Pernah dengan quote ini? 'Sentiasalah redo walaupun sedikit'...Penahkah kita redho dengan apa yang ada dalam diri atau apa yang telah kita perolehi selama ini? Mungkin ada yang menjawab 'YA' ,ramai juga yg menjawab ''TIDAK
Kita mestilah redha dgn segala  ketetapan dan juga ketentuan Allah ke atas kita. Sebgai hamba kita tidak  berhak mempersoalkan pemberian Allah kepada kita. Kita mungkin  memandang pemberian Allah sebagai buruk tetapi di sisi Allah itulah yg terbaik sebenarnya untuk kita. Tanpa kita mengetahuinya, kita menangis  sedih dgn pemberian Allah yg berupa musibah pada kita. Kita  sering menangis kerana sedih, sedih kerana kehilangan sesuatu paling  berharga dalam hidup tanpa kita cuba mencari hikmah di sebalik  musibah tersebut. Hikmah yang mungkin tidak nampak di mata, tetapi  hikmah itu hanya muncul bila kita duduk bertafakur dan berfikir dengan  waras, tenang dan mendalam berpandukan wahyu Allah.
Bercakap mengenai concept redha memang  mudah. Tapi melaksanakan redha terutamanya setelah ditimpa musibah  atau ujian yang berat sungguh2 pahit. Tetapi ketahuilah, yg  pahit itulah ubat paling mujarab untuk memulih n menyedarkan kita  hakikat penciptaan kita di dunia ini yang mempunyai tujuan. Manakala  yg manis tak semestinya sedap n indah kerana makanan manis  bila selalu dimakan akan menyebabkan kita sakit perut atau mendatangkan  mudarat-mudarat lain seperti penyakit kencing manis.
Begitulah cara Allah mendidik hambanya. Tak semua yg manis diberikan dan tidak semua  yang pahit dihulurkan. Manis dan pahit diberi Allah bersilih  ganti kepada hambanya supaya hambanya tahu bersabar dan  bersyukur  atas nikmat yang diberikan. Jika kita fikirkan secara mendalam melalui  mata hati, tidak ada satu pun pemberian Allah yg tidak baik, semuanya  baik belaka. Tinggal lagi akal manusia  tak dapat mempertimbangkan  berasaskan timabangan Islam. Sbb itu konsep redha cukup ditekankan dlm  Islam yg berkait rapat dgn rukun iman iaitu beriman dengan Qadha  dan Qadar. Jika kita redha dengan Allah maka Allah akan redha dengan  kita. 
Sukarnya merealisasikan takrifan  t'sebut tetapi sekiranya kita boleh merasa gembira, mampu senyum dgn  musibah atau ujian yang menimpa kita maka itu tandanya kita sudah  menggapai redha. Biarpun di luar sana masyarakat sekeliling memandang  sedih dgn penderitaan yg kita tanggung namun jika hati kita masih  berlapang dada menerima seadanya sebagai takdir Allah yang perlu  ditadbir dengan sebaik-baiknya, maka itulah redha.
Moga kita semua mampu menggapainya, walaupun  terasa sukar untuk mengamalkannya. Bermohonlah supaya diberikan  bantuan dan kekuatan untuk mencapai tahap redha dalam hidup kita  terutamanya bila ditimpa musibah dan ujian yang berat dalam hidup kita. 
 
sgguh indah kalau memiliki hati yg redha dan yakin akn ketentuan allah..
ReplyDeletenice post =)
thanks bro =)
ReplyDeleteamacm jalan2 cuti?? semoga bermanfaat hndknya~
jalan2 ok je..cume keletihan sedikit..
ReplyDelete