itu diukur dengan kebendaan dan wang ringgit ataupun dengan cara lain? Pernahkah kita terfikir, jika kita ingin bahagia, kita perlulah membahagiakan orang lain juga. Bahagikan ibubapa dengan penuhi impian mereka, siapkan kerja di pejabat dan bos merasa gembira, dan sentiasa berhemah dan diplomasi dengan semua lapisan umor  dan kawan2. Jika saya dapat menbahagikan orang lain, bererti kita telah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.  

Aku rasa mungkin ini ialah salah satu jawapan dari persolan ini. Selain membahagiakan kehidupan orang lain, buatlah kebajikan lain walaupun dengan sekecil kecil perkara seperti menderma 10sen di tabung masjid setiap hari. Mungkin derma yang sedikit dari semua orang akan memberikan kelegaan kepada orang lain yang memerlukan.

Akhir kalam, evaluatelah diri sendiri. Yakinlah semua mainkan watak utama, walaupun jadi pintu atau jadi tingkap yang penting peranan itu dilaksanakan sebaik mungkin. Cuma, kadang-kadang kita berasa bahawa peranan yang kita mainkan tidak cukup kuat untuk megubah sesuatu perkara. Walaupun kita hanya menjadi pintu yang membuka jalan kepada orang lain untuk masuk namun pintu tadi juga berharap suatu hari nanti dia akan dapat memainkan peranan yang lebih besar lagi. 

Fikirkanlah, Sejauh mana kita bermanfaat kepada orang lain? dan sejauh mana kita bermanfaat kepada islam?

Saturday, June 4, 2011

Kaitan Coklat dengan Kehidupan

Aku suka coklat! Aku suka coklat! Anda semua suka coklat? Mesti suka juga kan. Banyak jenis coklat didunia ini. Ada yang 'bitter', 'sweet' dan 'bittersweet'. Ikut citarasa masing masing dalam memilihnya.


Jika difikir apa sebenarnya kaitan antara coklat yg rasanya 'bitter', 'sweet' or 'bittersweet' dengan kehidupan manusia. Kenapa aku kata begitu?  Kerana kehidupan manusia ada pasang surutnya. Kadang2 manis dan Kadang2 pahit. Ada pengalaman manis yang tak dapat dilupakan dan ada juga pengalaman pahit yang perit untuk dikenang. Pengalaman manis sememangnya amat disukai semua orang malahan ramai ingin mengulangnya. Pengalaman pahit pula sukar untuk dilalui dan tidak ramai yang mahu mengulangnya.

Ramai yang gembira, senyum dan bergelak ketawa bila mdapat pengalaman manis. Ramai juga yang berdukacita, gundah gulana, menitiskan air mata malah menangis bila melalui peristiwa yang pahit. Mendapat kekayaan, mendapat anak, mendirikan rumahtangga, berjaya di dalam peperiksaan adalah antara peristiwa manis yang ingin diulang-ulang oleh manusia. Manakala menanggung kesakitan akibat penyakit kronik, ditimpa musibah, ditimpa kemalangan, gagal dalam peperiksaan, kehilangan insan yang disayangi adalah antara pengalaman pahit yang tidak ingin dilalui oleh manusia.

Namun sebagai manusia kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Allah yang tentukan bahawa dunia yang kita jalani ini adalah medan ujian yang harus ditempuhi. Jika difikir-fikirkan, yang pahit itu ujian dan yang manis itu juga ujian. Kita tiada pilihan untuk memilih dilahirkan menerima yang manis sahaja. Dan kita juga tiada pilihan untuk menolak yang pahit ke tepi. Kita tidak boleh memilih untuk lahir dalam keluarga yang senang lenang dan mewah dan kita juga tidak boleh memilih untuk tidak dilahirkan di dalam keluarga yang miskin nestapa.

Jika kehidupan penuh dengan kemanisan maka tidak mustahil jika suatu hari nanti kita juga akan menerima kepahitan juga. Ramai di antara kita yang memandang bahawa yang manis itu baik manakala ramai di antara kita yang memandang yang pahit itu buruk dan negatif sentiasa. Tetapi ketahuilah, bahawa yang manis itu tidak semestinya baik untuk kita dan yang pahit itu tidak semestinya buruk untuk kita.

Manis dikaitkan dengan rasa lazat dan pahit dikaitkan dengan rasa tidak sedap. Makanan yang manis-manis seperti kek, ais krim dan sebagainya dikaitkan dengan kesedapan dan kelazatan yang ingin dinikmati oleh semua orang. Sebaliknya makanan yang pahit tiada siapa yang sudi untuk menjamahnya. Analoginya manis bagai gula, pahit bagai hempedu. Contohnya makanan yang manis jika dimakan dalam tempoh yang panjang boleh memudaratkan. Makanan yang manis boleh mangakibatkan sakit perut. Makanan yang manis boleh mengakibatkan penyakit kencing manis dalam jangka waktu yang panjang. Ubat yang pahit sukar untuk ditelan tetapi ketahuilah yang pahit itulah yang menjadi penawar kepada kita.Seringkali petua dan saranan pengamal perubatan tradisional untuk mengamalkan memakan akar-akar kayu yang rasanya cukup pahit bagi menjaga dan memulihara kesihatan yang berpanjangan. Inilah perumpamaan mudah untuk menggambarkan contoh kebaikan antara pahit dan manis.
Surah Al-Baqarah: Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu itu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
Satu lagi aku terfikir kenapa perkataan “bitter” didahulukan dan selepas itu diikuti dengan perkataan “sweet”? Kenapa tidak ‘sweet’ dahulu dan bitter kemudian? Kerana manis dahulu pahit kemudian rasanya perit. Setiap kesukaran yang dihadapi insyallah akan disusuli dengan satu kemudahan. Permulaan yang sukar akan berakhir dengan pengakhiran yang baik. Mungkin inilah sifirnya. Susah dahulu dan senang kemudian, pahit dahulu dan manis kemudian.

Begitulah kehidupan yang ada pasang surutnya. Jika kita masih beranggapan yang manis itu baik maka hindarkanlah perasaan itu kerana segalanya datang daripada Allah, dia lebih mengetahui apa yang baik dan sesuai untuk kita hambanya. Jika yang pahit itu ditelan dan dilalui dengan penuh keikhlasan dan keredhaan, maka yang manis itu adalah pahala yang menanti kita di hari pembalasan kelak yang berkesudahan dengan syurga.

Tuesday, May 31, 2011

A moment to remember~ ;D

Alhamdulillah, segala puji-pujian selamanya milik ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang diberi kesempatan meng'update' blog hari ini. Entry kali ini hanya untuk memahatkan memori kelanaku ke bumi sonata selama beberapa hari. Alhamdulillah, perjalanan berjalan dengan lancar. Sangat seronok disana.  Sesampai ja terus check in dah membeli stok makanan :D..lapo sangat~

Day 1: Melawat Bandar seoul sambil membeli belah, Namsan Tower.

Jalan TAR di Korea~

Dah penat..sob..sob..

Delegasi..

Penutup Day 1 dgn makan makan.

Day 2: Palace, Muzium, Cruise, Hanggang river, Blue Mosque


Di Muzium with Adlina

Selesai exam~ :D

Jalan raya di seoul~

Palace

Blue Mosque


Dimalam hari...day 2 tamat.

Day 3: Nami Island

Naik tren ke Nami Island

Nice view~











Bye Bye Nami Island..Tunggu kedatangan aku lagi..

Ni pula video Nami island~

I would like to thanks to rizuan, din, farid, saifullah, fadil dan zul for a wonderful, exciting, interesting and enjoyable trip. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa kalian untuk kami. I never forget this fascinating tour for a long time :)

Saturday, May 14, 2011

Manusia Perlukan Cengkerang


Sahabatku,
Pernah kita perhati dan kaji kisah penghidupan seekor kerang. Angin taufan yg melanda taufan saban tahun amat menakutkan si kerang. Gulungan ombak membuatkan si kerang menyorok di dalam cengkerangnya biarpun kelaparan. Hempasa ombak setinggi rumah membuatkan si kerang bergolek2 tanpa haluan. Lalu si kerang hanya mampu berdoa, semoga tetap bertahan. Dan tatkala lautan semakin tenang, si kerang membuka kembali cengkerang seluasnya, berkumpul bersama keluarga dan rakan tersayang, sama2 makan, sama2 ketawa berkongsi cerita. Terbitlah dunia terumbu karang yg sangat cantik dipandang. 

Namun kini, segalanya berubah. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ombak menghempas kuat, segala galanya hancur dan binasa dan yg tinggal hanyalah sekujur cengkerang. Makkk!! itu sahaja yg keluar dari mulutnya. Dengan tangis dia mendekati cengkerang yg sudah tidak berisi itu. Innalillah~ Lantas dia melihat sekeliling..segalanya telah hancur dilanda badai..yg tinggal hanyalah cengkerang siput, kerang, ketam dan segala jenis yg bercengkerang. Dia trauma lantas terus berlalu. Tiba2 terlihat olehnya  seekor kerang yg masih cantik, teguh cengkerangnya. Didekatinya perlahan, berharap dipertemukan dgn rakan baru. Namun, hampa sekali lagi, ulat2 menggeletik keluar dari cengkerang yg tampak indah luarannya. Otak mentafsir lalu terlahirlah emosi kecelaruan disitu. La tahzan ya qalb, katanya. Kerang terus berduka, hatinya menangis pilu. Nasib apalah yg menimpa, adakah lantaran dosa2 lalu. Sejadah kesedihan dihampar, bermunajatlah kepada ilahi. Biar ombak membadai, terus bertahan dalam cengkerang.

Sahabatku, 
Inilah juga yg terjadi pada kehidupan manusia, kita ibarah kerang, dunia ialah pantai. Kadang2 aapabila Allah menenangkan arus, kita terus lalai dan alpa. Terlupa yg kerang yg lemah hanyalah menumpang di pantai itu. Zaman muda ombaknya amat hebat, fenomena kejutan sosial dan kehancuran akhlak tanpa kita sedari amat membimbangkan. Jarum thaghut terus terusan mencucuk hati melalui media, surat kabar dan internet. Ramai org muda mati hantinya lantaran ketidak dayaan menentang jarum2 yg amat halus turusannya.

Ingat sahabatku, 
Hanya bahtera iman dapt melayarkan kita ke destinasi idalam. Kuatkan iman dgn Al-Quran dan tahajud. Nyalakan semangat perjuangan dan mantapkanlah hati, teguhkan jiwa dan lancarkan lidah. Asingkanlah diri jika terasa perlu, manusia kadang2 perlukan cengkerang utk menambah keimanan. Ombak diluar sana amat hebat wahai sahabatku.

Kerang itu terus ditabir pantai. Bertafakur, bermunajat lantas menyerahkan diri sepenuhnya pd yg Maha Esa. Kerang terus menerus menjadi teguh dan kuat.. tatkala kerang lain mengalah , hanya dia dapat mampu bertahan.

Wahai Sahabat, mampukah kita bertahan dalam arus kehidupan ini?