Assalamualaikum...
Entry kedua pada hari ini. Harini terasa semacam hari cuti, kerana kakakku tidak bekerja sebab cuti wilayah. So, terasalah macam hari sabtu.
Pukul 9am, mak aku ke sekolah adik untuk men'setel'kan perkara berkenaan pertindihan pendaftaran sekolah. Datang dengan cara baik tapi sungguh kurang sopan guru besar sekolah itu. Geram sunggoh melihat perangainya. Menggunakan kuasa yang ada dengan cara yang salah. Akan aku adukan kepada tata tertib nanti. Kadangkala, aku merasan kasihan pada guru guru pada hari ini. Beban kerja yang dipikul sangat berat, masa juga agak panjang. Tidak macam guru sewaktu aku bersekolah, murid balik guru juga balik..itu kira ok la juga..di sekolah agama..murid dah masuk kelas, guru masih tak muncul muncul...itu di zamanku, zaman sekarang sudah banyak berubah. Cuma yang mengecewakan aku disini adalah cara/adab guru dengan ibu bapa dan murid murid. Kalau kena buku dengan ruas tidak mengapa, tetapi jika tidak amatlah menyedihkan bagi pihak yang tertindas.
Aku sempat berbual dengan temanku yang juga seorang guru tentang hal adik aku ini. Dia sangat positif, bukan seperti guru besar yang bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Semua general order dimalaysia ini, manusia yang menggubalnya.Ia digubal mengikut permintaan dan boleh juga diubah mengikut permintaan dan keperluan semasa. Inilah yang pihak golongan bawahan tidak tahu...permata contohnya didaftarkan dibawah jabatan perdana menteri...tapi untuk apa??? apa keperluannya??? semua sebab kroni. Apalah salahnya masalah golongan bawahan khususnya orang melayu didengari. Kita sama bangsa dan agama, mengapa perlu dimusuhi sesama sendiri. Jika mazmumah dalam diri masih tegar, bagaimanalah sifat mahmudah mahu diterapkan.
Sempat pula kawanku bercerita tentang rezeki setiap insan dimuka bumi ini. Dikaitkan dengan cerita kesah pasal semut dengan nabi sulaiman A.S..Walaupun aku rasa tak berapa berkait tetapi ada pengajarannya yang dapat dikongsikan bersama.
Nabi bertanye,"hai semut..brapa byk gandum kamu makan dlm setahun?.."
Semut tu kate,"sebutir shj utk setahun.."
Nabi sulaiman A.S pon meletak semut tu bersama sebutir gandum didlm sebuah botol
Nabi sulaiman A.S pon meletak semut tu bersama sebutir gandum didlm sebuah botol
Selepas setahun,nabi dtg balik kat semut tu..
Nabi melihat,semut tu makan setengah je gandum..
Nabi pon tanye kat semut tu,"kenapa makan setengah je?bukan ke kamu makan sebutir utk setahun?"
Semut pon jawab,"dulu (sebelom masuk botol) tawakkal aku pada Allah..maka,aku tak takut untuk makan byk2 kerana aku yakin Allah akan sentiase ingat kat aku dan akan supply aku dgn rezekinye yg berterusan..tp skarang (ble dok dalam botol) tawakkal aku pada engkau..aku takut kau lupekan aku jd aku makan sket2 supaya ade simpanan utk tahun depan.."
mereka makan dengan lahapnya kerana percaya rezeki itu milik ALLAH
Allah ternyata Maha Berkuasa dan Maha Kaya. Setiap rezeki yang diberikan adalah tanda kekuasaanNya.
Allah ternyata Maha Berkuasa dan Maha Kaya. Setiap rezeki yang diberikan adalah tanda kekuasaanNya.
No comments:
Post a Comment