Pernah dengan quote ini? 'Sentiasalah redo walaupun sedikit'...Penahkah kita redho dengan apa yang ada dalam diri atau apa yang telah kita perolehi selama ini? Mungkin ada yang menjawab 'YA' ,ramai juga yg menjawab ''TIDAK
Kita mestilah redha dgn segala ketetapan dan juga ketentuan Allah ke atas kita. Sebgai hamba kita tidak berhak mempersoalkan pemberian Allah kepada kita. Kita mungkin memandang pemberian Allah sebagai buruk tetapi di sisi Allah itulah yg terbaik sebenarnya untuk kita. Tanpa kita mengetahuinya, kita menangis sedih dgn pemberian Allah yg berupa musibah pada kita. Kita sering menangis kerana sedih, sedih kerana kehilangan sesuatu paling berharga dalam hidup tanpa kita cuba mencari hikmah di sebalik musibah tersebut. Hikmah yang mungkin tidak nampak di mata, tetapi hikmah itu hanya muncul bila kita duduk bertafakur dan berfikir dengan waras, tenang dan mendalam berpandukan wahyu Allah.
Bercakap mengenai concept redha memang mudah. Tapi melaksanakan redha terutamanya setelah ditimpa musibah atau ujian yang berat sungguh2 pahit. Tetapi ketahuilah, yg pahit itulah ubat paling mujarab untuk memulih n menyedarkan kita hakikat penciptaan kita di dunia ini yang mempunyai tujuan. Manakala yg manis tak semestinya sedap n indah kerana makanan manis bila selalu dimakan akan menyebabkan kita sakit perut atau mendatangkan mudarat-mudarat lain seperti penyakit kencing manis.
Begitulah cara Allah mendidik hambanya. Tak semua yg manis diberikan dan tidak semua yang pahit dihulurkan. Manis dan pahit diberi Allah bersilih ganti kepada hambanya supaya hambanya tahu bersabar dan bersyukur atas nikmat yang diberikan. Jika kita fikirkan secara mendalam melalui mata hati, tidak ada satu pun pemberian Allah yg tidak baik, semuanya baik belaka. Tinggal lagi akal manusia tak dapat mempertimbangkan berasaskan timabangan Islam. Sbb itu konsep redha cukup ditekankan dlm Islam yg berkait rapat dgn rukun iman iaitu beriman dengan Qadha dan Qadar. Jika kita redha dengan Allah maka Allah akan redha dengan kita.
Sukarnya merealisasikan takrifan t'sebut tetapi sekiranya kita boleh merasa gembira, mampu senyum dgn musibah atau ujian yang menimpa kita maka itu tandanya kita sudah menggapai redha. Biarpun di luar sana masyarakat sekeliling memandang sedih dgn penderitaan yg kita tanggung namun jika hati kita masih berlapang dada menerima seadanya sebagai takdir Allah yang perlu ditadbir dengan sebaik-baiknya, maka itulah redha.
Moga kita semua mampu menggapainya, walaupun terasa sukar untuk mengamalkannya. Bermohonlah supaya diberikan bantuan dan kekuatan untuk mencapai tahap redha dalam hidup kita terutamanya bila ditimpa musibah dan ujian yang berat dalam hidup kita.
sgguh indah kalau memiliki hati yg redha dan yakin akn ketentuan allah..
ReplyDeletenice post =)
thanks bro =)
ReplyDeleteamacm jalan2 cuti?? semoga bermanfaat hndknya~
jalan2 ok je..cume keletihan sedikit..
ReplyDelete