Consistant or dlm bahasa arab'istiqamah' ialah petua terbaik utk kita berjaya.Biar pon kadangkala kita tak sehebat orang lain namun, berterusan dlm membuat sesuatu perkara akn membawa seseorg itu ke puncak kejayaan. Diibaratkan, pejalan kaki yg berjalan berterusan berterusan akan sampai jua ke destinasi yg dituju berbanding dgn pelari pecut yg akn keletihan separuh jalan lalu berpatah balik, atau pon singgah dimana2 makan cendol atau mungkin tertidor seperti sang arnab.
Consistant berkait sgt rapat dgn kefahaman dan juga keazaman. Kerana kefahaman "mengapa perlu aku melakukan perkara ini" adalah asas dalam istiqamah. Ada orang yg sangat bersemangat pada mulanya utk melakukan sesuatu. "Israel, jahanam kau!! aku akan boikot kau habis-habisan!". Namun bila tiba-tiba cuaca panas, nampak air pepsi di kedai, dibeli juga setin. Dan lebih lagi kalau dia sendiri ajak kawan-kawan yang lain makan Mc Donald dan sepupu-sepapatnya, dengan alasan 'Aku lapar la, sedap gak boleh pekena burger McD ni'..
Tanpa kefahaman, kita tak akan mampu untuk beristiqamah. Dan apabila kefahaman telah dibentuk, ia perlu diadun dengan keazaman untuk melakukannya. Antara aktivis-aktivis dakwah tidak berterusan dalam amal adalah kerana tidak faham mengapa perlu ia beramal dan memang tak ada keinginan untuk terus b'korban. Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu perkara, kita perlu faham, kita buat semua ini untuk apa? Allah? nama? harta? kedudukan dan kemasyhuran?
Dan lagi satu...,Jgn hanya ikut-ikut, nanti tersangkut. Ada juga orang yg melakukan sesuatu hanya kerana 'member' pun buat. Orang macam ini memang tak ada pendirian namanya. Dan tanpa mengetahui dengan jelas matlamat ia melakukan sesuatu perkara membuatkan ia jadi tak konsisten. Lagi pula, jika ia hanya ikut2 kawan. Kawan beli camera, dia pun nak beli camera. Kawan beli iphone, dia pun nak sebijik iphone. Akhirnya, camera mahal-mahal tersimpan dalam almari kerana tak tahu guna...sob..sob..
Mungkin ayam itu tidak menyedarinya... Tapi kita manusia yg Allah berikan akal seharusnya lebih peka dengan semangat dan iman kita yang adakalanya pasang surut, naik turun.Ainul!! Kita perlu konsisten buat sesuatu, Jangan jadi ayam...