Pernah kita menangis kerna putus cinta, perceraian, kehilangan kasih sayang manusia?
Pernah kita menangis krana gagal memperolehi apa yg dihajati dalam hidup?
TETAPI
Berapa ramailah yg pernah menangis kerana Allah, gerun dgan azab Allah yg pedih, kerana menginsafi dan menyesali dosa2 terdahulu yg telah dilakukan?
Berapa ramai pernah menangis kerana rindukan Nabi Muhammad?
Berapa ramai menangis ketika membaca Al-Quran?
Sabda Nabi: “Tidak ada sesuatu yang lebih dicintai Allah daripada 2 titisan dan 2 bekas melainkan titisan air mata kerana takut kepadaNya dan titisan darah yang mengalir di jalanNya (jihad) (Riwayat Tirmidzi)
Menangis kadang2 dipandang aneh sebahagian besar dari kita. Namun menangis keraa takutkan Allah atas dosa2 yg telah dilakukan mampu membuka pintu redha dan cintaNya serta menghalau murkaNya
Sabda Nabi : ” 2 mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga kerana berjihad di jalan Allah.
Sesiapa yg berjuang merendahkan jiwa dengan memaksa diri untuk menangis, maka Allah telah memberikan hidayah kepadanya agar dapat menangis dan diberikannya taufik dalam melakukannya.
Menangis kadang2 dilihat remeh oleh sesetengah manusia. Malah dianggap sebagai lambang kelemahan seseorang kerana hatinya yg dikatakan sensitif. Pandangan manusia lebih diutamakn dari pandangan Allah. Ingatlah, Apa yang baik di sisi manusia belum tentu baik di sisi Allah. Apa yang baik di sisi Allah adalah yang terbaik untuk manusia.Jgn biarkan pandangan manusia mengatasi pandangan Allah terhadap kita.
Tapi menangis kerana Allah itu tandanya hati kita amat sensitif dgn dosa yg telah dilakukan lantas menimbulkan rasa penyesalan dan keinsafan yg mendalam. Tangisan yg melambangkan rasa kerendahan seorang hamba kepada PenciptaNya. Tangisan yg sebegini sebenarnya disukai Allah.
Manusia2 hebat disepanjang sejarah Islam tak pernah berhenti menangis walaupun memang telah mendapat jaminan syurga Allah. Khalifah Umar menangis semasa solat sehingga bunyi tangisannya bagaikan bunyi air yang mendidih mengikut kata riwayat2 terdahulu. Mereka menangis kerana bimbang nasib mereka di hari akhirat, bimbang jika bekalan ke sana tidak mencukupi atau tidak diterima Allah. Kita? adakah pernah tefikir tentang bekalan kita ke akhirat kelak?
Berusahalah untuk menangis hanya kerana Allah kerana tangisan iitu akan menyebabkan terhindarnya dari disentuh bakaran api neraka yg sungguh dasyat. Marilah kita bersama menanamkan azam untuk menangis kerana takutkan azab Allah yg pedih akibat dosa-dosa yg telah diakukan. Berazamlah untuk menangis biar cuma sekali seumur hidup di dunia yang sementara ini. Insyaallah kemanisan iman akan ditemui di situ.
No comments:
Post a Comment