Friday, February 18, 2011

Zakat

Sedari dilahirkan sehinggalah tiba saat kematian semua telah ditetapkan oleh Pencipta...Janji Allah itu pasti. Semua itu bergantung pada kita sebagai hamba untuk mencorakkannya. Contohnya, lahirnya seorang manusia, Allah sudah siapkan rezekinya sepanjang penghidupannya, cuma cara kita mencari rezeki itu dari sumber halal ataupon haram. 

Aku terfikir, mengapa pengemis masih bertebaran di jalanan dan masjid, sedangkan kutipan zakat saban tahun mencecah nilai jutaan ringgit? Jumlah kutipan yang dilaporkan setiap tahun sepatutnya tidak akan memungkinkan jumlah pengemis2 khususnya orang islam sendiri..Sewaktu pulang mengambil adik aku sekolah harini, aku bersembang dengan seorang yg bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ditangannya sekeping kertas tertulis senarai penerima bantuan JKM tahun ini. Dalam senarai itu, cuma 30 orang sahaja berbangsa melayu, selebihnya kaum cina dan india...

Aku bertanya padanya, 'sikitnya org melayu dpt bantuan JKM kak, padahal ramai yang miskin'...
Dia menjawb 'org melayu rata2 dapat zakat'...
Aku jawab balik kat dia 'india ngan cina pon ada tokong yang bagi' ....
Dia menjawab 'duit zakat kurang la tu'...Akak tu pon senyap~

Ok..berbalik kepada soal zakat...Mereka kata ramai yang dapat bantuan dari pusat zakat tetapi mengapa kadar kemiskinan semakin meningkat? Aku cuba mencari2 puncanya..Antara punca yang aku terfikir adalah:

*Masih bnyk lagi org yg tidak membayar zakat
*Prosedur nak dptkn duit zakat leceh. Tu org miskin tak apply. Kebanyakan org miskin pula tidak belajar    tinggi, so susah nak lengkapkan borang zakat. Pengalaman aku sendiri waktu nak mintak zakat utk sapa yg  dapat masuk U buat pertama kali..memeng tak mesra pelanggan borangnya, akhirnya aku tak hantar pon   borang tu..aku bakul sampahkan ja hantar kat kitar semula
*Duit zakat disonglap.

*Analisaku terakhir: Pengemis mmg ramai skang...sbbnye yang kaya pon still ramai nk mengemis..belum campur lagi duit dia amik dari hak original pengemis.

“Wahai orang-orang yang beriman!Keluarkanlah sebahagian hasil usaha yang kamu perolehi dan sebahagian hasil bumi yang kami keluarkan untuk kamu[sebagai zakat]. (Al-Baqarah)
 
Ayat ini menerangkan bahawa Janganlah ada di antara kita yg pandang ringan kewajipan menunaikan rukun islam ke 3 ini kerna akibatnya sangatlah buruk. Khalifah pertama, Sayyidina Abu Bakr sendiri mengambil keputusan untuk memerangi orang-orang yang mengingkari perintah mengeluarkan zakat ini. Agaknya, kalaulah Saiyidina Abu Bakr ini ditakdirkan hidup semula di zaman kita, tentulah ramai di antara kita yang akan diperanginya. 

Aku nak focuskan kat sini adalah 'zakat pendapatan' kerana majoriti org islam didunia bekerja makan gaji. Tetapi ada sesetengah yg tidak menjalankan kewajipan ini. Saat ini, banyak kaedah pembayaran boleh dibuat secara potongan gaji dan juga bayaran secara bulanan. Dengan keadaan yang sibuk menguruskan perniagaan ratusan ringgit, urusan yg bertimbun2 sampai ada yg terleka dan terlupa utk membayar kan? Malahan kemudahan pembayaran melalui perbankan internet juga telah diperkenalkan secara meluas.  Justeru, tiada lagi alasan atau ‘excuse’ tidak sempat untuk ke pejabat PPZ atau x jumpa amil... 

“Ada pun orang yang memberikan apa yang ada padanya pada jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan mberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan. Sebaliknya akan mendapat kesusahan dan kesengsaraan [Al-Lail]

Zakat banyak khasiatnya...ia dapat menyuburkan harta kita, ketenangan kepada jiwa, mententeramkan malahan menyuburkan jiwa yang gersang dengan sinar keimanan. Oleh itu, marilah kita berzakat..bagi yg belum cukup haul dan nisab lagi, bayar zakat fitrah ya~ Didoakan mudah-mudahan kesungguhan kita semua untuk perjuangan ke jalan Allah akan tercapai dan diberi pahala yang berlipat kali ganda.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...memang xdinafikan kutipan zakat terkumpul berjuta ringgit...namun tidak diberikan kepada yg berhak kalau ada pun segelintir sahaja..adalah lebih baik disaat ini kita membayar/mengeluarkan zakat terus kepada yg berhak bukan menerusi PPZ atau seumpamanya..kalaulah PPZ dan negara menjalankan tanggungjawab mengikut zaman sahabat atau zaman Rasulullah PASTI tiada insan yg meminta2 dan tiada seorang pun yang berkehendakkan wang zakat.

    ReplyDelete