Tuesday, March 22, 2011

Hargailah Ulama'

Ulama bukan orang yg mjadi kegilaan dan pujaan peminat seperti golongan artis. Tiada jeritan  ala histeria dri peminat, tiada siulan golongan muda, tiada red carpet or majlis anugerah ulama' popular utk mereka, tiada wartawan mlaporkan berita mereka, tiada segmen khas @ gosip yg melaporkan aktiviti hidup mereka setiap hari. Apa yg diakukan mereka dari subuh hingga esoknya tiada siapa sudi melaporkannya walaupun  ia penting utk dijadikan teladan. Nama Ulama tak se'glamour' nama artis dan penyanyi tanahair. Mereka bukan ikon atau idola yg dijadikan contoh ikutan remaja dihari ini. Cerita mereka tidak hot dikalangan manusia apatah lagi dipaparkan di dada2 akhbar. 

Sepatutnya kita kaji kehidupan mereka yg hidup seadanya. Manusia tidak mempedulikan mereka, namun mereka bahagia dibawah keredhaan Allah. Mereka tidak popular dimata manusia tetapi popular dan menjadi kesayangan Allah yg Esa. Segelintir sahaja manusia yg mengenali dan mengagumi golongan Ulama. Segelintir sahaja manusia yg mahu mendampingi golongan Ulama ini.

Kenalkah kita pada Uwais Al Qarni ??? 
Uwais tak popular langsong di kalangan penduduk bumi, tapi sangat popular di kalangan penduduk langit. dan para malaikat. Rasulullah saw juga berkata pada para sahabat mencari Uwais Al-Qarani dan pintalah didoakannya. Uwais hidup pd zaman Rasulullah saw tp bukan kategori sahabat,lg pula mereka tak pernah bjumpa krn jarak penempatan yang jauh. Uwais hidup miskin bersama ibunya di negara Yaman. Selepas Rasululullah wafat, para sahabat tidak lupa kata2 Rasulullah ttg Uwais. Uwais akhirnya ke Mekah utk tunaikan haji bersama ibunya. Umar Al- Khatab meminta Uwais mendoakannya. Doa Uwais  mustajab kerana keihklasan dan ketaqwaannya kepada Allah.

Tahun 2010, 3 tokoh Ulama besar negara pergi buat selama-lamanya. Merekameninggalkan ilmu yg berguna lg bermanfaat untuk umat ini.
Sabda Rasulullah Saw; Para ulama itu adalah pewaris nabi, sesungguhnya para nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, sesiapa yg mengambil ilmu maka dia mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu, matinya seorang alim adalah satu musibah yg sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi, ini adalah umpama bintang yg hilang sirna (di antara bintang-bintang), sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding seorang alim. (Riwayat Abu Daud, Tirmizi,ibn Majah dan Baihaqi)
Ustaz Ahmad Sonhadji popular sekitar tahun 80-an di radio Singapura dlm bidang pengajian Tafsir,  bukunya juga dibukukan dan diedar kepelosok negara. Kata org2 tua, penulisan tafsirnya mudah difahami oleh masyarakat. 

Habib Ali dari Batu Pahat sering jadi tumpuan masyarakat Islam seluruh dunia. Ramai Ulama luar negara akan singgah di Batu Pahat untuk menziarahi beliau setiap tahun. Pemergiaan beliau adalah satu kehilangan besar kepada umat khususnya Malaysia. Beliau orang yang sangat sederhana, dengan rumah yang sangat kecil, sempit dan tergolong rumah dari rakyat jelata kalangan fuqara, ruang tamunya tak pernah kosong dari ratusan botol air aqua dari para tamu yg meminta air doa dari beliau, beliau sangat santun pada para tamu dari segala kalangan, kalangan kaya, miskin, ulama, awam, dan siapapun, jika mereka kunjung pada jam makan, maka tak mungkin tamunya diizinkan pulang sebelum makan bersama beliau, dan salah satu sifat rendah hati yang sangat mengagumkan pada pribadi beliau adalah selalu meminta doa dari tamunya, tak pernah mau beliau berdoa kecuali tamunya yang berdoa, jika tamunya tak mau berdoa maka tak diizinkan pulang, demikian santun budi pekerti Beliau. Begitu istimewanya dan beruntungnya bagi mereka yang sempat mengenalinya dan bertemu dgnnya.

Hj Abdul Lathif Abdul Rahman adalah  pendidik yg gigih membangunkan Madrasah ad-Diniah al-Latifiah, Kg Kuak Luar, Pengkalan Hulu, Perak di Perak. Beliau juga salah seorang ahli Majlis Fatwa Negeri Perak cukup terkenal dengan ilmunya yg tinggi.Beliau sgt komited dgn ilmu agamanya sehingga pernah dipapah sewaktu hendak membentangkan kertas kerjanya. 

Oleh itu kita sebagai hamba Allah yg kurang ilmu seharusnya sedar bahawa Ulama adalah aset bernilai disisi Allah. Penyindiran Ulama secara berleluasa sangat mengecewakan seperti mereka tidak punya nilai dimata manusia masa kini. Cuba lihat di sekeliling kita, berapa ramai Ulama' lagi yg masih tinggal. Renunglah dan dekatilah mereka selagi hayat mereka masih tersisa. Kenanglah jasa mereka mengorbankan diri mahu memperbetulkan umat masa kini. Mintalah nasihat dari mereka dan pohonlah mereka mendoakan kesejahteraan hidup kita dunia dan akhirat.

Dengan berdamping dgn Ulama juga dpt memperbaiki hati yg rosak. Mencintai mereka samalah dengan mencintai Rasulullah saw kerana cinta mereka lebih dekat dengan baginda berbanding kita. Kita sepatutnya jadikan mereka ikon kehidupan, jadikan amalan-amalan zikir mereka contoh ikutan harian.

Tujuan aku bukanlah mahu mengagung-agungkan mereka cuma sekadar menarik perhatian masyarakat kepada kewujudan dan sumbangan mereka kepada umat.  Aku cuma mahu kita menghargai dan letakkan sumbangan  sewajarnya dan diambil manfaatnya sebagah arah tuju kehidupan dunia dengan selamat dan sejahtera.Hargailah Ulama'!!!!

No comments:

Post a Comment