Wednesday, December 28, 2011

Wednesday, November 30, 2011

Kemaafanmu Kupohon.

Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah, pencipta alam ini.

Yang  menghidupkan dan mematikan makhluknya, dan mati itu adalah satu kehidupan yang akan kita semua lalui pada suatu masa nanti. Dan disana pula, kita kan diganjari oleh kegembiraan atau dipaluti kesengsaraan .

Aku menaip coretan ini kerana aku bermimpi beberapa hari lepas kembali ke alam lain yakni meninggalkan dunia yang fana ini.  Tatkala maut menjelma, langkah jadi kaku, tubuh jadi mati, bibir kelu tanpa bicara dan hanyalah nama Allah berbisik dihati.  Aku cuba melafazkan, tapi amat payah. Akhirnya dengan tersekat sekat, mampu juga kuucapkan syahadah . Tubuhku seram sejuk, aliran darah ku mulai haru biru. Ku fikir ia mampu memecahkan pembuluh darah utamaku dan sistem badan berhenti. Innalillah. 


Ya Allah, Sakitnya seluruh badan....

Aku terjaga, air mata berjurai deras. Aku ingat ia realiti tetapi alhamdulillah ia hanyalah mimpi. Kebas juga seluruh badanku. Dalam kegelapan malam, aku rasa bersyukur sangat diberi peluang hidup didunia yang fana ini. 

Andai inilah petunjuk dari Allah, aku pohon kemaafan darimu wahai sekalian. Maafkan segala silapku, segala cakap kasarku, halalkan makan minumku dan apa juga kesilapan yang kulakukan secara tak sengaja mahupun sengaja. 

Ya Allah Ya tuhanku,
Aku  hanyalah hamba yang terlalu banyak silap, terlalu banyak dosa didunia ini. Aku bukanlah hamba yang baik. Ampunkanlah dosaku, jadikanlah aku hambamu yang terbaik, jadikanlah aku kekasihmu.

Buat semua yang kusayangi, ibu, saudara  serta sahabat handai. Seandainya aku pergi dulu, redhokanlah aku ke alam sana. Aku tetap sayang kamu semua  sampai bila-bila. Janganlah ditangisi pemergian ini tetapi kenanglah aku didalam doamu.

Aku masih bernafas tatkala ini....tetap, suatu masa nanti aku, kamu dan semua manusia dibumi ini akan pergi jua tatkala sampai waktunya. 

Ikhlas,
Ainul

Wednesday, November 9, 2011

Arus LIBERAL yang makin merisaukan...


Cuba korang bayangkan....

Seorang lelaki memegang tangan kekasihnya yang juga lelaki di khalayak ramai.
Seorang lelaki berzina dengan haiwan dan dgn bangga memberitahunya kepada kawan2.
Gereja dan kuil lebih banyak dibina melebihi bilangan masjid.
Pelajar perempuan dari sekolah agama memakai rantai salib di bawah tudung labuhnya.
Kanak2 melayu tadika jenis kristian membuat tanda salib sebelum makan malam

Ape perasaan korang jika situasi ini berlaku depan mata sendiri? or dilakukan sahabat yg anda sangat kenali? atau pula berlaku dalam sanak saudaran korang sendiri? Aku pasti sbgai manusia yg beragama islam pasti korang memandang situasi ini sebagai musibah atau bencana yg parah. Bukansahaja nilai adab makin luntur tetapi paling teruk adalah serangan akidah islam dan ciri kemanusiaan yg dicipta Yang Maha Esa.

Maksud leberalisasi yang aku paham  ialah kebebasan mutlak sehingga menafikan pegangan agama dan kehidupan normal seseorang individu itu. ia tak dipandu oleh agama, bahkan keinginan hawa nafsu melebehi semua perkara yg mmg tersimpang jaoh dari al-quran dan sunnah.

Tanpa kita sedar, arus liberal ini semakin menyerang rakus masyarakat malaysia dari pelbagai aspek iaitu adab, politik, cara berfikir, bangsa, jantina dan perasaan kita sendiri. Racun liberalisasi yg diserap secara halus yang memang kita sendiri tak sedar. Perancangan ini begitu terperinci, satu demi satu tuntutan diminta, sehingga muslim yg tumpul minda terpesona lalu terpedaya secara langsung mahupon tidak langsong.

Perasan tak yang Slogan Kebebasa hak yg sering dilaungkan bersifat liberal. Ada yg berjuang bermati matian menyebarkan ideologi ini. Dimulai dgn tuntutan hak bangsa secara menyeluruh dan tak mustahil lepas ini kepada leberalisasi agama. Cuba fikirkan idea ini,  "Jika tak dapat dilaksanakan sepenuhnya, jangan tinggalkan semuanya". Benar?? Negara kita adalah negara islam yg tidak terlalu sempurna kedaulatannya. Ia masih tak mampu jadi contoh negara islam yang sepatutnya. Tetapi takkan dgn alasan ini, lalu semua setuju dgn penghakisan semua undang2 yg memihak kpd islam? jika tak mampu menjadi negara islam seperti zaman khalifah, kita patutnya cuba semampu yg boleh. Dalam konteks Malaysia, kita cuba pertahankan perlembagaan yg memihak kepada islam contoh tuntutan IFC yg melampau. Takkan kita redho sahaja jika satu demi satu tuntutan itu dilaksanakan? Agenda kristianisasi amat rapat sekali dengan Liberalisasi kerana Kristianisasi bukan sahaja memasukkan orang ke dalam agama Kristian, tetapi juga  mengeluarkan orang islam dari agama islam itu sendiri. Dgn mggunakan tiket "kebebasan mutlak= Liberalisasi.

Dari segi kemanusiaan, leberal hanya akan mencarikkan budaya seorang manusia yg normal. Gay, Lesbian, Biseksual dan transgender sangan menjijikankan. Dan inilah yg diperjuangkan oleh

Dari aspek nilai kemanusiaan, liberalisasi meratah dan mencarik-carikkan budaya manusia yang normal. Meraikan gay (seks lelaki-lelaki), lesbian (seks perempuan-perempuan), biseksual dan transgender (seks dengan haiwan dan mayat) sangat menjijikkan. Dan inilah yang diperjuangkan oleh program Seksualiti Merdeka. Pertama kali program sebegini dipromosikan secara umum dan meluas di malaysia. Bayangkanlah jika budaya ini meresap dlm masyarakat, pasti caca marba dan hancur lebur jadinya. Liberalisasi semakin kuat menghantui mentaliti kita sehingga tanpa sedar hampir tewas dibuatnya lalu bersetuju dgn ideologi karut marut yg mereka reka. 

Marilah bersama2 kita perdalamkan kefahaman islam, perkuatkan iman dan tajamkan sensitiviti kita. Mari sebarkan kefahaman yang sahih lagi tepat, ambil berat menentang isu2 sebegini dan bergerak bersama sama menentangnya. Berpasaklah pd tiang yakni agama islam, jika tidak azab Allah menanti kelak. Jadilah kuat dan tentanglah arus Liberalisasi ini, jika kita ingin menjadi muslim yg sebenar. 

Thursday, October 27, 2011

Hari yg Sesal~~~~

Assalamualaikum sume..~

Semalam bersamaan 26/10=depavali adelah hari yg agak sesal buat aku....critenye bermula cmni..haritu aku bejaya tido sampai rs nyesal....alkisahnye,i tend to do the same thing as usual,means aku harap dapat siapkan kerja office aku yg aku rasa dah jadi lambakan. Aku mmg berazam nak siapkannya, tp aku tak dapat melawan nafsu tidorku dan akhirnya 1st time aku rase nyesal sbb tido T_T..

Roomates aku cakap malam tu  aku tidor mati coz housemates aku tak leh tido, maklumlah raya india. bunyi mercon dan macam bunyi perang katanya tp aku mmg x sedar. gle betol..ni bukan tdo dh namenye..ni hibernasi..aku pon pelik..camne aku ade kemampuan utk tdo dgn kadar yg membanggekan camni...atau something wrong with my body.....dh tu,dgn penuh penyesalan,aku trus bangun dan kuar makan dgn housemate aku berdekatan USIM, cadangan aku mahu bekfest terus bertukar kepada makan tghari gara2 tidor panjangku.... wahahah~

Dlm perjalanan pulang sempat lak aku sinngah tesco beli makanan2 ruji tok kudap2 dirumah....maklumlah cuti...skali lagi sampai je kt rumah, aku dgn penuh semangat on terus laptop sambil membuka tv...tv pulak tayang lagu buat aku siyes ngantok...lalu aku tertidor lagi. sedar2 dah kul 6...aku menyesal lagi...adoi~

patutnya hari2 cuti mcm nilah aku settle kan keja aku, basuh keta ka...ganti taya yg pecah isnin tempohari ka.. tapi tido gak jadi priority pertama...aiseh...

oklah semua........pale aku pon dah memberat, mata pon memberat, tido dulu lah k....

wassalam...

Wednesday, September 21, 2011

Umum & Khas Untuk Remaja: 18-25 Tahun


Akhir2 ini, banyak aku terbaca isu2 jenayah, lahirnya anak2 haram, maksiat, gengster dan isu sosial yg semakin tak terbendung. Tajuk2 killer macam "bunuh emak", "bapa ayam" dan "haruan makan anak" antara tajuk2 HOT especially kt METRO. Mungkin tajuk2 ini dpt jadi penyeri bg akhbar2 terbabit dan mungkin juga dpt menjadi pelaris akhbar dan majalah supaya ramai berminat membelinya. Sehinggalah mentaliti para pembaca diubah sedikit demi sedikit mengatakan, "biasalah, budak zaman sekarang..dah ramai yg mcm tu".

Bagi aku tak nafikan mmg akhlak muda mudi semakin merosok lately. Bermula dgn ''monkey love'' yg mmg tak ada komitmen dan kematangan. Ada yg cakap sekadar suka-suka, coz si dia cantik dan kacak. Lalu bermulalah dengan sekeping surat, atau sesi tegur menegur di facebook atau dengan apa jua alternatif lain. Seterusnya, istilah 'kawan' tukar jadi 'sahabat' dan lastly 'Lover'. Lantas, demi m'buktikan cinta sejati tersebut, perjumpaan demi perjumpaan diatur. Kompleks beli belah, Mall2, KFC, taman-taman rekreasi jadi pilihan strategik utk buktikan rasa cinta di hati yg akan sampai ke syurga. Selamanya. Banyak maksiat demi maksiat berlaku depan mata tak lari juga oleh diri sendiri. Hati makin legam gelapkan pandangan dan juga penilaian diri. Ia normal bagi masyarakat kita sekarang. Dan mungkin bagi kita jua ia biasa, tiada masalah. Ikut trendlah beb, jgn jadi 'orang kampung' kan.

Sesetengah golongan pelajar yg ''educated'' pula gunakan istilah 'tunang ' utk halalkan benda yg haram. Berkepit kehulu kehilir 24 jam ibarat suami isteri, bpegangan tangan. Seolah2 lesen tunang itu sebesar lesen akad pula.. Ibu bapa yg melihat pula hanya berkata, "tak apalah, mereka dah bertunang, nanti kahwin juga". Mentaliti apakah ini?? 

Zaman semakin mencabar, budaya dan pengaruh songsang amat kuat tarikan khususnya bagi golongan muda, lebih2 lagi budaya sempit yg sangat menyusahkan jalan keluar segala masalah ini. Bagi aku perkahwinan adalah satu satunya jalan untuk menyembuhkan penyakit ini. Aku tak katakan hanya perkahwinan sahaja cara penyelesaian masalah ini, cuma ia salah satu cara memperkasa penghayatan iman seseorang dari terus terjebak dengan maksiat. Lumrah manusia ingin berteman, dan takkan boleh diganti dengan cara lain selain perkahwinan. 

Hukum Allah itu dah sangat menyenangkan kita. Contohnya Allah telah haramkan arak dan gantikannya dengan air-air llazat dari arakain jaoh lebih . Allah haramkan riba dan ggantikannnya dengan perniagaan yg jauh lebih lipat ganda untungnya. Dan Allah haramkan zina dan gantikannya dengan perkahwinan. Bukankan Sang Pencipta sudah sangat sangat memahami hambanya???? Think3...

Tetapi bukan semua masyarakat memandang perkahwinan ketika remaja sesuatu yang mulia, malah dianggap hina. Bila diminta pandangan, ramai yg berkata "kau belajar aje lah.. buat ape nak fikir kahwin, Belajar dulu sampai mampu sara diri sendiri". Sedangkan jiwa remaja terus bergolak meminta sesuatu yang sememangnya fitrah. Dan sering kali apabila disuarakan kepada ibu bapa tentang hasrat hati ingin berkahwin, ditentang bulat2. Sesetengah ibu bapa berkata "Kau jangan nak mengada-mengada!". Ini secara tak langsung mendatangkan unsur negatif pada remaja tersebut, impaknya mereka akan menjadi lebih pendiam dan memilih jalan lain untuk suarakan rasa hati. Lebih menyedihkan, hubungan dgn famili menjadi semakin renggang. Bagi aku tradisi masyarakat sangat2 mengongkong yang menyukarkan kahwin awal adalah sangat tak wajar dan hanya akan membuka jalan-jalan maksiat yang lain. Kalau tidak sampai zina pun, zina dalam hati dan maksiat hati pula bagaimana? Adakah dapat dipelihara diri bertahun-tahun lamanya andai ada yang telah berkenan di hati? Tepuk dada, tanya diri. 

Aku yakin ramai remaja2 diluar sedar akan perkara ini. Mereka rasa bertanggungjawab dan ingin memelihara diri dari segala kekotoran walau sekecil mana pon. Dan sesetangahnya sudah pun berusaha dari sudut material, psikologi, jasmani, mentaliti dan rohani untuk bergerak ke fasa perkahwinan. 

Kesimpulannya, ibu bapa perlu lebih positif dalam masalahan ini. Jangan anggap anak2 kecil sepanjang masa. Beri mereka peluang dan bincang secara dewasa. Ini dapat berikan peluang untuk mereka bercakap, memberi idea dan pendirian lebih baik dan tenang. Hubungan keluarga juga jadi semakin rapat dan mengikat kasih dan sayang. Buat ibu bapa yang membaca tulisan ini, TRUST ME, zaman telah berubah dan janganlah dipegang adat sempit itu lagi. 

Sunday, August 21, 2011

Lailatul Qadar -The Night of Power.

Ramadhan makin meninggalkan kita….Meninggalkan kita sehari demi sehari…
Jemaah terawih dimasjid  makin susut dan kurang….
Kemeriahan menyambut Ramadhan makin hambar….
Aura Syawal  makin membanjiri media2 akbar dan TV dengan promosi2 murah....
Jika Ramadhan ini disamakan dengan sebuah projek membina bangunan, maka ianya telah masuk fasa terakhir....
Jika Ramadhan ini disamakan seperti  perlawanan bola sepak, maka ia sedang memasuki separuh masa kedua…
Jika disamakan Ramadhan dengan perlawanan olahraga, kita semua telah berada dalam 100m Terakhir. Akan menangkah kita? atau kita akan tersungkur sebelum sempat kita menghampiri garisan penamat?
Ramadhan tahun 2011 ini akan pergi tinggalkan kita. Panjangkah umur kita untuk bertemu Ramadhan akan datang? 

Diakhir Ramadhan, Allah menjanjikan mempunyai ganjaran berlipat kali ganda. Jika kita rasa jualan murah  SALE hari raya itu sangat best, tawaran pahala Ramadhan yang Allah berikan ini lebih2 lagi menarik. 10 hari terakhir ini Allah menganugerahkan kita malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. 70,000 malaikat akan turun ke bumi untuk bersama2 menghidupkan malam dengan amalan-amalan sunat dan memohon keampunan Allah. Sangat rugilah manusia itu jika ttwaran istimewa setahun sekali ini tak direbut.

“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Apakah keistimewaan Lailatul Qadar yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat ini?

1-Allah swt telah  turunkan Al Qur’an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.
2-Allah swt m'agungkan malam ini dgn bentuk pertanyaan, “Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?”
3-Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan.
4-Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.
5-Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo’akan keselamatan mereka.
6-Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa dari Allah swt

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud: Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu.” : (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Akhir kalam, Let us seek extra rewards by perform extra ibadah in these last few days of the  month of Ramadhan... Chaiyok2...

Saturday, August 6, 2011

Mengenali Diri Sendiri

Dalam kehidupan setiap insan, semestinya semua dijadikan berkeluarga, berpasangan, berkawanan dan interaksi sesama manusia adalah permulaan sebuah perhubungan yang dumulai dengan perkenalan. Contohnya, permulaan sahabat baik dimulai dengan perkenalan dan kemudian menjadi rapat. Baitulmuslim terbentuk apabila apabila 2 perkenalan bertunjangkan Allah dan agama yang juga dimulai dengan perkenalan. Kawan sekelas menjadi 'close' juga disebabkan ice breaking/perkenalan. Mengenali seseorang adalah permulaan faktor kepada rasa suka, dan terterbitlah rasa kasih dan sayang lalu bermulalah penghidupan diiringi kegembiraan. Benarlah kata pepatah 'Tak Kenal Maka Tak Cinta.
 
Begitulah juga kaitannya dengan diri kita sendiri. Mengenali diri sendiri akan membuatkan kita cinta dan sayang pada diri. Pernah tak kadang2 kita rasa diri macam tak berguna, tak berjaya mcm org lain? Inilah sifat negatif yang sering membuatkan diri down. Oleh itu, kita seharusnya memahami tuntutan dan keinginan diri, lantas memberikan yang terbaik. Guna dan tonjolkanlah segala kekuatan yang ada pada diri dan perbaikilah segala kekurangan yang ada padanya.


Belajar tentang diri sangat menyeronokkan dan janganlah bazirkan masa mengenali diri orang lain selagi diri sendiri kita tidak kenali. Belajarlah mengorek keistimewaan dan bakat terpendam dalam diri sendiri dan gilaplah sehingga berkilat dan berkilau akan menjadikan kita manusia paling produktif. Dengan ini sahaja kita kan dipandang tinggi dan secara tidak langsung dihormati. Selepas itu jgn lah pula kita riak, tanamkanlah sifat2 mahmudah dan iman agar sentiasa menjadi benteng paling kukuh untuk mengawal diri agar tidak terjatuh dalam jurang dosa.

Dalam proses mengenali diri, sifat putus asa sering hadir tatkala bebanan yang terhimpit pada diri. Perlu diingat, putus asa akan membawa kepada kehancuran diri, dimana bila apa sahaja yang dilakukannya tidak akan menjadi. Akhirnya, diri sendiri kecewa dan sering menyalahkan takdir Tuhan.

Ingatlah kawan kawan, orang yang mengenali diri sendiri tidak akan pernah rasa hilang keyakinan dan tidak akan pernah menjadikan dirinya dipandang hina didepan manusia lain.  Orang yang menghargai diri akan sentiasa merasa dirinya bernilai dan secara tidak langsung akan melindungkan diri dari helah duniawi. Dan dengan keimanan yang sangat mendalam pada Allah, jadilah ia sebaik baik manusia yang sering mengajak manusia2 lain mengenal tuhan sang pencipta.

Jom kita kenang kembali zaman perkenalan dengan sahabat baik kita. Sure cikgu akan buat ice breaking dulu setiap awal tahun. Samalah juga cara berkenalan dengan diri sendiri. Fahami diri, berikan peluang, tolak ansur dan galakan pada diri. Nasihatlah agar tidak terlupa, betulkan agar sering tersasar, ingat dan cuba jangan diulangi benda yang salah.
 
Ingatlah, Manusia adalah puncak penciptaan terhebat  yang dijadikan sebagai Khalifah yang diamanahkan untuk menegakkan islam dimuka bumi Allah ini. Engkau dan aku, kita ada tugasan yang lebih penting dan jangan dibiarkan terikat dengan kenikmatan dunia.

Saturday, July 23, 2011

Angin Syurga Yang Semakin Hampir :)

Bulan RAMADHAN semakin hampir dengan kita. Ia datang menawarkan keampunan besar dan natijahnya adalah syurga yang didambakan.



Bagaimana perancangan kita untuk menempuhi Ramadhan tahun ini? Apa yang akan kita sasarkan untuk memenuhkan tempoh 30 hari ini? Khatam Quran kah? Solat Terawih 20 rakaat di masjid kah?Bersedekah setiap hari kah? atau,  Zikir dan Qiyamulail setiap malam? Jika tak mampu lakukan kesemuanya, pilihlah salah satu dan mohonlah bantuan dari Yang Maha Esa agar kita ditetapkan hati dan dikuatkan iman melakukannya secara istiqomah dibulan Ramadhan yang sangat mulia itu.

Mengenang Ramadhan aku tahun lepas agak menyedihkan aku. Seringkali aku lewat kemasjid disebabkan hal2 yang remeh. Aku berazam mahu untuk khatamkan Quran 30 juz. Tapi, cubaan gagal kerana faktor-faktor keletihan dan kelopak mata yang sering memberat tiap kali mengaji dan me'limit'kan jumlah helaian. Taraweh minggu pertama dan kedua aku buat 20 rakaat dan masuk minggu berikut hanya tinggal 8 dan paling menyedihkan hari2 terakhir aku hanya sembahyang isyak dimasjid dan tidak bertaraweh. Hanya menunggu dan memerhatikan sehingga jemaah selesai bertaraweh dan aku pulang kerumah. Lemahnya diri aku ni, apatah lagi iman.

Ujian membuat kebaikan itu sangatlah besar dan sukar untuk dilalui. Sangat beruntunglah bagi mereka yang berjaya meredahnya dengan sabar dan tabah. Tak ada jalan singkat untuk menempah tiket ke syurga. Semuanya mahal dan memerlukan pengorbanan harta, tenaga malahan adakalanya sehingga nyawa melayang.

Aku teringat tazkirah ringkas Ustazku di sekolah dahulu. Allah telah berikan kita 30 biji kapsul Ramadhan untuk digunakan oleh seluruh hamba-hambanya. Makanlah kapsul Ramadhan ini dan hadamkan dengan sehadam hadamnya kerana inilah ubat paling mujarab untuk memperbaiki diri. Dan gunakanlah 30 hari ini dengan semaksimum mungkin. Isilah dengan amal-amal soleh seperti solat terawih, membaca Al-Quran, bangun malam dan banyakkan bersedekah dalam bulan ini. Pahalanya berganda-ganda.

Akhir Kalam, marilah kita bersama sama hidupkan ramadhan kali ini dengan amalan-amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan sekaligus menaikkan martabat kita di sisi Allah.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak :)

Saturday, June 18, 2011

Manfaatkanlah Diri


'Sebaik baik manusia itu, ialah orang yang sentiasa memanfaatkan dirinya untuk manusia lain'.

Tentang ayat ini, aku mula berfikir, aku ingin bahagia, semua orang juga ingin bahagia. Semua ingin hidup ini sentiasa tenang dan ceria walaupun dikelilingi dengan seribu masalah yang memenuhi 'storage' otak. Aku menafsir ayat ini, kita mesti sentiasa  walaupun sedikit untuk menjadi insan yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang di sekeliling. Supaya kehadiran diri dirasai, dan ketiadaan diri dirasakan satu kehilangan kepada orang di sekeliling.

Pernah semua terfikir tentang ais yg dapat menyejukkan air didalam gelas? Jika gelas kecil beberapa ketul cukup untuk menyejukkan manakala gelas besar perlu lebih banyak kuantiti utk menyejukkannya. Pernah disuatu restoran aku memesan fresh orange gelas besar untuk menghilangkan dahaga tetapi hanya beberapa ketul ais sahaja yang diletakkan oleh si pembuat air. Memang tak cukup untuk menyejukkan air di dalam gelas besar itu.  

Aku mula terfikir dan merenung ke dalam diri. Mungkinkah aku adalah salah satu dari 3 ketul ais dalam gelas besar ini? Adakah kehadiran aku tak dapat membantu menyejukkan keseluruhan air di dalam gelas. Adakah kehadiran aku di dunia ini tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain di sekeliling. Fuhh~ Jika difikirkan memang terasa beratnya. Adakah selama bertahun hidup didunia adakah sia2 atau bermanfaatkah diri ini?

Aku mahu menjad ketulan yang boleh menyejukkan sejumlah air didalam gelas besar itu. Aku mahu diri bermanfaat buat orang lain. Aku pasti semua orang juga mahu jadi begini. Kalau jadi ais, biarlah ais yg dapat menyejukkan. Kalau menjadi guru, biarlah menjadi gedung ilmu bermanaat pada muridnya dan jika menjadi ibu bapa, biarlah dapat menghasilkan generasi islam yang pastinya dapat menggegar dunia.

Aku mulai terfikir kehidupan selama 26 tahun ini. Berbagai peristiwa bermain di otak fikiran. Peristiwa pahit dan manis tidak dapat lari dari hidup ini. Cuba untuk mengingati apakah selama ini aku benar-benar telah memberi manfaat kepada orang lain??

Aku hanya insan biasa. Kehadiran aku mungkin hanya dirasai oleh orang-orang yang paling hampir iaitu orang dirumah, kawan2 seengajian dan sekolah terdahulu. Jadi, bagaimanakah aku dapat memberi manfaat kepada mereka semua ?Aku bukan 'Orang Besar' yang mempunyai kuasa besar dalam negara ini, bukan pengarah jabatan, bukan CEO syarikat, dan masih belum tersenarai dalam jawatan kerajaan. Kerdilnya diri didalam kerjaya dikalangan manusia. Dan kalau aku menjadi orang-orang yang berpengaruh dan berkuasa seperti di atas sudah tentu aku boleh memberi manfaat kepada orang di sekeliling melalui kuasa yang ada padaku.

Semua orang inginkan 'bahagia' dalam hidup. Tetapi, adakah kebahagiaan itu diukur dengan kebendaan dan wang ringgit ataupun dengan cara lain? Pernahkah kita terfikir, jika kita ingin bahagia, kita perlulah membahagiakan orang lain juga. Bahagikan ibubapa dengan penuhi impian mereka, siapkan kerja di pejabat dan bos merasa gembira, dan sentiasa berhemah dan diplomasi dengan semua lapisan umor  dan kawan2. Jika saya dapat menbahagikan orang lain, bererti kita telah menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.  

Aku rasa mungkin ini ialah salah satu jawapan dari persolan ini. Selain membahagiakan kehidupan orang lain, buatlah kebajikan lain walaupun dengan sekecil kecil perkara seperti menderma 10sen di tabung masjid setiap hari. Mungkin derma yang sedikit dari semua orang akan memberikan kelegaan kepada orang lain yang memerlukan.

Akhir kalam, evaluatelah diri sendiri. Yakinlah semua mainkan watak utama, walaupun jadi pintu atau jadi tingkap yang penting peranan itu dilaksanakan sebaik mungkin. Cuma, kadang-kadang kita berasa bahawa peranan yang kita mainkan tidak cukup kuat untuk megubah sesuatu perkara. Walaupun kita hanya menjadi pintu yang membuka jalan kepada orang lain untuk masuk namun pintu tadi juga berharap suatu hari nanti dia akan dapat memainkan peranan yang lebih besar lagi. 

Fikirkanlah, Sejauh mana kita bermanfaat kepada orang lain? dan sejauh mana kita bermanfaat kepada islam?

Saturday, June 4, 2011

Kaitan Coklat dengan Kehidupan

Aku suka coklat! Aku suka coklat! Anda semua suka coklat? Mesti suka juga kan. Banyak jenis coklat didunia ini. Ada yang 'bitter', 'sweet' dan 'bittersweet'. Ikut citarasa masing masing dalam memilihnya.


Jika difikir apa sebenarnya kaitan antara coklat yg rasanya 'bitter', 'sweet' or 'bittersweet' dengan kehidupan manusia. Kenapa aku kata begitu?  Kerana kehidupan manusia ada pasang surutnya. Kadang2 manis dan Kadang2 pahit. Ada pengalaman manis yang tak dapat dilupakan dan ada juga pengalaman pahit yang perit untuk dikenang. Pengalaman manis sememangnya amat disukai semua orang malahan ramai ingin mengulangnya. Pengalaman pahit pula sukar untuk dilalui dan tidak ramai yang mahu mengulangnya.

Ramai yang gembira, senyum dan bergelak ketawa bila mdapat pengalaman manis. Ramai juga yang berdukacita, gundah gulana, menitiskan air mata malah menangis bila melalui peristiwa yang pahit. Mendapat kekayaan, mendapat anak, mendirikan rumahtangga, berjaya di dalam peperiksaan adalah antara peristiwa manis yang ingin diulang-ulang oleh manusia. Manakala menanggung kesakitan akibat penyakit kronik, ditimpa musibah, ditimpa kemalangan, gagal dalam peperiksaan, kehilangan insan yang disayangi adalah antara pengalaman pahit yang tidak ingin dilalui oleh manusia.

Namun sebagai manusia kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan. Allah yang tentukan bahawa dunia yang kita jalani ini adalah medan ujian yang harus ditempuhi. Jika difikir-fikirkan, yang pahit itu ujian dan yang manis itu juga ujian. Kita tiada pilihan untuk memilih dilahirkan menerima yang manis sahaja. Dan kita juga tiada pilihan untuk menolak yang pahit ke tepi. Kita tidak boleh memilih untuk lahir dalam keluarga yang senang lenang dan mewah dan kita juga tidak boleh memilih untuk tidak dilahirkan di dalam keluarga yang miskin nestapa.

Jika kehidupan penuh dengan kemanisan maka tidak mustahil jika suatu hari nanti kita juga akan menerima kepahitan juga. Ramai di antara kita yang memandang bahawa yang manis itu baik manakala ramai di antara kita yang memandang yang pahit itu buruk dan negatif sentiasa. Tetapi ketahuilah, bahawa yang manis itu tidak semestinya baik untuk kita dan yang pahit itu tidak semestinya buruk untuk kita.

Manis dikaitkan dengan rasa lazat dan pahit dikaitkan dengan rasa tidak sedap. Makanan yang manis-manis seperti kek, ais krim dan sebagainya dikaitkan dengan kesedapan dan kelazatan yang ingin dinikmati oleh semua orang. Sebaliknya makanan yang pahit tiada siapa yang sudi untuk menjamahnya. Analoginya manis bagai gula, pahit bagai hempedu. Contohnya makanan yang manis jika dimakan dalam tempoh yang panjang boleh memudaratkan. Makanan yang manis boleh mangakibatkan sakit perut. Makanan yang manis boleh mengakibatkan penyakit kencing manis dalam jangka waktu yang panjang. Ubat yang pahit sukar untuk ditelan tetapi ketahuilah yang pahit itulah yang menjadi penawar kepada kita.Seringkali petua dan saranan pengamal perubatan tradisional untuk mengamalkan memakan akar-akar kayu yang rasanya cukup pahit bagi menjaga dan memulihara kesihatan yang berpanjangan. Inilah perumpamaan mudah untuk menggambarkan contoh kebaikan antara pahit dan manis.
Surah Al-Baqarah: Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu itu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
Satu lagi aku terfikir kenapa perkataan “bitter” didahulukan dan selepas itu diikuti dengan perkataan “sweet”? Kenapa tidak ‘sweet’ dahulu dan bitter kemudian? Kerana manis dahulu pahit kemudian rasanya perit. Setiap kesukaran yang dihadapi insyallah akan disusuli dengan satu kemudahan. Permulaan yang sukar akan berakhir dengan pengakhiran yang baik. Mungkin inilah sifirnya. Susah dahulu dan senang kemudian, pahit dahulu dan manis kemudian.

Begitulah kehidupan yang ada pasang surutnya. Jika kita masih beranggapan yang manis itu baik maka hindarkanlah perasaan itu kerana segalanya datang daripada Allah, dia lebih mengetahui apa yang baik dan sesuai untuk kita hambanya. Jika yang pahit itu ditelan dan dilalui dengan penuh keikhlasan dan keredhaan, maka yang manis itu adalah pahala yang menanti kita di hari pembalasan kelak yang berkesudahan dengan syurga.

Tuesday, May 31, 2011

A moment to remember~ ;D

Alhamdulillah, segala puji-pujian selamanya milik ALLAH SWT, Tuhan yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang diberi kesempatan meng'update' blog hari ini. Entry kali ini hanya untuk memahatkan memori kelanaku ke bumi sonata selama beberapa hari. Alhamdulillah, perjalanan berjalan dengan lancar. Sangat seronok disana.  Sesampai ja terus check in dah membeli stok makanan :D..lapo sangat~

Day 1: Melawat Bandar seoul sambil membeli belah, Namsan Tower.

Jalan TAR di Korea~

Dah penat..sob..sob..

Delegasi..

Penutup Day 1 dgn makan makan.

Day 2: Palace, Muzium, Cruise, Hanggang river, Blue Mosque


Di Muzium with Adlina

Selesai exam~ :D

Jalan raya di seoul~

Palace

Blue Mosque


Dimalam hari...day 2 tamat.

Day 3: Nami Island

Naik tren ke Nami Island

Nice view~











Bye Bye Nami Island..Tunggu kedatangan aku lagi..

Ni pula video Nami island~

I would like to thanks to rizuan, din, farid, saifullah, fadil dan zul for a wonderful, exciting, interesting and enjoyable trip. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa kalian untuk kami. I never forget this fascinating tour for a long time :)

Saturday, May 14, 2011

Manusia Perlukan Cengkerang


Sahabatku,
Pernah kita perhati dan kaji kisah penghidupan seekor kerang. Angin taufan yg melanda taufan saban tahun amat menakutkan si kerang. Gulungan ombak membuatkan si kerang menyorok di dalam cengkerangnya biarpun kelaparan. Hempasa ombak setinggi rumah membuatkan si kerang bergolek2 tanpa haluan. Lalu si kerang hanya mampu berdoa, semoga tetap bertahan. Dan tatkala lautan semakin tenang, si kerang membuka kembali cengkerang seluasnya, berkumpul bersama keluarga dan rakan tersayang, sama2 makan, sama2 ketawa berkongsi cerita. Terbitlah dunia terumbu karang yg sangat cantik dipandang. 

Namun kini, segalanya berubah. Disangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Ombak menghempas kuat, segala galanya hancur dan binasa dan yg tinggal hanyalah sekujur cengkerang. Makkk!! itu sahaja yg keluar dari mulutnya. Dengan tangis dia mendekati cengkerang yg sudah tidak berisi itu. Innalillah~ Lantas dia melihat sekeliling..segalanya telah hancur dilanda badai..yg tinggal hanyalah cengkerang siput, kerang, ketam dan segala jenis yg bercengkerang. Dia trauma lantas terus berlalu. Tiba2 terlihat olehnya  seekor kerang yg masih cantik, teguh cengkerangnya. Didekatinya perlahan, berharap dipertemukan dgn rakan baru. Namun, hampa sekali lagi, ulat2 menggeletik keluar dari cengkerang yg tampak indah luarannya. Otak mentafsir lalu terlahirlah emosi kecelaruan disitu. La tahzan ya qalb, katanya. Kerang terus berduka, hatinya menangis pilu. Nasib apalah yg menimpa, adakah lantaran dosa2 lalu. Sejadah kesedihan dihampar, bermunajatlah kepada ilahi. Biar ombak membadai, terus bertahan dalam cengkerang.

Sahabatku, 
Inilah juga yg terjadi pada kehidupan manusia, kita ibarah kerang, dunia ialah pantai. Kadang2 aapabila Allah menenangkan arus, kita terus lalai dan alpa. Terlupa yg kerang yg lemah hanyalah menumpang di pantai itu. Zaman muda ombaknya amat hebat, fenomena kejutan sosial dan kehancuran akhlak tanpa kita sedari amat membimbangkan. Jarum thaghut terus terusan mencucuk hati melalui media, surat kabar dan internet. Ramai org muda mati hantinya lantaran ketidak dayaan menentang jarum2 yg amat halus turusannya.

Ingat sahabatku, 
Hanya bahtera iman dapt melayarkan kita ke destinasi idalam. Kuatkan iman dgn Al-Quran dan tahajud. Nyalakan semangat perjuangan dan mantapkanlah hati, teguhkan jiwa dan lancarkan lidah. Asingkanlah diri jika terasa perlu, manusia kadang2 perlukan cengkerang utk menambah keimanan. Ombak diluar sana amat hebat wahai sahabatku.

Kerang itu terus ditabir pantai. Bertafakur, bermunajat lantas menyerahkan diri sepenuhnya pd yg Maha Esa. Kerang terus menerus menjadi teguh dan kuat.. tatkala kerang lain mengalah , hanya dia dapat mampu bertahan.

Wahai Sahabat, mampukah kita bertahan dalam arus kehidupan ini?

Tuesday, May 10, 2011

Amanat Sheikh Ahmad Yassin

Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata ''Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?''

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati ( lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku ( yang perlahan ini ) .

Aku tidak mampu untuk ke mana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka meggerakkan ( kerusi roda ) ku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia, aku yang diserang pelbagai panyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan .Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah.

Adakah kalian semua begitu wahai bangsa arab , kalian diam membisu dan lemah , atau adakah kalian semua telah mati binasa. Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah… tiada satu pun kumpulan ( daripada kalangan kalian ) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas…

Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami. Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat Islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringan bebanan kami.

Adakah pertubuhan-pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:“ Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!”

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Seketika nanti kalian akan mendengar tentang peperangan besar keatas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis didahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dengan keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami , wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!

Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih, kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian ( menyerah ). biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada`.Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian . Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Kami juga berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami.

Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”“ Ya Allah kami mengadu kepadaMu … kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami dihadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada ornag-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan meyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa , kanak-kanak yang diyatimkan , wanita-wanita yang dijandakan , ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan , tanaman-tanaman yang dirosakkan.Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan ( umat ) kami, berpecahnya perpaduan kami , berbagai-bagainya haluan kami, terbelakangnya kami.Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami , betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami.

p/s: Terusik hati membaca bait bait kata ini.

Friday, April 29, 2011

Terapi Hati


Manusia diciptakan Allah dgn sebaik-baik kejadian. Mula dgn setitik air yg hina sehinggalah menjadi seorang insan bernama manusia. Diberikan pula oleh Allah nikmat2 yg tak ternilai banyaknya. Namun, kita sering lalai dan upa untuk mensyukuri anugerah yg dikurniakan ini, bahkan kita terus mengejar kemewahan yang bersifat  sementara.

Nikmat paling berharga yg diberikan Allah ialah nikmat hati. Hati merupakan raja segala gerak-geri dan tingkah-laku yg dilakukan setiap manusia. Hati dicipta Allah sebaik baik kejadian, di situlah akal manusia, di situlah buruk, baik, sihat, lemah manusia, di situlah segala-galanya.

"Di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging, jika daging itu baik, niscaya akan baik semua perbuatannya, dan jika daging itu buruk, maka buruk pula semua amalannya. Dan ketahuilah bahwa daging itu adalah HATI"
 
Hatilah punca segala-galanya. Jika tidak dari hati yg kotor, manusia tak akan lakukan maksiat terhadap penciptaNYA. Namun, manusia sentiasa tidak hiraukan gelagat hati ini. Dibiarkan hati dikotori titik-titik hitam dan dikerumuni berbagai penyakit yang menjijikan. Hasilnya segala gerak-geri yang dilakukan tersasar dari jalan yang dikehendaki Allah SWT.

Banyak masalah diterbitkan oleh hati dan ada juga masalah yg boleh mengganggu hati. Penyakit hati ini sebenarnya paling berbahaya jika dibiarkan. Beberapa penyakit hati ialah sombong, kagum diri sendiri (ujub), dengki, riak, syirik, buat maksiat dan banyak lagi. Masalah yg boleh menggangu hati pula seperti masalah2 sampingan yg sering melanda manusia. Gagal dalam peperiksaan, dimarah bos, kalah dalam pilihanraya, bercerai, putus cinta dan lain2 pula contoh yg boleh mengganggu hati lalu melemahkan seseorang insan yg masih tidak kental lagi hatinya tika itu. 

Cara mengatasi penyakit hati mengikut Imam al-Ghazali boleh diatasi dengan tiga perkara. Pertama, belajar dgn guru yg bijaksana, mempunyai keistimewaan dan kepandaian tentang penyakit jiwa. Kedua, mencari org untuk meluahkan ttg hati yg serabut, ahli keluarga atau boleh juga sahabat yg boleh dipercayai, yg suka membetulkan kesalahan dan kuat agamanya. Ketiga, mengambil pendapat org2 yg membenci kita,  kerana pandangan orang yang membenci itu dapat melihat keburukan yg tidak mungkin dapat diketahui oleh orang2 yg menyayangi kita.

Ubatilah...ubatilah..ubatilah.......hatimu yg lemah.  Jalan mengubati hati tidak semudah teori. Ianya memerlukan mujahadah yang terlalu tinggi. Perjuangan itu pahit kerana Syurga itu terlalu manis. Kentalkan hati menempuhi segala dugaan dan mehnah yg datang sekental pejuang2 palestin. 

Andai perjuangan iitu senang, pasti ramai menyertainya,
Andai perjuangan itu singkat masanya, pasti ramai yang istiqamah,
Andai perjuangan menjanjikan kesenangan duniawi, pasti ramai tertarik padanya,
Namun, hakikat perjuangan bukan begitu,.
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga..
Andai rebah, bangkitlah semula..
Andai terluka, ingatlah janjiNya..
Perjuangan itu pahit kerana SYURGA Allah itu terlalu manis.

Thursday, April 28, 2011

:)


 

Diharap suatu masa nanti kita akan menjadi seperti itu
Sentiasa memberi kepada yg memerlukan
Perkongsian suatu kehidupan..

Thursday, April 21, 2011

Manusia Hamba ALLAH


Bila sahaja seseorang insan dilahirkan ke muka bumi ini, secara automatiknya mereka sudah menjadi Hamba Allah, bermakna ia telah dipertanggungjawabkan untuk jadi seorang mujahid di jalan dakwah. Hidup matinya Illahi taala hanya kerana Allah, biarpun disarati dgn harta, pangkat dan kenikmatan dunia. Perkara2 sampingan itu dirasakan sgt sikit dan tidak berkekalan.

Allah berfirman Surah At-Taubah ayat 111;
"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dgn menggantikannya dengan syurga untuk mereka''

Merujuk kepada ayat di atas, maksud ayat ini ialah Allah telah membeli jiwa orang2 mukmin dengan menggantikan dengan syurga kelak. Ayat ini juga menerangkan yg Allah membeli jiwa(nyawa) dan harta orang2 mukmin. Kesimpulannya, seluruh kehipan dan harta org mkmin ini semua milikNYA yang mutlak.Bukan milik majikan, ibu bapa, cikgu, dan bukannya diketuai oleh cita2 dan harapan individu itu sendiri.

Cuba kita tanya pada diri kita, hamba wangkah kita?
Cuba kita tanya pada diri kita, hamba pelajarankan kita?
Cuba kita tanya pada diri kita, hamba teknologikah kita?

Dahulu aku sering berat hati nak menunaikan urusan dgn tuhan krn beralasan "nanti tak cukup masa nak study", contohnya sembahyang berjamaah. Aku rasakan sembahyang jemaah itu sangat lama dan dgn itu aku lebih suka sembahyang bersendirian. Impaknya, ilmu yg ku dapat tidaklah dapat sebanyak mana. Contoh lain, berat hati utk menderma, kita lebih rela kumpol duit utk beli hanset baru dari menyumbang utk islam, menyumbang pd saudara2 kita di sekeliling yg memerlukan, dan saudara jauh kita di Palestin. Dan perasaan 'berat' ini sangat membelenggu jiwa, sehingga kita tidak tahu bahawa kita sedang terikat padanya. Dan tidak merasa apa-apa langsung, seolah kita bebas daripada penghambaan selain Allah.

Pelbagai ragam bermain disekeliling kita. Cuba perhatikan keadaan politik sekarang, rakyat makin keliru. Parti yang sedia memerintah tidak menjalankan amanah dengan baik dan ikhlas, manakala parti alternatif  cuba menjadi yang terbaik. Ada yg menjadi hamba politik, sanggup menggadaikan bangsa sendiri untuk meraih undi dan kuasa. Ada yg hidup dalam korupsi kerna menjadi hamba wang. Ada jua yg berjuang dalam kemarahan kerana menjadi hamba kebencian. Honestly, aku tidak menyukai politik di Malaysia kerana tidak telus, semua yg dilakukan hanyalah untuk kepentingan mereka sahaja. Baik Pro mahupon Con. Sikap 'taksub' seharusnya dikikis untuk mendapatkan keputusan yg jelas tanpa dipengaruhi oleh individu yg disukai. Jangan hanya dia 'orang kita' semua yg dia lakukan betul semuanya. Isu2 remeh juga sering dipolitikkan sehingga menjadi barah dalam masyarakat. Orang atas bergaduh, orang bawahan pula hentam-menghentam sesama sendiri. Aduhai umatku... Sedihnya di hati melihat keadaan ini. Surah Al-an;am Allah berfirman 'Katakanlah solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah milik Allah, Tuhan alam ini'. Maksud disini ialah andai seluruh hidup ini milik Allah, sudikah kita menghina saudara seislam kita agar hati kita puas. Biar menghiris hati dia, asalkan hati kita gembira. Begitukah ?

Ingatlah kita hanyalah hamba Allah yg dhaif. Bebaskan diri dari menjadi hamba dunia yang sempit yg hanya nikmat didunia sementara ini. Yang paling penting, branilah buat perubahan dalam diri, jgnlah kita di takuk lama. Berfikirlah dgn jauh selagi ada nikmat hidup didunia.

p/s: Maaf jika stuktur ayat tidak difahami.

Sunday, April 17, 2011

Duhai Palestin

Bila mengenang sahaja PALESTIN, t'bayang serangan Israel Laknatullah ke atas umat Islam Palestin.Israel bertindak secara menggila hanya kerana mahu menumbangkan Hamas sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat Palestin secara sah. Aku memang tak setuju jika ada pihak propaganda melabel p'juangan rakyat Palestin sebagai militan. Mereka bukan militan tetapi pejuang sejati yg memperjuangkan agama. ISLAM Kematian mereka mulia di sisi Allah. Anak2 kecil, wanita dan org tua menjadi mangsa. Sedih, pilu, hiba melihat gambar anak2 kecil yg tak berdosa dipanggil menghadap illahi dalam bentuk yg tidak dapat diterima akal. Bom n peluru berpandu yg tak bermata melanyak jiwa2 kecil lagi suci yg tak berdosa. Kecil2 lagi sudah didatangkan ujian yg amat dasyat ini. Cuba bayangkanlah perkara yg sama terjadi pada kita khususnya. Menjerit, meraung meminta tolong dunia, adakah dunia Islam khususnya negara-negara Arab dapat membantu? Alangkah malangnya kita.

Rasulullah SAW bersabda: 
“ Muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, janganlah kamu menzaliminya, mengkhianatinya atau menyerahkannya kepada mereka yang hendak menzaliminya”

Kekalahan yang memalukan Israel pada 2007 apabila dihalau Hizzbullah di Lubnan,menaikkan kemarahan dan kebencian Israel kepada Islam kepada rakyat yg tak bersenjata. Jika dilihat balik yg berlaku dalam peperangan arab dan israel pd tahun 1967 yg menunjukkan Israel memenangi peperangan tersebut dan menawan semenanjung sinai iaitu milik Mesir. Then, lepas beberapa tahun mesir yg wktu itu dipimpian Anwar Sadat m'balas dan menawan semula semenanjung sinai. Dilaporkan ratusan kereta kebal Israel dimusnahkan oleh mesir yg bersenjatakan senjata yg dicipta rusia yg menggunakan konsep 'anti kereta kebal'. Ribuan tentera israel terbunuh dan monumen di bina di Jurusalem bagi mengenanginya. Kita ketahui yahudi dicipta Allah menpunyai hati yg jahat, zalim, keji, mazmumah kuat. Mereka tak pernah mengaku kalah. Mereka mencipta kereta kebal jenis ‘Merkeva” atau “God Chariout” yg dikatakan terbaik sekali. Peluru berpandu pon tidak boleh menembusinya. Tapi jgn kita lupa, kuasa Allah mampu mengatasi apa jua. Waktu peperangan dgn hizbullah, kereta kebal itu dimusnahkan sdgn mudahnya. Perancangan Allah mengatasi segalanya.

Mari  kita sama2 hayati nasib rakyat Palestin melalui pembacaan sejarah mereka yg panjang. Jangan percaya tipu daya yahudi. Palestin adalah tanah wakaf umat islam.

Sunday, April 10, 2011

Kerisauan @ Anxiety

"Anxiety" ialah umumnya perkataan "kerisauan". Jom kita perhati, kenapa kita malu utk berdiri diatas pentas dan bercakap dgn lantangnya utk tegaskan pendapat kita? Mengapa kita tak boleh duduk diam jika m'galami kerugian? Mengapa ibu bapa risau apabila anaknya tidak berjaya? Tidak scor dalam exam? Kenapa kita risau jika tidak bekerja? Kenapa kita risau perkara2 remeh walaupon perkara itu sebenarnya langsong tidak menjejaskan diri walau sedikit pon? Kenapa kita risau jika tiada teman di tempat baru? KENAPA!!!

Bagi semua masalah yg menimpa ini, kita semua punya satu perasaan sahaja iaitu RISAU. Dan kerisauan itulah punca pemikiran negatif tercipta dalam diri. Kita risaukan masa depan jika tidak berjaya dalam peperiksaan besar mcm PMR, SPM, STPM ataupun jika juga risau jika kita gagal dalam peperiksaan final. Jika ini berlaku mulalah kita menyesali hari2 lepas, muka masam, mengurung diri dalam bilik, percubaan membunuh diri dan banyak lagi dilakukan kononnya dapat mengekspresikan kerisauan itu. Banyak lagi simptom orang yg menghadapi masalah; tapi semuanya mempunyai satu sahaja persamaan; iaitu perasaan risau.

Dlm hubungan sesama manusia yg bkasih syg 'anxiety' sering m'jadi punca utama sesuatu konflik. Contoh  apabila ibu bapa yg  t'lalu risaukan anaknya dalam semua aspek khusunya pelajaran, maka si ibu mulalah memaksa anaknya belajar setiap masa, dan mengongkongnya. Dalam erti kata lain, seolah2 hidup anaknya adalah hidupnya dan anak itu tak diberi peluang menentukan hidupnya. Aku tak bermaksud ibu bapa tak perlu membimbing anaknya. Tetapi biarlah bimbingan itu berbentuk dorongan dan cadangan diselitkan dgn penuh kasih sayang. Bukannya paksaan yg akan mematikan jiwa besar dan semangat diri anak-anak. Dgn berbuat begitu, anak-anak berasa terkongkong dan sempit, tidak boleh berbuat apa, bahkan sehingga setelah tamat SPM, kerjayanya juga masih ibu bapanya menetapkannya. Aku teringat diwaktu zaman sekolahku dahulu, seorang temanku yg setiap hari ibunya menghantarnya lebih dari satu tempat tuisyen. Bila keluar keputusan rezeki tidak menyebelahaninya, hanya mampu mendapat 7A1B. Impaknya, dipukul teruk oleh ibunya sekembalinya ke rumah. Bagiku, keputusan itu sudah cukup baik tapi bagi ibunya mungkin tidak.

Kerisauan juga mungkin tanda cinta, tanda kasih sayang namun ia perlu diuruskan dengan baik, bukan dgn paksa orang yg kita sayangi itu menjadi seperti apa yg kita inginkan krn sikap memaksa boleh menyebabkan kita berasa lemas dan sempit serta tidak selesa. Sering terjadi juga pada pasangan suami isteri yg terlalu mengharap kesempurnaan pasangannya. Jika ada secebis kekurangan, ia akan cuba memadamkannya.

Kerisauan sebenarnya ibarat satu suara dalam hati. Suara yg sentiasa bercakap dan meminta, ia takkan pernah berhenti. Oleh itu, kita perlu mendengar suara itu dan menerimanya dlm bentuk yg tenang, optimis dan terbuka. Bukan mengikut setiap suara itu tanpa rasional tanpa memikirkannya dahulu.

Andai kita berada dalam masalah yang terlalu besar sekalipun, bertenanglah. Kerana hakikatnya, setiap perkara dalam hidup kita ibarat bas. Biarpun cuaca terik atau hujan lebat, tak kita panas atau sejuk, bas itu akan datang bila masanya tiba. Sama ada kita cemas, takut dan marah, bas itu akan datang jua bila tiba masanya. Jadi, mengapa tidak kita duduk bertenang di perhentian bas itu? Pasti hidup terasa lebih bahagia dan bermakna.

Akhir kalam, kerisauan sebenarnya bara dalam menyuluh dakwah baik dari semua sudut. Positflah dgn semua kerisauan dan jadikanlah ia sebagai wadah untuk kita membentuk diri kejalan yg lebih diredhoi. INGAT!! jgn biarkan kerisauan menguasai diri sampai kita tersasar dari matlamat utama. Rujuklah para2 Alim, join usrah dan muhasabah diri selalu.

                                                          Sebagai Inspirasi

p/s: Adoi..aku risau ttg kerjaya dan kehidupan diri nih.. Be Cool~ Always think ''Ada hikmah disebaliknya''..

Tuesday, April 5, 2011

HERO Akhir Zaman..

Sudah jadi prosedur perjalanan hidup manusia akan melalui beberapa fasa dlm kehidupan. Fasa alam roh, alam rahim, check in pulak ke alam syahadah, next alam barzakh, akhirnya ke alam akhirat. Antara  semua alam ini, alam paling jelas ialah alam syahadah kerana ia nampak jelas dgn mata kasar. Alam syahadah terbahagi kpd alam bayi, alam kanak2, dewasa dan akhirnya tua. Kita sebagai manusia harus bersyukur kerana berjaya menikmati nikmat mendapat fitrah manusia dialam ini. Begitu ramai manusia  dilahirkan namun tidak dikurniakan nikmat Islam, sedangkan hakikatnya manusia diciptakan untuk tunduk dan patuh kepada Allah yg Esa.

Khalifah Umar ibnu Abdul Aziz pernah cakap manusia diciptakan untuk selamanya. Mengapa? kerana kehidupan manusia bagaikan transit dari satu stesen ke satu stesen yang lain setelah berakhirnya kehidupan di alam ini, maka 'check in' lah kita ke alam barzakh. Perhentian terakhir cumalah antara syurga atau neraka, yang mana kita akan kekal di situ selama-lamanya. Untung lah kita  kerana berpeluang melalui sebuah 'alam tambahan' ketika di alam syahadah ini.  Menjadi HERO duniawi juga ukhrowi yg tujuan paling mulianya ialah membebaskan manusia daripada penghambaan kepada nikmat perhambaan kepada Allah yang Esa. Sesama HERO usahlah terlalu memandang berat terhadap perbezaan yang kita miliki, namun pandanglah terhadap persamaan 'target' perjuangan kita. Dakwah itu juga ibadah, seharusnya kita saling membantu, kerana takaful itulah yang bakal menjadi salah satu sumber kekuatan kita. 

Ingatlah saudaraku. Kita dilahirkan sebagai HERO islam akhir zaman. Usah merungut dgn segala musibah yg menimpa. Perjalanan bagi seorang superhero sememangnya tak pernah lengang darip onak dan duri. Sering sahja diuji dengan berbagai2 dugaan, sampaikan kadang2 kita jadi goyah dan menjadi ragu akan kebenaran janji Tuhan. Jujur aku cakap, keadaan imanaku tgolong dalam yg lemah motivasi, kurang tarbiyah juga. Tarbiyah boleh dicas tapi lama kelamaan akan low juga seberti bateri telefon..Tension Sunggoh!!

Monday, April 4, 2011

Manusia tidak Sempurna

Manusia. Penuh dgn kekurangan walau nampak sempurna. Sebab kekurangan inilah sering mbuatkan diri t'lalai dan t'leka, melakukan silap dan salah. Mata kadang2 terlalu liar, mulut terlalu lancang dan tangan terlalu ringan. Kesannya, hati-hati manusia terhiris dengan perbuatan dan kata kata. 

Perhatikan manusia sekeliling, byk mana kes pergaduhan yg berlaku sesama saudara, sesama sahabat. Lebih teruk lagi, suami isteri bergaduh hingga pinggan mangkuk berterbangan. Bagi yg tinggal dirumah teres, mesti mempunyai pengalaman menyaksikan pergaduhan sebegini kerana pemisah hanya dgn sekeping dinding batu yg tak sampai semeter pon.

Kadang kadang kita sendiri bertengkar juga. Tak kisahlah dengan sesiapapun, sahabat? kawan sekuliah? adik beradik?ahli keluarga? Bagi yg punya kesabaran yg tinggi, syabas diucapkan kerana berjaya mengatasinya. Mungkin mereka berjaya pada luaran dan bagaimanakah pula dalaman? Mereka tak meluahkan perasaan marahnya, namun jauh di hati - hanya allah yang tahu keperitan tersebut. Sama ada diluahkan atau pon tidak.

Itulah namanya konflik. Konflik acapkali terjadi di kalangan manusia2 yg bergaul dan berinteraksi dgn org lain. Puncanya terlalu banyak. Mula dgn perasaan tak puas hati, perasaan marah mula dipendam, sehingga suatu masa ia terlepas lalu melahirkan kata2 beremosi yg tajam dan menyakiti fizikalnya. Semua ini dilakukan hanya untuk memuaskan hatinya. Perasaan benci, marah adalah sifat negatif yg tak dapat dielakkan oleh setiap manusia. Sekiranya seseorang marah, kita boleh merasakannya auranya walaupun dia cuba sedaya upaya menyembunyikannya. Perasaan marah byk membawa keburukan dari kebaikan. Ia membuatkan hati tidak tenang, jiwa resah gelisah.

Sesetengah manusia suka menyalahkan org lain atau keadaan sekeliling sekiranya berlaku masalah. Impaknya, Hasilnnya, alasan demi alasan diberikan bagi menyembunyikan kelemahan diri dan mengelakkan dari dipersalahkan. Jangka masa singkat, bolehlah dia bergembira  kerana 'terlepas' dari dipersalahkan namun kesannya, tembok kesombongan dan keegoan akan dibina dalam diri. Manusia sebegini susah untuk meminta maaf walaupun kesalahan itu berpunca darinya. Semua ini akan mendatangkan sifat2 barah dlm perhubungan jangka masa panjang. 

Kesimpulan yg aku buat ialah kita harus belajar untuk disakiti. "Mengapa aku harus marah? Mengapa aku tidak dapat menerima kekurangan dirinya?" Dalam pergaulan sesama manusia, kita harus bersedia menerima kekurangan orang lain dan juga cuba menegur kesalahan seseorang. Mengubah diri sendiri lebih mudah daripada kita mengubah diri orang lain. Oleh itu, belajarlah untuk disakiti. Kerana hakikatnya manusia itu tidak pernah sempurna.

Tuesday, March 29, 2011

Istiqamah

Consistant or dlm bahasa arab'istiqamah' ialah petua terbaik utk kita berjaya.Biar pon kadangkala kita tak sehebat orang lain namun, berterusan dlm membuat sesuatu perkara akn membawa seseorg itu ke puncak kejayaan. Diibaratkan, pejalan kaki yg berjalan berterusan berterusan akan sampai jua ke destinasi yg dituju berbanding dgn pelari pecut yg akn keletihan separuh jalan lalu berpatah balik, atau pon singgah dimana2 makan cendol atau mungkin tertidor seperti sang arnab.

Consistant berkait sgt rapat dgn kefahaman dan juga keazaman. Kerana kefahaman "mengapa perlu aku melakukan perkara ini" adalah asas dalam istiqamah. Ada orang yg sangat bersemangat pada mulanya utk melakukan sesuatu. "Israel, jahanam kau!! aku akan boikot kau habis-habisan!". Namun bila tiba-tiba cuaca panas, nampak air pepsi di kedai, dibeli juga setin. Dan lebih lagi kalau dia sendiri ajak kawan-kawan yang lain makan Mc Donald dan sepupu-sepapatnya, dengan alasan 'Aku lapar la, sedap gak boleh pekena burger McD ni'..

Tanpa kefahaman, kita tak akan mampu untuk beristiqamah. Dan apabila kefahaman telah dibentuk, ia perlu diadun dengan keazaman untuk melakukannya. Antara aktivis-aktivis dakwah tidak berterusan dalam amal adalah kerana tidak faham mengapa perlu ia beramal dan memang tak ada keinginan untuk terus b'korban. Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita perlu faham, kita buat semua ini untuk apa? Allah? nama? harta? kedudukan dan kemasyhuran?

Dan lagi satu...,Jgn hanya ikut-ikut, nanti tersangkut. Ada juga orang yg melakukan sesuatu hanya kerana 'member' pun buat. Orang macam ini memang tak ada pendirian namanya. Dan tanpa mengetahui dengan jelas matlamat ia melakukan sesuatu perkara membuatkan ia jadi tak konsisten. Lagi pula, jika ia hanya ikut2 kawan. Kawan beli camera, dia pun nak beli camera. Kawan beli iphone, dia pun nak sebijik iphone. Akhirnya, camera mahal-mahal tersimpan dalam almari kerana tak tahu guna...sob..sob..

"Itulah namanya Hangat-hangat tahi ayam"

Mungkin ayam itu tidak menyedarinya... Tapi kita manusia yg Allah berikan akal seharusnya lebih peka dengan semangat dan iman kita yang adakalanya pasang surut, naik turun.Ainul!! Kita perlu konsisten buat sesuatu, Jangan jadi ayam...