Monday, February 14, 2011

pErBaNdINGAN Diri~

Pernah tak semua bandingkan diri dgn org sekeliling????Contohnya dia kerja baguslah, kenapalah aku tak dapat keja macam tu..dia tu kayalah, tiap2 tahun round the globe...

Aku pun suka membanding-bandingkan diri dgan orang lain..tapi bila kerap kali buat perbandingan dan perbandingan tak kesampaian, mulalah mengeluh dan merasa sedih bila gagal mengikuti jejak langkah mereka. Pernah juga aku bertanya kepada diri kenapa tidak boleh jadi seperti mereka. Timbul perasaan sedih mengenang nasib diri yang tidak dapat menandingi mereka sehingga ada kalanya timbul rasa tidak puas hati.

Aku kadang2 suka membayangkan aku jadi pengacara tak pon host jemputan . Alangkah indahnya kalau aku dapat jadi se’glamour’ dan sepopular mereka. Pergi ke sana sini disambut peminat. Aku yakin dan pasti bahawa bukan aku seorang sahaja yg pernah berperasaan seperti itu kerana lumrah manusia suka melihat kejayaan manusia berasaskan faktor kekayaan dan  harta benda yang dimiliki. betul tak?

Memang tabiat manusia suka membandingkan diri dengan org di sekeliling. Hatta ibu bapa sendiri pun suka membandingkan pencapaian anak dengan anak yang lain....

Tetapi pernahkah kita membandingkan diri kita dengan orang-orang soleh yang telah mendahului kita.

Pernahkah kita membandingkan diri kita dengan kehidupan Rasulullah saw , khalifah  dan para sahabat yang serba kekurangan tetapi dalam masa yang sama berjaya mencipta sejarah yang hebat ?
Pernahkah kita cuba mencontohi mereka?
Pernahkah kita berusaha untuk menjejaki hidup mereka?
Pernahkah kita menjadikan mereka sebagai idola hidup kita?
Pernahkah kita meletakkan sasaran hidup kita mahu berjaya seperti mereka?
Pernahkah kita merasa mahu merebut dunia yang sedikit dengan seadanya dan meraih ganjaran akhirat yang lebih bermakna?
Pernahkah kita merasa terkilan atau kecewa kerana tidak dapat menjejaki dan mencontohi mereka?
Pernahkah semua ini terlintas di fikiran kita?

Mungkin ada yg kata, mane mungkin membandingkan diri dgan insan-insan soleh yg telah mendahului kita kerana contoh ketara kehidupan mereka tiada di hadapan mata. Aku pon selalu berfikir sedemikian. Kita tak pernah melihat bagaimana rumah Rasulullah saw di Madinah yang serba kurang dan seadanya.Kita tak pernah merasai dan memahami perasaan lapar baginda yg tidak pernah rasa kenyang 3 hari berturut-turut sepanjang kehidupannya.Kita juga tak pernah memahami perjuangan para sahabat yang menemui syahid di medan Uhud. Kita juga tak pernah merasa bgaimana sengsara Bilal bin Rabbah bila batu besar dilhempapkan dibadannya dan dijemur di tengah panas. Kita juga tak pernah melihat besar manakah istana Sayyidina Umar Al-Khattab kerana tiada kesan-kesan sejarah yang boleh dibangga-banggakan.

Jadi mana munkin kita boleh membandingkan diri kita dengan mereka tanpa meyusuri sejarah kehidupan dan perjuangan mereka. Hanya dengan membaca sejarah dan sirah kita akan dapat menghayati dan memahami kehidupan dan penceritaan mereka. Bacalah sejarah Rasulullah saw, bacalah kisah-kisah kehidupan para sahabat dan kisah-kisah para salafussoleh yang telah mendahului kita. Kita dituntut untuk belajar daripada orang-orang yang telah mendahului kita.

Hassan Al- Basri menulis, Ketika  rumah baginda Rasulullah saw hendak dirobohkan bagi tujuan pembesaran dan perluasan Masjid Nabawi “Ketika aku masuk ke rumah baginda aku mengangkat tangan aku dan aku dapati  tanganku mencecah ke bahagian bumbung rumah. Alangkah bagusnya kalau rumah ini dapat dikekalkan supaya generasi akan datang dapat mengambil pengajaran dan mencontohi kehidupan baginda. Pada hari itu, aku melihat dan mendengar tangisan penduduk Madinah yang begitu kuat sekali sehingga hampir kedengaran di seluruh Madinah ekoran sedih dan sayangnya mereka kepada Rasulullah saw”. Begitulah zuhudnya kehidupan Rasulullah saw. Lagi semasa Allah menawarkan makkah sebgai kawasan emas untuk memudahkan dakwah baginda apa ksabda Rasulullah;
''Ya Allah aku memilih kenyang sehari dan lapar sehari. Apabila aku lapar, aku akan memohon kepadaMu dengan rendah hati dan apabila aku kekenyangan, aku bersyukur dan memujiMu.

CUBALAH!!!!
Bandingkan kehidupan baginda dgn kehidupan kita.
Bandingkan kekurangan Baginda dgn kelebihan yg ada pada kita.
Kekurangan inilah yg menjadikan mereka hebat di sisi Allah dan di mata manusia.
Hebat kerana mereka memilih untuk hidup dengan sederhana, idak melampau-lampau,zuhud, tidak mengejar pangkat dan harta malah menolaknya kerana tidak mahu harta itu menduduki hati mereka.
Hebatnya mereka berbanding kita !

Contoh semasa pula, kisah hidup As syahid Syeikh Ahmad Yassin,  mati dibedil peluru berpandu tentera Israel. Beliau hidup serba kekurangan, hanya tinggal di sebuah flat kecil. Beliau pernah ditawarkan untuk tinggal di sebuah rumah yang selesa atas kapasitinya sebagai pemimpin HAMAS beliau menolak dan berkata; “Aku ingin menduduki rumah yang lebih besar di syurga kelak.”
Begitu juga Ismail haniyeh, Prdana menteri Palestin. Beliau habiskn masa kecil di kem pelarian yang tentunya jauh bezanya dengan kehidupan kita semasa kecil. Bagaimana lah perasaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh beliau sejak kecil yang hidup dengan di kelilingi dawai berduri. Tapi Syeikh Ahmad Yassin dan Ismail Haniyeh muncul sebagai tokoh yg dikagumi dan disegani ramai khususnya dunia Islam. Mereka hebat kerana menjadikan akhirat sebagai sasaran terakhir hidup mereka. 
Justeru, mari bandingkan hidup kita dengan mereka semua. Siapalah kita berbanding mereka.
Berusahalah untuk sedih kerana tak mampu menjadi seperti mereka.
Berusahalah untuk sedih kerana iman kita lemah berbanding mereka.
Berusahalah  untuk sedih kerana jauhnya kita dari mereka.
Bandingkan kesusahan mereka dengan kesenangan kita.
Bandingkan amalan kita dengan amalan mereka.
Bandingkan kualiti solat kita dengan solat mereka.
Berapa kali pula kita bangun bertahajud di tengah malam yang sunyi berbanding mereka.
Bandingkan dan bersedihlah jika kita tidak dapat mengatasi mereka dalam hal-hal ukhrawi yang kekal abadi.
Mudah-mudahan dengan perasaan sedih dan rendah diri itu akan membantu kita memperbetulkan dunia kita yang semakin hari semakin tersasar.
Kecilkan pandangan kamu pada dunia, besarkan pandangan kamu kepada akhirat. Nescaya kamu sedang menghampiri mereka.

No comments:

Post a Comment