Tuesday, February 22, 2011

Nikmat Islam dalam diri

 
Pernah dengar nama Aminah Assilmi? Nama Aminah Assilmi mungkin asing bgi kita di Malaysia coz kita lebih kenal artis or bintang sukan tapi beliau tlah terpilih antara 500 individu Muslim paling bpengaruh didunia. Menurut artikel yg di google, beliau tidak pernah putus asa dalam berdakwah mengajak rakyat Amerika utk mengenal dan menerima Islam sbgai cara hidup. Antara petikan kata2 beliau adalah:-
I am so very glad that I am a Muslim.Islam is my life. Islam is the beat of my heart.Islam is the blood that courses through my veins. Islam is my strength. Islam made my life so wonderful and beautiful. Without Islam I am nothing and should Allah ever turn His magnificent face from me, I could not survive”.
Perhatikan pula petikan ini:
Aminah assilmi was a renowned female scholar of Islam  she traveled around the United States to give lectures , her personal story has admired hundreds of individuals ,she was also President of  International Union of Muslim Women , the organization that  has many achievements  under its belt.
Berikut adalah perkara menarik ttg beliau:

1.    Lahir sebgai seorang Kristian;
2.    Berkahwin dan mempunyai anak;
3.    Memeluk Islam semasa di universiti;
4.    Diceraikan suami kerana Islam;
5.    Hak penjagaan 2 orang anaknya diberi oleh mahkamah kepada suaminya;
6.    Ayahnya pernah m'ugut bunuh, jika tidak kembali ke agama asal
7.    Diberhentikan kerja oleh majikan kerana pakaian hijab yang beliau pakai;
8.    Hilang begitu banyak rakan dan sahabat kerana Islam;
9.    Islam tidak menghalang beliau untuk meneruskan hubungan silaturrahim dengan keluarga beliau walaupun dibenci dan dicemuh ahli keluarga sendiri. Buktinya, setiap tahun beliau akan menghantar kad-kad ucapan mengikut hari-hari tertentu. Di dalam Kad-kad itu ditulisnya petikan dari hadith dan Al-Quran tanpa menyebut sumber petikan tersebut.

Yang paling menarik berkat ketabahan dan kesabaran beliau:

1.   Usaha dakwah tanpa kenal putus asa tlh membuka hati neneknya utk memeluk Islam di usia 100 tahun.
2.  Ayahnya yg pernah mengugut utk membunuh Aminah,memeluk Islam selepas neneknya.A
3.  Beberapa minggu selepas keislaman ayahnya,ibu kandung Aminah menyatakan hasrat untk memeluk Islam.Ibu beliau memintanya supaya merahsiakan keislamannya daripada pengetahuan ayah Aminah tanpa mengetahui bahawa suaminya sendiri telah memeluk Islam lebih awal dari beliau.
4. Adik perempuan aminah yang pernah mengugut untuk menghantar Aminah ke rumah sakit mental juga memeluk Islam selepas itu;
5.  Anak lelaki amiinah sebaik sahaja mencapai umur 21 tahun menghubungi Aminah dan menyatakan bahawa dia ingin mengikuti jejak langkah ibunya yang memilih Islam sebagai cara hidup;
6. 16 tahun selps perceraiannya,bekas suami memeluk Islam. Bekas suaminya menyatakan bahawa pemerhatiannya sepanjang 16 tahun ke atas bekas isterinya telah melembutkan hatinya untuk memeluk Islam. Malahan dia juga mahukan anak perempuan mereka memeluk Islam;
7. Anugerah paling besar untuk Aminah ialah apabila beliau berkahwin lg dgn seorang lelaki Muslim. Walaupun doktor menyatakan bahawa Aminah tidak lagi boleh mengandung, Allah m'anugerahkan Aminah dengan seorang anak lelaki yang comel. Kata Aminah If Allah makes a gift to someone, who can prevent Him? It was truly wonderful blessing from Allah, and so she named him ” Barakah”. 

Usaha gigih Aminah tanpa kenal putus asa menarik ramai rakyat Amerika memeluk islam. ceramah beliau sentiasa diminati. Akhlaknya benar-benar mengikut akhlak Islam berjaya mencairkan hati seluruh ahli keluarganya yang terdekat untuk memeluk Islam. Sikapnya yg tak pernah kenal putus mbuatkan ramai yg  tertarik dengan perubahan pada dirinya. Benarlah, Islam datang untuk memperbetulkan akhlak dan kelembutan dan hikmah dalam diri.

Tanpa sempat mengenalinya, beliau telah dijempot Allah pd mac 2010 dalam kemalangan jalanraya  di Newport, TN pada 5 Mac 2010 dlm perjalanan pulang sebaik shj selesai menyampaikan ceramah di New York pd usia 65 tahun. Aminah Assilmi pulang ke pangkuan Allah dalam keadaan ketika selesai mengajak manusia kembali ke jalan Allah...Janji Allah dengannya..bagaimana pula dgn janji kita???

Disaat ini, aku berharap Allah akan buka pintu hati Mr david dan keluarganya. Mr David adalah jiran aku sewaktu di Lembah Beringin, mengajar di Kolej UEM, dan sudah berada di Malaysia lebih 10 tahun.Sudah berkahwin dgn wanita Cina dari melaka dan mempunyai 2 org anak lelaki, Eric dan Christopher. Keluarga aku dan keluarga Mr David sgt rapat,mereka kerap kerumahku. Moga mereka sekeluarga diberikan nikmat iman dan islam dalam diri...amin

Friday, February 18, 2011

Zakat

Sedari dilahirkan sehinggalah tiba saat kematian semua telah ditetapkan oleh Pencipta...Janji Allah itu pasti. Semua itu bergantung pada kita sebagai hamba untuk mencorakkannya. Contohnya, lahirnya seorang manusia, Allah sudah siapkan rezekinya sepanjang penghidupannya, cuma cara kita mencari rezeki itu dari sumber halal ataupon haram. 

Aku terfikir, mengapa pengemis masih bertebaran di jalanan dan masjid, sedangkan kutipan zakat saban tahun mencecah nilai jutaan ringgit? Jumlah kutipan yang dilaporkan setiap tahun sepatutnya tidak akan memungkinkan jumlah pengemis2 khususnya orang islam sendiri..Sewaktu pulang mengambil adik aku sekolah harini, aku bersembang dengan seorang yg bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ditangannya sekeping kertas tertulis senarai penerima bantuan JKM tahun ini. Dalam senarai itu, cuma 30 orang sahaja berbangsa melayu, selebihnya kaum cina dan india...

Aku bertanya padanya, 'sikitnya org melayu dpt bantuan JKM kak, padahal ramai yang miskin'...
Dia menjawb 'org melayu rata2 dapat zakat'...
Aku jawab balik kat dia 'india ngan cina pon ada tokong yang bagi' ....
Dia menjawab 'duit zakat kurang la tu'...Akak tu pon senyap~

Ok..berbalik kepada soal zakat...Mereka kata ramai yang dapat bantuan dari pusat zakat tetapi mengapa kadar kemiskinan semakin meningkat? Aku cuba mencari2 puncanya..Antara punca yang aku terfikir adalah:

*Masih bnyk lagi org yg tidak membayar zakat
*Prosedur nak dptkn duit zakat leceh. Tu org miskin tak apply. Kebanyakan org miskin pula tidak belajar    tinggi, so susah nak lengkapkan borang zakat. Pengalaman aku sendiri waktu nak mintak zakat utk sapa yg  dapat masuk U buat pertama kali..memeng tak mesra pelanggan borangnya, akhirnya aku tak hantar pon   borang tu..aku bakul sampahkan ja hantar kat kitar semula
*Duit zakat disonglap.

*Analisaku terakhir: Pengemis mmg ramai skang...sbbnye yang kaya pon still ramai nk mengemis..belum campur lagi duit dia amik dari hak original pengemis.

“Wahai orang-orang yang beriman!Keluarkanlah sebahagian hasil usaha yang kamu perolehi dan sebahagian hasil bumi yang kami keluarkan untuk kamu[sebagai zakat]. (Al-Baqarah)
 
Ayat ini menerangkan bahawa Janganlah ada di antara kita yg pandang ringan kewajipan menunaikan rukun islam ke 3 ini kerna akibatnya sangatlah buruk. Khalifah pertama, Sayyidina Abu Bakr sendiri mengambil keputusan untuk memerangi orang-orang yang mengingkari perintah mengeluarkan zakat ini. Agaknya, kalaulah Saiyidina Abu Bakr ini ditakdirkan hidup semula di zaman kita, tentulah ramai di antara kita yang akan diperanginya. 

Aku nak focuskan kat sini adalah 'zakat pendapatan' kerana majoriti org islam didunia bekerja makan gaji. Tetapi ada sesetengah yg tidak menjalankan kewajipan ini. Saat ini, banyak kaedah pembayaran boleh dibuat secara potongan gaji dan juga bayaran secara bulanan. Dengan keadaan yang sibuk menguruskan perniagaan ratusan ringgit, urusan yg bertimbun2 sampai ada yg terleka dan terlupa utk membayar kan? Malahan kemudahan pembayaran melalui perbankan internet juga telah diperkenalkan secara meluas.  Justeru, tiada lagi alasan atau ‘excuse’ tidak sempat untuk ke pejabat PPZ atau x jumpa amil... 

“Ada pun orang yang memberikan apa yang ada padanya pada jalan kebaikan dan bertakwa, serta dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan mberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan. Sebaliknya akan mendapat kesusahan dan kesengsaraan [Al-Lail]

Zakat banyak khasiatnya...ia dapat menyuburkan harta kita, ketenangan kepada jiwa, mententeramkan malahan menyuburkan jiwa yang gersang dengan sinar keimanan. Oleh itu, marilah kita berzakat..bagi yg belum cukup haul dan nisab lagi, bayar zakat fitrah ya~ Didoakan mudah-mudahan kesungguhan kita semua untuk perjuangan ke jalan Allah akan tercapai dan diberi pahala yang berlipat kali ganda.

Monday, February 14, 2011

pErBaNdINGAN Diri~

Pernah tak semua bandingkan diri dgn org sekeliling????Contohnya dia kerja baguslah, kenapalah aku tak dapat keja macam tu..dia tu kayalah, tiap2 tahun round the globe...

Aku pun suka membanding-bandingkan diri dgan orang lain..tapi bila kerap kali buat perbandingan dan perbandingan tak kesampaian, mulalah mengeluh dan merasa sedih bila gagal mengikuti jejak langkah mereka. Pernah juga aku bertanya kepada diri kenapa tidak boleh jadi seperti mereka. Timbul perasaan sedih mengenang nasib diri yang tidak dapat menandingi mereka sehingga ada kalanya timbul rasa tidak puas hati.

Aku kadang2 suka membayangkan aku jadi pengacara tak pon host jemputan . Alangkah indahnya kalau aku dapat jadi se’glamour’ dan sepopular mereka. Pergi ke sana sini disambut peminat. Aku yakin dan pasti bahawa bukan aku seorang sahaja yg pernah berperasaan seperti itu kerana lumrah manusia suka melihat kejayaan manusia berasaskan faktor kekayaan dan  harta benda yang dimiliki. betul tak?

Memang tabiat manusia suka membandingkan diri dengan org di sekeliling. Hatta ibu bapa sendiri pun suka membandingkan pencapaian anak dengan anak yang lain....

Tetapi pernahkah kita membandingkan diri kita dengan orang-orang soleh yang telah mendahului kita.

Pernahkah kita membandingkan diri kita dengan kehidupan Rasulullah saw , khalifah  dan para sahabat yang serba kekurangan tetapi dalam masa yang sama berjaya mencipta sejarah yang hebat ?
Pernahkah kita cuba mencontohi mereka?
Pernahkah kita berusaha untuk menjejaki hidup mereka?
Pernahkah kita menjadikan mereka sebagai idola hidup kita?
Pernahkah kita meletakkan sasaran hidup kita mahu berjaya seperti mereka?
Pernahkah kita merasa mahu merebut dunia yang sedikit dengan seadanya dan meraih ganjaran akhirat yang lebih bermakna?
Pernahkah kita merasa terkilan atau kecewa kerana tidak dapat menjejaki dan mencontohi mereka?
Pernahkah semua ini terlintas di fikiran kita?

Mungkin ada yg kata, mane mungkin membandingkan diri dgan insan-insan soleh yg telah mendahului kita kerana contoh ketara kehidupan mereka tiada di hadapan mata. Aku pon selalu berfikir sedemikian. Kita tak pernah melihat bagaimana rumah Rasulullah saw di Madinah yang serba kurang dan seadanya.Kita tak pernah merasai dan memahami perasaan lapar baginda yg tidak pernah rasa kenyang 3 hari berturut-turut sepanjang kehidupannya.Kita juga tak pernah memahami perjuangan para sahabat yang menemui syahid di medan Uhud. Kita juga tak pernah merasa bgaimana sengsara Bilal bin Rabbah bila batu besar dilhempapkan dibadannya dan dijemur di tengah panas. Kita juga tak pernah melihat besar manakah istana Sayyidina Umar Al-Khattab kerana tiada kesan-kesan sejarah yang boleh dibangga-banggakan.

Jadi mana munkin kita boleh membandingkan diri kita dengan mereka tanpa meyusuri sejarah kehidupan dan perjuangan mereka. Hanya dengan membaca sejarah dan sirah kita akan dapat menghayati dan memahami kehidupan dan penceritaan mereka. Bacalah sejarah Rasulullah saw, bacalah kisah-kisah kehidupan para sahabat dan kisah-kisah para salafussoleh yang telah mendahului kita. Kita dituntut untuk belajar daripada orang-orang yang telah mendahului kita.

Hassan Al- Basri menulis, Ketika  rumah baginda Rasulullah saw hendak dirobohkan bagi tujuan pembesaran dan perluasan Masjid Nabawi “Ketika aku masuk ke rumah baginda aku mengangkat tangan aku dan aku dapati  tanganku mencecah ke bahagian bumbung rumah. Alangkah bagusnya kalau rumah ini dapat dikekalkan supaya generasi akan datang dapat mengambil pengajaran dan mencontohi kehidupan baginda. Pada hari itu, aku melihat dan mendengar tangisan penduduk Madinah yang begitu kuat sekali sehingga hampir kedengaran di seluruh Madinah ekoran sedih dan sayangnya mereka kepada Rasulullah saw”. Begitulah zuhudnya kehidupan Rasulullah saw. Lagi semasa Allah menawarkan makkah sebgai kawasan emas untuk memudahkan dakwah baginda apa ksabda Rasulullah;
''Ya Allah aku memilih kenyang sehari dan lapar sehari. Apabila aku lapar, aku akan memohon kepadaMu dengan rendah hati dan apabila aku kekenyangan, aku bersyukur dan memujiMu.

CUBALAH!!!!
Bandingkan kehidupan baginda dgn kehidupan kita.
Bandingkan kekurangan Baginda dgn kelebihan yg ada pada kita.
Kekurangan inilah yg menjadikan mereka hebat di sisi Allah dan di mata manusia.
Hebat kerana mereka memilih untuk hidup dengan sederhana, idak melampau-lampau,zuhud, tidak mengejar pangkat dan harta malah menolaknya kerana tidak mahu harta itu menduduki hati mereka.
Hebatnya mereka berbanding kita !

Contoh semasa pula, kisah hidup As syahid Syeikh Ahmad Yassin,  mati dibedil peluru berpandu tentera Israel. Beliau hidup serba kekurangan, hanya tinggal di sebuah flat kecil. Beliau pernah ditawarkan untuk tinggal di sebuah rumah yang selesa atas kapasitinya sebagai pemimpin HAMAS beliau menolak dan berkata; “Aku ingin menduduki rumah yang lebih besar di syurga kelak.”
Begitu juga Ismail haniyeh, Prdana menteri Palestin. Beliau habiskn masa kecil di kem pelarian yang tentunya jauh bezanya dengan kehidupan kita semasa kecil. Bagaimana lah perasaan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh beliau sejak kecil yang hidup dengan di kelilingi dawai berduri. Tapi Syeikh Ahmad Yassin dan Ismail Haniyeh muncul sebagai tokoh yg dikagumi dan disegani ramai khususnya dunia Islam. Mereka hebat kerana menjadikan akhirat sebagai sasaran terakhir hidup mereka. 
Justeru, mari bandingkan hidup kita dengan mereka semua. Siapalah kita berbanding mereka.
Berusahalah untuk sedih kerana tak mampu menjadi seperti mereka.
Berusahalah untuk sedih kerana iman kita lemah berbanding mereka.
Berusahalah  untuk sedih kerana jauhnya kita dari mereka.
Bandingkan kesusahan mereka dengan kesenangan kita.
Bandingkan amalan kita dengan amalan mereka.
Bandingkan kualiti solat kita dengan solat mereka.
Berapa kali pula kita bangun bertahajud di tengah malam yang sunyi berbanding mereka.
Bandingkan dan bersedihlah jika kita tidak dapat mengatasi mereka dalam hal-hal ukhrawi yang kekal abadi.
Mudah-mudahan dengan perasaan sedih dan rendah diri itu akan membantu kita memperbetulkan dunia kita yang semakin hari semakin tersasar.
Kecilkan pandangan kamu pada dunia, besarkan pandangan kamu kepada akhirat. Nescaya kamu sedang menghampiri mereka.

Saturday, February 12, 2011

Bersyukur

“Sungguh baik nasib orang yang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tidak ada habuan baik seperti ini kecuali bagi mereka yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka ia akan bersyukur, maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa musibah maka ia bersabar, maka sabar itu baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Telling you, Im currently struggle to achieve more. I always looking forward to achieve more than what I have. I want to have this, that and so fourth. Adakah aku Hamba Allah yang tidak bersyukur??..

Alhamdulillah, setakat ini aku senang dgn hidupku..Thank You Allah!! I got what I want. Tapi kita kena berusaha untuk menjadi atau mendapat yang lebih baik.. Betul tak??

Well, when you get something in this end there will be something so called –ve thingy in other end. Biasalah, semua benda pon ada baik dan buruk cuma macam mana kita tackle the issues. Kadang-kadang, I worried so much and I put stress on me..

 “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

Today, I rest my case... Let Allah decide the best for me and give me strength to face the obstacle.

Friday, February 11, 2011

Sentiasa REDHA biarpon sedikit

Pernah dengan quote ini? 'Sentiasalah redo walaupun sedikit'...Penahkah kita redho dengan apa yang ada dalam diri atau apa yang telah kita perolehi selama ini? Mungkin ada yang menjawab 'YA' ,ramai juga yg menjawab ''TIDAK

Kita mestilah redha dgn segala ketetapan dan juga ketentuan Allah ke atas kita. Sebgai hamba kita tidak berhak mempersoalkan pemberian Allah kepada kita. Kita mungkin memandang pemberian Allah sebagai buruk tetapi di sisi Allah itulah yg terbaik sebenarnya untuk kita. Tanpa kita mengetahuinya, kita menangis sedih dgn pemberian Allah yg berupa musibah pada kita. Kita sering menangis kerana sedih, sedih kerana kehilangan sesuatu paling berharga dalam hidup tanpa kita cuba mencari hikmah di sebalik musibah tersebut. Hikmah yang mungkin tidak nampak di mata, tetapi hikmah itu hanya muncul bila kita duduk bertafakur dan berfikir dengan waras, tenang dan mendalam berpandukan wahyu Allah.

Bercakap mengenai concept redha memang mudah. Tapi melaksanakan redha terutamanya setelah ditimpa musibah atau ujian yang berat sungguh2 pahit. Tetapi ketahuilah, yg pahit itulah ubat paling mujarab untuk memulih n menyedarkan kita hakikat penciptaan kita di dunia ini yang mempunyai tujuan. Manakala yg manis tak semestinya sedap n indah kerana makanan manis bila selalu dimakan akan menyebabkan kita sakit perut atau mendatangkan mudarat-mudarat lain seperti penyakit kencing manis.

Begitulah cara Allah mendidik hambanya. Tak semua yg manis diberikan dan tidak semua yang pahit dihulurkan. Manis dan pahit diberi Allah bersilih ganti kepada hambanya supaya hambanya tahu bersabar dan  bersyukur atas nikmat yang diberikan. Jika kita fikirkan secara mendalam melalui mata hati, tidak ada satu pun pemberian Allah yg tidak baik, semuanya baik belaka. Tinggal lagi akal manusia  tak dapat mempertimbangkan berasaskan timabangan Islam. Sbb itu konsep redha cukup ditekankan dlm Islam yg berkait rapat dgn rukun iman iaitu beriman dengan Qadha dan Qadar. Jika kita redha dengan Allah maka Allah akan redha dengan kita.

Sukarnya merealisasikan takrifan t'sebut tetapi sekiranya kita boleh merasa gembira, mampu senyum dgn musibah atau ujian yang menimpa kita maka itu tandanya kita sudah menggapai redha. Biarpun di luar sana masyarakat sekeliling memandang sedih dgn penderitaan yg kita tanggung namun jika hati kita masih berlapang dada menerima seadanya sebagai takdir Allah yang perlu ditadbir dengan sebaik-baiknya, maka itulah redha.

Moga kita semua mampu menggapainya, walaupun terasa sukar untuk mengamalkannya. Bermohonlah supaya diberikan bantuan dan kekuatan untuk mencapai tahap redha dalam hidup kita terutamanya bila ditimpa musibah dan ujian yang berat dalam hidup kita. 

Monday, February 7, 2011

BUAT BAIK DIBALAS BAIK

Harini aku nak ceritakan pada kalian kisah orang kaya dengan pengemis....Buat baik pasti dibalas baik tetapi jika dibalas jahat, sentiasalah redho dan anggaplah itu ujian dari yang maha Esa. 

Suatu hari, seorang lelaki terkaya telah bertemu dgn seorang sufi yang berpakaian compang-camping. Dia kelihatan terlalu miskin. Orang kaya berasa kasihan, lalu dia memberi sedekah sejumlah wang kepada sufi tersebut. Setelah mendapat wang itu, sang sufi memandang muka orang kaya itu dan bertanya, “Apakah tuan mahukan wang lagi sekiranya tuan berpeluang untuk memilikinya?” Orang kaya menjawab, “ Sudah tentu aku mahu.” Sang sufi pun membalas, “Kalau begitu, ambillah semula wang ini kerana tuan sebenarnya lebih miskin daripada saya. Tuan masih memerlukan wang, sedangkan saya tidak memerlukannya.”

what can u reflect about this story?
kita ni agaknye watak yang mana satukah? sang sufi atau orang terkaya tu...

no wonderlah..kat dunia ada banyak sangat orang kaya nowadays ni tapi miskin sebenarnya... kaya luar, miskin dalam.. kaya harta, miskin budi.. kaya di dunia, miskin di akhirat, rasa harta mereka tak cukup2 ini dinamakan miskin jiwa... nauzubillah... ish3..

tapi yang miskin plak lain critenye.. miskin dunia, kaya akhirat, ok..miskin dosa, kaya pahala lagi bagus.. tapi yang paling tak besh, miskin dunia, kaya dosa.. miskin harta, miskin budi..... moga Allah jauhkan..amin..
tapi sape stuju dgn aku, angkat tangan..

Sebenarnya kat dunia ni ada 4 kategori manusia,
1. paling baiklah     - orang kaya harta, kaya pahala/budi
2. sederhana baik   - miskin harta, kaya pahala/budi
3. kurang baik        - kaya harta, miskin pahala/budi
4. paling x baiklah  - orang yang miskin harta. miskin pahala/budi

so??? kita nak jadi yang mana satu?  Pilihlah..

You are the one who make the choice
everythin’ is in our hands.. =)

p/s: kompem aku kategori ke 2.. =)

Sunday, February 6, 2011

Hari jadi adikku ^Danial^

Assalamualaikum....

sepatutnya aku tulis entry ni semalam tapi kedatangan tetamu2 yang tak diundang mengganggu gugat penulisanku...ok la...entry kali ini aku nak dedikasikan buat adikku Muhammad Danial Md Anuar.. sempena hari lahirnya pada 5 February iaitu semalam....genaplah 9 tahun umornya...

Didoakan moga suatu hari nanti akan menjadi kebanggan keluarga dan agama, juga menjadi seorang mujahid islam...amin~

Danial tersenyum manis~

Thursday, February 3, 2011

Zon lalai dan leka

Dahulu dan juga sekarang, aku bebas bergerak ke sana ke mari. Tiada siapa mempersoalkannya kerana kepercayaan keluarga yang amat tinggi pada diriku. Namun ada kalanya hati kecil aku sendiri yg  bertanya ke mana hala tuju hidup aku sebenarnya. Terasa kosong.

Dahulu, untuk mengisi jiwa yg kosong aku suka keluar “outing” selepas habis kuliah. Boleh dikatakan tiap2 hari aku akan duduk lepak di seksyen 2 (pekena ABC + keow teow kungfu), kompleks PKNS, menjamu mata, Sup Ani Utara di plaza alam sentral sambil menikmati sup daging panas + telur masin dan limau suam bersama geng2dan dormmate yg sempoi. Semuanya kerana ingin mengisi masa santai supaya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menggembirakan lagi bermakna. Study??? boleh dikira berapa jam aku peruntukkan masa untuk study...

Ada kalanya aku temani teman-teman untuk ‘window shopping’ di pusat beli belah seperti  Plaza Alam Sentral, SACC Mall, Mid Valley. Sungguh indah saat itu bila dikenang-kenang kembali. Aku benar-benar bebas menikmati hidup sebagai orang muda. Ketika itu umurku dalam lingkungan 21 hingga 23 tahun.

Adakalanya aku hilang tujuan. Tidak tahu hendak ke mana. Semua tempat telah diterokai. Semuanya terasa membosankan. Hidup terasa sungguh “dull and somber“. Tawar dan tiada perisa. Apakah yang menyebabkan tawar? Kenapa jiwa terasa kosong? Kenapa hidup terasa tidak bermaya? Aku tercari-cari lagi…Ketika bersama teman-teman rapat melakukan aktiviti bersama, gembira dan ceria sahaja. Namun kegembiraan dan kegirangan ini tidak kekal lama dan jiwa kembali kosong. Entah mengapa….. 

Akhirnya, aku mendapat jawapannya. Jiwa kosong kerana tiada pengisian. Pengisian dgan ilmu mengenal Allah. timbul juga rasa penyesalan yg amat sangat kerana membuang masa begitu lama.

Mengenang kembali zaman jahiliah yang pernah dilalui, terasa amat sedih dengan akhlak /adab ketika itu. Amal ibadah sambil lewa manakala halal dan haram kurang dititikberatkan.  Bukan aku tak tahu semua ini, bukan tidak pernah belajar, bukan tidak pernah diberi peringatan.alasan aku, lupa dan EGO...nasihat dan ajakan kawan2 yang terdiri dari budak2 surau tidak aku endahkan..Cuma pd bulan ramadhan mujurlah diberi dorongan untuk mengerjakan amalan yang tidak seberapa....

Tidak dapat dibayangkan jika aku dijemput menghadapNya ketika waktu penuh kelalaian itu. Mengenangkan apa akan aku hadapi ketika di barzakh menjadikan aku bimbang juga.

Bersediakah aku dengan skema jawapan untuk menghadap mungkar dan nakir?

Di mana pula peguambela-peguambela aku seperti solat, puasa, zakat, haji, Al-Quran yang dijangka akan membantu dalam menghadapi soal jawab itu kelak?

Bersediakah mereka untuk membelaku? Cukupkah kelengkapan yang telahaku sediakan untuk mereka? Mantapkah hujah mereka nanti ? Akan datangkah mereka membela aku atau mereka akan meninggalkanku kerana aku tidak pernah mempedulikan mereka ketika di dunia? Alangkah ruginya….

Agaknya jika kerugian aku ini boleh ditaksirkan seperti di dunia, mungkin aku adalah seorang yang muflis.  Muflis dengan amalan kosong menghadap Tuhan. Solat pun dalam keadaan lalai malah terkadang  terlepas waktu sebab sibuk dengan kerja yang tidak berfaedah….tido sampai lemah otak...keluar sampai melupakan masa....Puasa sekadar lapar dan dahaga sahaja. Al-Quran… jarang-jarang diselak apatah lagi  berusaha untuk memahami maksudnya. Zakat… tidak pernah diendahkan.  Bersedekah?? ...Wang banyak dihabiskan untuk aktiviti libur dan menghibur hati... Sungguh, aku berada di dalam zon leka dan lalai.

Aku tersedar macam baru bangun dari mimpi yang panjang. Kuliah magrib td, Surah As-Sajadah ayat no. 12 bermaksud:
” Kalau sekiranya engkau lihat, ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepala kepada Tuhan mereka seraya berkata : Wahai Tuhan kami! Kami telah melihat dan telah mendengar (seruan Rasul), maka sebab itu kembalikanlah kami ke dunia supaya kami kerjakan amalan soleh, sesungguhnya kami sekarang sudah yakin.
Ketika di dunia mereka telah diberi peringatan tentang hari pertemuan mereka dengan Allah yakni hari akhirat. Malah telah sampai para rasul untuk memberi peringatan kepada mereka dan mengajak mereka ke jalan Allah namun tidak diendahkan, sehinggalah mereka menemui Allah dalam keadaan tidak bersedia. Mereka meminta supaya dikembalikan ke dunia supaya dapat melakukan amal soleh namun segalanya sudah terlambat buat mereka. Keyakinan mereka di saat mereka dibawa menghadap Allah sudah tiada gunanya kerana pintu taubat telah pun tertutup buat selama-lamanya.

Ayat ini telah membuat aku  mengelamun jauh mengingati saat-saat lalaiku...Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana menyedarkan aku sekali lagi pada waktu ini. masih belum terlewat.
  
"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati-hati kami, setelah engkau memberi hidayahmu”
Mudah-mudahan aku akan bertambah elok kelak. Risau juga kerana acapkali aku terleka semula disebabkan hal remeh temeh..Aku kena lebih Istiqamah dalam melakukan sesuatu tak kira dalam apa jua keadaan. Jgn biarkan diri dijadikan bahan kataan...Jadikan Allah sebagai penguat hidup, bukan yang lain!...

p/s: CNY yang melemaskan....harap maklum dah pukul 12am skrg..sila hormati jiran tetangga!

Tuesday, February 1, 2011

Rezeki

Assalamualaikum...

Entry kedua pada hari ini. Harini terasa semacam hari cuti, kerana kakakku tidak bekerja sebab cuti wilayah. So, terasalah macam hari sabtu.

Pukul 9am, mak aku ke sekolah adik untuk men'setel'kan perkara berkenaan pertindihan pendaftaran sekolah. Datang dengan cara baik tapi sungguh kurang sopan guru besar sekolah itu. Geram sunggoh melihat perangainya. Menggunakan kuasa yang ada dengan cara yang salah. Akan aku adukan kepada tata tertib nanti. Kadangkala, aku merasan kasihan pada guru guru pada hari ini. Beban kerja yang dipikul sangat berat, masa juga agak panjang. Tidak macam guru sewaktu aku bersekolah, murid balik guru juga balik..itu kira ok la juga..di sekolah agama..murid dah masuk kelas, guru masih tak muncul muncul...itu di zamanku, zaman sekarang sudah banyak berubah. Cuma yang mengecewakan aku disini adalah cara/adab guru dengan ibu bapa dan murid murid. Kalau kena buku dengan ruas tidak mengapa, tetapi jika tidak amatlah menyedihkan bagi pihak yang tertindas.

Aku sempat berbual dengan temanku yang juga seorang guru tentang hal adik aku ini. Dia sangat positif, bukan seperti guru besar yang bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Semua general order dimalaysia ini, manusia yang menggubalnya.Ia digubal mengikut permintaan dan boleh juga diubah mengikut permintaan dan keperluan semasa. Inilah yang pihak golongan bawahan tidak tahu...permata contohnya didaftarkan dibawah jabatan perdana menteri...tapi untuk apa??? apa keperluannya??? semua sebab kroni. Apalah salahnya masalah golongan bawahan khususnya orang melayu didengari. Kita sama bangsa dan agama, mengapa perlu dimusuhi sesama sendiri. Jika mazmumah dalam diri masih tegar, bagaimanalah sifat mahmudah mahu diterapkan.

Sempat pula kawanku bercerita tentang rezeki setiap insan dimuka bumi ini. Dikaitkan dengan cerita kesah pasal semut dengan nabi sulaiman A.S..Walaupun aku rasa tak berapa berkait tetapi ada pengajarannya yang dapat dikongsikan bersama.

Nabi bertanye,"hai semut..brapa byk gandum kamu makan dlm setahun?.."
Semut tu kate,"sebutir shj utk setahun.."
Nabi sulaiman A.S pon meletak semut tu bersama sebutir gandum didlm sebuah botol  

Selepas setahun,nabi dtg balik kat semut tu..

Nabi melihat,semut tu makan setengah je gandum..
Nabi pon tanye kat semut tu,"kenapa makan setengah je?bukan ke kamu makan sebutir utk setahun?"
Semut pon jawab,"dulu (sebelom masuk botol) tawakkal aku pada Allah..maka,aku tak takut untuk makan byk2 kerana aku yakin Allah akan sentiase ingat kat aku dan akan supply aku dgn rezekinye yg berterusan..tp skarang (ble dok dalam botol) tawakkal aku pada engkau..aku takut kau lupekan aku jd aku makan sket2 supaya ade simpanan utk tahun depan.."

mereka makan dengan lahapnya kerana percaya rezeki itu milik ALLAH


Allah ternyata Maha Berkuasa dan Maha Kaya. Setiap rezeki yang diberikan adalah tanda kekuasaanNya.

Mulianya setiap pekerjaan

“Mamak!! Teh tarik satu”
“Akak saya nak order……..(blablabla…).”
“eh, xnk la yg td kak, saya nk order yg lain”
“eeee….x sedap la nasi nie….”
“saya order lain…nape dpt yg lain”
“kak, apa yg ada kt sini..apa yang special”
“abg! Mana makanan kita org..dah lama dah tggu nie..”
“ambik baliklah la makanan nie..ktorg x jadi makan kat sini…” 

Familiar tak dengan ayat2 kt atas nie..Bagi yg slalu makan kt restoran, kedai makan, warung-warung atau gerai-gerai. inilah antara ayat yg sering kita utarakan kpda pelayan2 gerai sama ada sedar ataupun tak. Sebagai seorang customer, kitalah yg slalu merasakan kita betul..customer always right. Kita akan merasa x puas hati bila apa yg kita order x dpt @ lmbat dapat. Kita juga akan rasa menyampah bila org yg ambil order kita tu x mesra pelanggan, muka asyik mencuka 24 jam. Kalau bleh kita nk apa yang kita order sedap, cepat siap dan murah hargannya..betul tak?? Kita nak org yang melayan kita dengan penuh tatatertib dan sopan santun… 

Tapi pernah tak kita terpikir apa perasaan seorang pelayan gerai, restoran dll , apa yg pelayan itu rasakan ketika mjalankan tugasnya. Bak kata pepatah “ Always put yourself in other’s shoes. If you feel it hurts, it will probably hurt the other person too” Cuba bayangkan kita berada di tempat org lain, sedikit sebanyak kita akan cuba fahami apa yang org lain rasakan. Pelayan2 ini adalah insan biasa yang lagi lemah di dunia ini. Kita semua x lari dari ujian yang Allah berikan.Mungkin kita x tahu ada di antara pelayan ini punyai kerumitan hidup mereka tersediri..Walau apapun, kita sebagai pelanggan seharusnya berasa bersyukur kerana masih ada lagi golongan pelayan gerai yg masih lagi melayan kerenah kita yang pelbagai.Walaupun pertolongan mereka nampak kecil dari pandangan mata kasar kita. Tapi x salah kan untuk kita mengucapkan terima kasih dan kedua-dua pihak akan merasa senang.

Dimana Kemuliaan Pekerjaan kita?
 
Begitulah keadaan yg kadang-kadang membelenggu kita. Kadang-kadang kita terlalu memandang hina pekerjaan yang dilakukan bukan disebabkan kerana apa-apa, tetapi hanya disebabkan gaji yang kecil.Tidak pernah dilihat bahawa gaji yang kecil itu lebih berkat jika disertai dengan syukur dan sabar disamping diteruskan usaha mencari ilmu. Setiap pekerjaan adalah mulia selagi ia adalah halal sisi agama. Laksanakanlah pekerjaan kita dengan penuh rasa tanggung jawab.

Pekerjaan yang disertai dengan niat menjauhkan dirinya dan keluarganya dari meminta-minta, jauh dari harta curi dan samun, dari segala yang diharamkan, maka ia sudah cukup memuliakan pekerjaan yang dilakukan. Kerana dengan gaji yang ada itulah, ianya memanfaatkan sebilangan ahli keluarga kita dari sikap meminta-minta. Dengan pekerjaan kita itu juga kita memberi manfaat pada mereka yang memerlukan tenaga kerja kita di bidang itu. 

Kita hidup di zaman ilmu. Sesiapa yg tidak punyai ilmu, tidak akan dipandang oleh sesiapa pun. Dengan ilmu, kedunguan terangkat, kebodohan tertutup , pintu kejahilan tersekat, akal disuluh dengan cahaya, dan cahaya sentiasa menerangi tempat yang gelap. Maka dengan ilmu, seseorang akan bisa mengharungi perjalanan yg penuh dengan segala macam rencam ini dengan penuh bijaksana. 

Maka, seseorang yg bekerja, sehina manapun dimata manusia, tetapi apabila dirinya sentiasa disulami dengan ilmu, maka kemuliaan akan sentiasa mengiringi dirinya. Bukankah ada ayat yang menyebut “sesungguhnya orang-orang yang takut dikalangan hamba Allah adalah dikalangan Ulama’” Maksud ulama di sini, adalah mereka yang mempunyai ilmu. Apabila sseorang mempunyai ilmu, maka ia semakin menghampirkan dirinya kepada Tuhan. semakin ia mempelajari sesuatu perkara, ia merasakan bahawa semakin cetek ilmunya yg ada. Perasaan merendah diri yg timbul hasil dari ilmu yang dipelajari inilah yg mgangkat martabat dirinya selaku hamba Allah.

Ilmu Allah itu luas, semakin mempelajarinya semakin dirasakan bahawa kekuasaan Tuhan dan kebijaksanaannya jauh lebih hebat dengan kecerdikan yang ada pada diri kita. Perasaan merasakan dirinya kerdil , tidak punya apa dan sangat tidak berkuasa akan timbul apabila ilmu yang dipelajari ini semakin dihayati. Semakin lama, semakin kecut hati pada Tuhan semakin merasa rendah diri pada Tuhan dan semakin kurang melakukan dosa. Apakah yang lebih mulia dari ilmu yang mendatangkan gerun dan rendah diri pada Tuhan? 

Benarlah bahawa orang2 yg berilmu itu lebih dekat pada Allah dan lebih takut dan gentar pada kekuasaan dan azabNya.Semakin banyak ilmu padanya semakin merendah dirilah dia.

Sentiasa ingat dalam diri....Apabila kita diberi kelebihan harta, ingatlah bahawa Nabi Sulaiman tidak pernah derhaka pada Tuhannya disebabkan harta yang ada. Jika kita diberi kelebihan pangkat , ingatlah bahawa Nabi Muhammad diberi kelebihan pada menguruskan hal ehwal pemerintahan , tetapi keadilan tetap ditegakkan. Jika kita diberikan kemerduan suara, ingatlah Nabi Daud tidak pernah bongkak dengan suaranya yang merdu. Kecantikan wajah tidak pernah menjadikan Nabi Yusuf derhaka pada Tuhannya tetapi ia semakin mendekatkan Nabi Yusuf dengan Tuhannya. Kesulitan yang dihadapi tidak pernah menyebabkan Nabi Ayub berputus asa dari Rahmat Tuhannya. Inilah contoh-contoh manusia yang diberi kelebihan tetapi kelebihan yang dimiliki mereka tidak pernah menjauhkan mereka dari merasa rendah diri dan semakin pula mereka mendekatkan diri mereka pada Allah, Tuhan Semesta Alam. 

Kesimpulannya, kemuliaan seseorang bergantung sepenuhnya pada besarnya manfaat pekerjaan kita kepada manusia seluruhnya. Carilah manfaat apakah dari pekerjaan kalian itu,moga-moga ianya membantu dalam meraikan manusia dan seterusnya mendekatkan diri kepada Allah

Akhir kata..buat semua pelayan-pelayan restoran, gerai, warung dll yang pernah aku kunjungi, yang nelayan kerenah aku..terima kasih atas layanan anda selama ini (“,)