“Mamak!! Teh tarik satu”
“Akak saya nak order……..(blablabla…).”
“eh, xnk la yg td kak, saya nk order yg lain”
“eeee….x sedap la nasi nie….”
“saya order lain…nape dpt yg lain”
“kak, apa yg ada kt sini..apa yang special”
“abg! Mana makanan kita org..dah lama dah tggu nie..”
“ambik baliklah la makanan nie..ktorg x jadi makan kat sini…”
Familiar tak dengan ayat2 kt atas nie..Bagi yg slalu makan kt restoran, kedai makan, warung-warung atau gerai-gerai. inilah antara ayat yg sering kita utarakan kpda pelayan2 gerai sama ada sedar ataupun tak. Sebagai seorang customer, kitalah yg slalu merasakan kita betul..customer always right. Kita akan merasa x puas hati bila apa yg kita order x dpt @ lmbat dapat. Kita juga akan rasa menyampah bila org yg ambil order kita tu x mesra pelanggan, muka asyik mencuka 24 jam. Kalau bleh kita nk apa yang kita order sedap, cepat siap dan murah hargannya..betul tak?? Kita nak org yang melayan kita dengan penuh tatatertib dan sopan santun…
Tapi pernah tak kita terpikir apa perasaan seorang pelayan gerai, restoran dll , apa yg pelayan itu rasakan ketika mjalankan tugasnya. Bak kata pepatah “ Always put yourself in other’s shoes. If you feel it hurts, it will probably hurt the other person too” Cuba bayangkan kita berada di tempat org lain, sedikit sebanyak kita akan cuba fahami apa yang org lain rasakan. Pelayan2 ini adalah insan biasa yang lagi lemah di dunia ini. Kita semua x lari dari ujian yang Allah berikan.Mungkin kita x tahu ada di antara pelayan ini punyai kerumitan hidup mereka tersediri..Walau apapun, kita sebagai pelanggan seharusnya berasa bersyukur kerana masih ada lagi golongan pelayan gerai yg masih lagi melayan kerenah kita yang pelbagai.Walaupun pertolongan mereka nampak kecil dari pandangan mata kasar kita. Tapi x salah kan untuk kita mengucapkan terima kasih dan kedua-dua pihak akan merasa senang.
Dimana Kemuliaan Pekerjaan kita?
Begitulah keadaan yg kadang-kadang membelenggu kita. Kadang-kadang kita terlalu memandang hina pekerjaan yang dilakukan bukan disebabkan kerana apa-apa, tetapi hanya disebabkan gaji yang kecil.Tidak pernah dilihat bahawa gaji yang kecil itu lebih berkat jika disertai dengan syukur dan sabar disamping diteruskan usaha mencari ilmu. Setiap pekerjaan adalah mulia selagi ia adalah halal sisi agama. Laksanakanlah pekerjaan kita dengan penuh rasa tanggung jawab.
Pekerjaan yang disertai dengan niat menjauhkan dirinya dan keluarganya dari meminta-minta, jauh dari harta curi dan samun, dari segala yang diharamkan, maka ia sudah cukup memuliakan pekerjaan yang dilakukan. Kerana dengan gaji yang ada itulah, ianya memanfaatkan sebilangan ahli keluarga kita dari sikap meminta-minta. Dengan pekerjaan kita itu juga kita memberi manfaat pada mereka yang memerlukan tenaga kerja kita di bidang itu.
Kita hidup di zaman ilmu. Sesiapa yg tidak punyai ilmu, tidak akan dipandang oleh sesiapa pun. Dengan ilmu, kedunguan terangkat, kebodohan tertutup , pintu kejahilan tersekat, akal disuluh dengan cahaya, dan cahaya sentiasa menerangi tempat yang gelap. Maka dengan ilmu, seseorang akan bisa mengharungi perjalanan yg penuh dengan segala macam rencam ini dengan penuh bijaksana.
Maka, seseorang yg bekerja, sehina manapun dimata manusia, tetapi apabila dirinya sentiasa disulami dengan ilmu, maka kemuliaan akan sentiasa mengiringi dirinya. Bukankah ada ayat yang menyebut “sesungguhnya orang-orang yang takut dikalangan hamba Allah adalah dikalangan Ulama’” Maksud ulama di sini, adalah mereka yang mempunyai ilmu. Apabila sseorang mempunyai ilmu, maka ia semakin menghampirkan dirinya kepada Tuhan. semakin ia mempelajari sesuatu perkara, ia merasakan bahawa semakin cetek ilmunya yg ada. Perasaan merendah diri yg timbul hasil dari ilmu yang dipelajari inilah yg mgangkat martabat dirinya selaku hamba Allah.
Ilmu Allah itu luas, semakin mempelajarinya semakin dirasakan bahawa kekuasaan Tuhan dan kebijaksanaannya jauh lebih hebat dengan kecerdikan yang ada pada diri kita. Perasaan merasakan dirinya kerdil , tidak punya apa dan sangat tidak berkuasa akan timbul apabila ilmu yang dipelajari ini semakin dihayati. Semakin lama, semakin kecut hati pada Tuhan semakin merasa rendah diri pada Tuhan dan semakin kurang melakukan dosa. Apakah yang lebih mulia dari ilmu yang mendatangkan gerun dan rendah diri pada Tuhan?
Benarlah bahawa orang2 yg berilmu itu lebih dekat pada Allah dan lebih takut dan gentar pada kekuasaan dan azabNya.Semakin banyak ilmu padanya semakin merendah dirilah dia.
Sentiasa ingat dalam diri....Apabila kita diberi kelebihan harta, ingatlah bahawa Nabi Sulaiman tidak pernah derhaka pada Tuhannya disebabkan harta yang ada. Jika kita diberi kelebihan pangkat , ingatlah bahawa Nabi Muhammad diberi kelebihan pada menguruskan hal ehwal pemerintahan , tetapi keadilan tetap ditegakkan. Jika kita diberikan kemerduan suara, ingatlah Nabi Daud tidak pernah bongkak dengan suaranya yang merdu. Kecantikan wajah tidak pernah menjadikan Nabi Yusuf derhaka pada Tuhannya tetapi ia semakin mendekatkan Nabi Yusuf dengan Tuhannya. Kesulitan yang dihadapi tidak pernah menyebabkan Nabi Ayub berputus asa dari Rahmat Tuhannya. Inilah contoh-contoh manusia yang diberi kelebihan tetapi kelebihan yang dimiliki mereka tidak pernah menjauhkan mereka dari merasa rendah diri dan semakin pula mereka mendekatkan diri mereka pada Allah, Tuhan Semesta Alam.
Kesimpulannya, kemuliaan seseorang bergantung sepenuhnya pada besarnya manfaat pekerjaan kita kepada manusia seluruhnya. Carilah manfaat apakah dari pekerjaan kalian itu,moga-moga ianya membantu dalam meraikan manusia dan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah
Akhir kata..buat semua pelayan-pelayan restoran, gerai, warung dll yang pernah aku kunjungi, yang nelayan kerenah aku..terima kasih atas layanan anda selama ini (“,)