I am so very glad that I am a Muslim.Islam is my life. Islam is the beat of my heart.Islam is the blood that courses through my veins. Islam is my strength. Islam made my life so wonderful and beautiful. Without Islam I am nothing and should Allah ever turn His magnificent face from me, I could not survive”.
Perhatikan pula petikan ini:
Aminah assilmi was a renowned female scholar of Islam she traveled around the United States to give lectures , her personal story has admired hundreds of individuals ,she was also President of International Union of Muslim Women , the organization that has many achievements under its belt.
Berikut adalah perkara menarik ttg beliau:
1. Lahir sebgai seorang Kristian;
2. Berkahwin dan mempunyai anak;
3. Memeluk Islam semasa di universiti;
4. Diceraikan suami kerana Islam;
5. Hak penjagaan 2 orang anaknya diberi oleh mahkamah kepada suaminya;
6. Ayahnya pernah m'ugut bunuh, jika tidak kembali ke agama asal
7. Diberhentikan kerja oleh majikan kerana pakaian hijab yang beliau pakai;
8. Hilang begitu banyak rakan dan sahabat kerana Islam;
9. Islam tidak menghalang beliau untuk meneruskan hubungan silaturrahim dengan keluarga beliau walaupun dibenci dan dicemuh ahli keluarga sendiri. Buktinya, setiap tahun beliau akan menghantar kad-kad ucapan mengikut hari-hari tertentu. Di dalam Kad-kad itu ditulisnya petikan dari hadith dan Al-Quran tanpa menyebut sumber petikan tersebut.
Yang paling menarik berkat ketabahan dan kesabaran beliau:
1. Usaha dakwah tanpa kenal putus asa tlh membuka hati neneknya utk memeluk Islam di usia 100 tahun.
2. Ayahnya yg pernah mengugut utk membunuh Aminah,memeluk Islam selepas neneknya.A
3. Beberapa minggu selepas keislaman ayahnya,ibu kandung Aminah menyatakan hasrat untk memeluk Islam.Ibu beliau memintanya supaya merahsiakan keislamannya daripada pengetahuan ayah Aminah tanpa mengetahui bahawa suaminya sendiri telah memeluk Islam lebih awal dari beliau.
4. Adik perempuan aminah yang pernah mengugut untuk menghantar Aminah ke rumah sakit mental juga memeluk Islam selepas itu;
5. Anak lelaki amiinah sebaik sahaja mencapai umur 21 tahun menghubungi Aminah dan menyatakan bahawa dia ingin mengikuti jejak langkah ibunya yang memilih Islam sebagai cara hidup;
6. 16 tahun selps perceraiannya,bekas suami memeluk Islam. Bekas suaminya menyatakan bahawa pemerhatiannya sepanjang 16 tahun ke atas bekas isterinya telah melembutkan hatinya untuk memeluk Islam. Malahan dia juga mahukan anak perempuan mereka memeluk Islam;
7. Anugerah paling besar untuk Aminah ialah apabila beliau berkahwin lg dgn seorang lelaki Muslim. Walaupun doktor menyatakan bahawa Aminah tidak lagi boleh mengandung, Allah m'anugerahkan Aminah dengan seorang anak lelaki yang comel. Kata Aminah “ If Allah makes a gift to someone, who can prevent Him? It was truly wonderful blessing from Allah, and so she named him ” Barakah”.
Usaha gigih Aminah tanpa kenal putus asa menarik ramai rakyat Amerika memeluk islam. ceramah beliau sentiasa diminati. Akhlaknya benar-benar mengikut akhlak Islam berjaya mencairkan hati seluruh ahli keluarganya yang terdekat untuk memeluk Islam. Sikapnya yg tak pernah kenal putus mbuatkan ramai yg tertarik dengan perubahan pada dirinya. Benarlah, Islam datang untuk memperbetulkan akhlak dan kelembutan dan hikmah dalam diri.
Tanpa sempat mengenalinya, beliau telah dijempot Allah pd mac 2010 dalam kemalangan jalanraya di Newport, TN pada 5 Mac 2010 dlm perjalanan pulang sebaik shj selesai menyampaikan ceramah di New York pd usia 65 tahun. Aminah Assilmi pulang ke pangkuan Allah dalam keadaan ketika selesai mengajak manusia kembali ke jalan Allah...Janji Allah dengannya..bagaimana pula dgn janji kita???
Disaat ini, aku berharap Allah akan buka pintu hati Mr david dan keluarganya. Mr David adalah jiran aku sewaktu di Lembah Beringin, mengajar di Kolej UEM, dan sudah berada di Malaysia lebih 10 tahun.Sudah berkahwin dgn wanita Cina dari melaka dan mempunyai 2 org anak lelaki, Eric dan Christopher. Keluarga aku dan keluarga Mr David sgt rapat,mereka kerap kerumahku. Moga mereka sekeluarga diberikan nikmat iman dan islam dalam diri...amin