Dahulu dan juga sekarang, aku bebas bergerak ke sana ke mari. Tiada siapa mempersoalkannya kerana kepercayaan keluarga yang amat tinggi pada diriku. Namun ada kalanya hati kecil aku sendiri yg bertanya ke mana hala tuju hidup aku sebenarnya. Terasa kosong.
Dahulu, untuk mengisi jiwa yg kosong aku suka keluar “outing” selepas habis kuliah. Boleh dikatakan tiap2 hari aku akan duduk lepak di seksyen 2 (pekena ABC + keow teow kungfu), kompleks PKNS, menjamu mata, Sup Ani Utara di plaza alam sentral sambil menikmati sup daging panas + telur masin dan limau suam bersama geng2dan dormmate yg sempoi. Semuanya kerana ingin mengisi masa santai supaya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan lagi bermakna. Study??? boleh dikira berapa jam aku peruntukkan masa untuk study...
Ada kalanya aku temani teman-teman untuk ‘window shopping’ di pusat beli belah seperti Plaza Alam Sentral, SACC Mall, Mid Valley. Sungguh indah saat itu bila dikenang-kenang kembali. Aku benar-benar bebas menikmati hidup sebagai orang muda. Ketika itu umurku dalam lingkungan 21 hingga 23 tahun.
Adakalanya aku hilang tujuan. Tidak tahu hendak ke mana. Semua tempat telah diterokai. Semuanya terasa membosankan. Hidup terasa sungguh “dull and somber“. Tawar dan tiada perisa. Apakah yang menyebabkan tawar? Kenapa jiwa terasa kosong? Kenapa hidup terasa tidak bermaya? Aku tercari-cari lagi…Ketika bersama teman-teman rapat melakukan aktiviti bersama, gembira dan ceria sahaja. Namun kegembiraan dan kegirangan ini tidak kekal lama dan jiwa kembali kosong. Entah mengapa…..
Akhirnya, aku mendapat jawapannya. Jiwa kosong kerana tiada pengisian. Pengisian dgan ilmu mengenal Allah. timbul juga rasa penyesalan yg amat sangat kerana membuang masa begitu lama.
Mengenang kembali zaman jahiliah yang pernah dilalui, terasa amat sedih dengan akhlak /adab ketika itu. Amal ibadah sambil lewa manakala halal dan haram kurang dititikberatkan. Bukan aku tak tahu semua ini, bukan tidak pernah belajar, bukan tidak pernah diberi peringatan.alasan aku, lupa dan EGO...nasihat dan ajakan kawan2 yang terdiri dari budak2 surau tidak aku endahkan..Cuma pd bulan ramadhan mujurlah diberi dorongan untuk mengerjakan amalan yang tidak seberapa....
Tidak dapat dibayangkan jika aku dijemput menghadapNya ketika waktu penuh kelalaian itu. Mengenangkan apa akan aku hadapi ketika di barzakh menjadikan aku bimbang juga.
Bersediakah aku dengan skema jawapan untuk menghadap mungkar dan nakir?
Di mana pula peguambela-peguambela aku seperti solat, puasa, zakat, haji, Al-Quran yang dijangka akan membantu dalam menghadapi soal jawab itu kelak?
Bersediakah mereka untuk membelaku? Cukupkah kelengkapan yang telahaku sediakan untuk mereka? Mantapkah hujah mereka nanti ? Akan datangkah mereka membela aku atau mereka akan meninggalkanku kerana aku tidak pernah mempedulikan mereka ketika di dunia? Alangkah ruginya….
Agaknya jika kerugian aku ini boleh ditaksirkan seperti di dunia, mungkin aku adalah seorang yang muflis. Muflis dengan amalan kosong menghadap Tuhan. Solat pun dalam keadaan lalai malah terkadang terlepas waktu sebab sibuk dengan kerja yang tidak berfaedah….tido sampai lemah otak...keluar sampai melupakan masa....Puasa sekadar lapar dan dahaga sahaja. Al-Quran… jarang-jarang diselak apatah lagi berusaha untuk memahami maksudnya. Zakat… tidak pernah diendahkan. Bersedekah?? ...Wang banyak dihabiskan untuk aktiviti libur dan menghibur hati... Sungguh, aku berada di dalam zon leka dan lalai.
Aku tersedar macam baru bangun dari mimpi yang panjang. Kuliah magrib td, Surah As-Sajadah ayat no. 12 bermaksud:
” Kalau sekiranya engkau lihat, ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala kepada Tuhan mereka seraya berkata : Wahai Tuhan kami! Kami telah melihat dan telah mendengar (seruan Rasul), maka sebab itu kembalikanlah kami ke dunia supaya kami kerjakan amalan soleh, sesungguhnya kami sekarang sudah yakin.
Ketika di dunia mereka telah diberi peringatan tentang hari pertemuan mereka dengan Allah yakni hari akhirat. Malah telah sampai para rasul untuk memberi peringatan kepada mereka dan mengajak mereka ke jalan Allah namun tidak diendahkan, sehinggalah mereka menemui Allah dalam keadaan tidak bersedia. Mereka meminta supaya dikembalikan ke dunia supaya dapat melakukan amal soleh namun segalanya sudah terlambat buat mereka. Keyakinan mereka di saat mereka dibawa menghadap Allah sudah tiada gunanya kerana pintu taubat telah pun tertutup buat selama-lamanya.
Ayat ini telah membuat aku mengelamun jauh mengingati saat-saat lalaiku...Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana menyedarkan aku sekali lagi pada waktu ini. masih belum terlewat.
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami, setelah engkau memberi hidayahmu”
Mudah-mudahan aku akan bertambah elok kelak. Risau juga kerana acapkali aku terleka semula disebabkan hal remeh temeh..Aku kena lebih Istiqamah dalam melakukan sesuatu tak kira dalam apa jua keadaan. Jgn biarkan diri dijadikan bahan kataan...Jadikan Allah sebagai penguat hidup, bukan yang lain!...
p/s: CNY yang melemaskan....harap maklum dah pukul 12am skrg..sila hormati jiran tetangga!
No comments:
Post a Comment