Friday, January 21, 2011

Salam pagi Jumaat

Di sudut bilik, di keheningan awal pagi Jumaat yang damai. aku terfikir…
 
Ada satu sudut, negara itu rakyatnya makan berlebihan, sehinggakan pil pelangsing dicipta.
Tapi, ada satu sudut, negara itu rakyatnya mengais rumput kerana kelaparan tak ada makanan.

Ada satu sudut, orang itu kaya dengan rasuah, politiknya kotor.
Tapi, ada satu sudut orang itu, kurangkan gulanya daripada teh, tidak mampu, barang mahal.
Ada satu sudut, negara itu aman, rakyatnya makmur
Tapi, ada satu sudut negaranya kucar-kacir, rakyatnya saling berbunuhan.

Ada satu sudut, orang itu sangat ingin belajar agama, ingin menegakkan agamanya, kalau ada peluang mesti dugunakan sebaiknya.
Tapi, ada satu sudut, orang ber’agama’ ini tidak tahu apa yang dia belajar, dan tidak tahu b'gaimana nak tegakkan Islam.

Ada satu sudut, orang itu benar-benar ingin mencari agama yang benar, tapi masih tidak jumpa.
Tapi, ada satu sudut, orang itu sudah pun masuki agama yang benar, tapi masih tak tahu apa itu agama sebenarnya.

Ada satu sudut, orang itu ingin benar-benar berdakwah, ingin benar semua orang merasai dakwah itu.
Tapi, ada satu sudut, orang itu tak peduli pun dakwah apa benda, kerana baginya itu bukan halnya.

Ada satu sudut, orang itu bercakap kosong tanpa apa-apa tindakan.
Tapi, ada satu sudut, orang itu senyap, tapi semua kerjanya berjalan.

Ada satu sudut, orang itu memilih kawan yang baik-baik, mencari perkara yang baik-baik.
Tapi, ada satu sudut, orang kawannya bukan orang baik-baik, banyak melagha.

Ada satu sudut, orang sibuk mengejar akhirat, mendekatkan diri pada Allah.
Tapi ada satu sudut, orang hanya hidup untuk dunia semata-mata.

Ada satu sudut, orang itu benar-benar beriman, benar-benar bertaqwa.
Tapi, ada satu sudut orang itu tidak langsung percaya pada agama, pada tuhan.

Nanti, ada satu sudut, orang itu memiliki jannah untuk selama-lamanya, selama-lamanya.
Tapi, ada satu sudut orang itu diazab dan diseksa dengan api neraka, untuk selama-lamanya.


p/s: Aku selalu runsing memikirkan semua sudut-sudut ini? aku tahu menailai mana benar mana salah tetapi kadangkala sering 'LOST '. AKu tahu Allah tahu mengapa semua terjadi. Itukan aturanNya. Aku hanya boleh mencuba sedaya upaya mendapat sudut-sudut yang baik, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment