Kita sering b'tanya pada diri atau kita acapkali m'dengarnya dan mengeluh, “Mengapa jiwa aku ini terasa kosong”? Manusia mahu pun haiwan, jikalau kehausan, maka apa ubatnya? of coz jawapan yg akan diberikan, “Minum airlah..”. Tetapi, jika yg sedang kehausan itu adalah JIWA. Maka apa ubatnya? Soalan ini aku tanyakan kepada diri sendiri dan beberapa orang sahabat. Jawapan yang aku inginkan, tetapi keadaan jadi terbalik.
Aku, secara terus-terang pernah merasainya. Bukan sekali, malah lebih dari sekali. Semuanya berpunca dari kelalaian diri sendiri. Manusia, cepat sangat lupa dan alpa. Sudah terasa jiwa meronta ingin diisi, namun jasad x berbuat apa2 untuk memenuhi permintaan jiwa itu. K'banyakan di antara kita, memang begitu. Sudah tahu jiwa sedang sakit, tetapi tidak bergerak untuk mencari penawarnya. Apabila sudah melarat, terluka, berdarah, bernanah.. Baru nak mencari ubatnya. Alhamdulillah, better late than never.
Kita dikurniakan harta yang banyak,rezeki melimpah ruah,pangkat yang besar,gaji yang banyak,perniagaan yang maju tetapi kita masih lagi merasa kekosongan jiwa. Pernahkah kita bertanya pada diri kita sendiri,mengapa ianya kosong?atau pernahkah kita bertanya pada Allah apakah sebabnya musababnya?
Kata jiwa ini…
“Ya… memang aku kosong kerana kamu tidak pernah memberi aku makan dengan ayat-ayat Allah,kamu lupa memberi sedekah kepada yang memerlukan,kamu tidak pernah berbicara dengan Allah,kamu tidak pernah menyanyikan lagu kegemaran ku,sedangkan itulah makanan ku,kamu hanya sekadar melihat makanan ku tanpa memberi walau sedikit pun,aku kini kurus dan tidak bermaya,kamu hanya mengisi perut mu dengan duniawi,sedangkan ia bukan makanan ku.”
“Tahukah kamu wahai diriku sudah berapa lama kamu hidup senang lenang,kamu lupa akan aku,kamu leka dengan urusan duniawi,kamu leka dengan urusan yang merugikan dengan alasan apabila kamu tua nanti akan kamu isi ku sampai aku muntah!“
Kata diri ini…
“Dunia ini masih panjang lagi,aku belum puas hidup senang,aku belum puas menikmati duniawi,nanti aku taubat, aku berjanji akan memberi kamu makanan kegemaran mu,bersabarlah jiwa yang kosong,aku tiada masa untuk memberi mu makan lagi”
Inilah rintihan dalaman jiwa yg kosong,tanpa kita sedar sebenarnya jawapan itu ada dalam diri kita. Kita dibutakan oleh Allah sehingga x nampak, dan kita masih tidak menginsafinya, tiada sedikit pun perasaan itu…walaupun secebis. Buat diri ini dan sahabat yg sering berada dalam kekosongan jiwa, berilah jiwa kamu makan dengan ayat-ayat Allah, nescaya jiwa yang kosong itu akan penuh,sihat,ceria sepanjang hari tanpa ada lagi keluhan.
Jiwa Yang Sedang Koma
Jiwa itu, apabila sudah lama dibiarkan dengan penyakit ‘lupakan ALLAH’ dan tidak diisi dgn zikrullah, maka jiwa itu ibarat sekujur tubuh yang sedang terbaring kerana mengalami koma. Yang sedar akan sekelilingnya, yang sedar akan keadaan dirinya, namun tidak boleh berbuat apa-apa. Hanya boleh merasai dan mendengar. Tetapi jiwa sangat merana.
Kenapa boleh berlaku seperti itu? EGO. Ego seorang hamba yang membiarkan jiwanya sedang sakit tetapi tidak dipedulikan. Dia terpedaya dengan dirinya sendiri bahawa dirinya sangat kuat dan tidak memerlukan siapa-siapa mahupun ubat. Dia menyangka dirinya kuat dan penyakit hati itu akan pulih dgn membiarkannya begitu sahaja. Sayang sekali, tertipu oleh diri sendiri.
Jiwa itu telah parah.
Senang sekali manusia yg tidak berpegang teguh pada iman berpaling seketika dari jalan ALLAH apabila menghadapi dugaan. Dugaan yg datang ditafsirkan sebagai tanda ALLAh tidak menyayanginya. Lalu ALLAH ‘cubit’ sedikit hatinya agar manusia berfikir. Tetapi tidak, manusia seringkali berputus asa. Kerana apa? Hubungan dengan-Nya dan keyakinan kepada-Nya sudah diganggu gugat oleh syaitan melalui perantaraan nafsu.
Manusia itu berfikir dengan akal sendiri, tidak sedikitpun memandang Al-Quran dan Hadis pada waktu itu. Meminggirkan diri. Menganggap bahawasanya ALLAH sudah tidak memandangnya. Putus-asa menyelubungi diri, lalu memencilkan diri sendiri dan menganggap bahawa dia tiada dalam penglihatan Tuhannya.
Dengan kecintaan ALLAH pada hamba-NYa, DIA menanti dan terus menanti manusia itu datang kepada-Nya. Tetapi ALLAH sedikitpun tidak kerugian jika manusia itu tidak memerlukan ALLAH. Malah, ALLAH lebih tidak memerlukan manusia. Alangkah ruginya manusia jika terus dengan sifat egonya dan membiarkan jiwa yang sedang koma terus-terusan menjadi koma.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? – Ar Rahman : 16
Ubatilah Jiwamu Itu
Apakah menjadi satu kerugian ataupun keaiban kepada seseorang untuk merangkak kembali menagih kasih-sayang ALLAh bagi mengubati jiwa yang telah sekian lama koma? Pada aku tidak. Malah aku hormati orang yang sebegini. ALLAH sentiasa melihatnya dan ‘menghulurkan tangan-Nya’ menyambut kedatangan seorang hamba yang ingin bertaubat.
“ALLAh akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka.” – Muhammad : 5-6
Tidak kurang juga manusia yang ingin melepaskan jiwanya, tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana dan malunya sangat-sangat menyelubungi diri. Bertanyalah. Kerana jika sentiasa diam, tiada sesiapa yang rugi melainkan diri sendiri. Doa, semoga ALLAH mengizinkan jiwa yang koma itu adalah pertama dan terakhir kalinya. Kerana berada dalam keadaan jiwa yang koma amat menyeksakan. Pelbagai gambaran dan gangguan yang didatangkan oleh ALLAh untuk ‘mencubit’ jiwa yang sebegini. Untuk apa? Kerana ALLAH masih sayangkan jiwa dan empunya jasad. DIA terus-menerus memberi peluang..
Jika benar-benar ingin membuat anjakan paradigma untuk diri sendiri. Dengan izin ALLAH, DIA datangkan atau pertemukan dirimu dengan seseorang yang kamu boleh bertanya padanya. Dan ingatlah, ALLAH sangat mengasihi orang-orang yang sentiasa merangkak sehingga berdiri kerana mengharapkan redha dan kasih-sayangNya.
Ubatilah jiwamu yang koma itu.. Kerana dengan jiwa yang koma, tidak akan membawa kepada syurga ALLAH. Taraf kita hanya sebagai hamba. Iya, hamba ialah hamba. Jangan sesekali mencuba untuk menjadikan jiwa sebagai TUHAN kepada Tuan Punya Dunia~
No offense :)