Pernah merasa kecewa dlm kehidupan? Pernah berasa 'Down' dlm setiap perkara yg telah dilakukan? Atau mendapat sesuatu yg tak diharapkan? Didunia ni banyak ragam manusia, ada yg selalu menyerah kalah, putus asa tp jangan tak tahu ada 1 golongan yg aku pernah terjumpa yg harapannya sentiasa tinggi melangit. Nun jauh ke langit. Tinggi betul kan :D
Harapan yg terlalu tinggi membuatkannya seseorang itu menginginkan yg terbaik untuk diri dan hidupnya. Ia meletakkan kriteria-kriteria tertentu sbgai keselesaannya, utk menjalani kehidupan yg sempurna. Ia juga sebagai satu target agar hidup terpandu dan mempunyai matlamat yg khusus. Contohnya, sesetengah org mengimpikan teman hidup yg sempurna. Harapannya tinggi adakalanya bukan sekadar keinginan, tetapi satu kemestian bagi sesetengah individu. Satu keperluan. Lalu dgn itu, mulalah berangan-angan mengimpikan sesuatu yg belum pasti. Kadangkala tersenyum seorang diri, kadangkala ketawa kecil seakan2 tidak siuman..

Masa pula terus berjalan dan membuktikan semua impian itu satu ilusi seakan mimpi di siang hari. Permata yang diharapkan, hanya batuan pula yg dimiliki.Lantas, mulalah kecewa bersarang dalam diri sendiri. Kekecewaan yg terjadi membenarkan aura hitam menakluki dalam siri-siri kehidupan yg bakal mendatang. Harinya dan hatinya penuh kebencian, menyalahkan org lain serta tidak keruan. Kasihannya~~
Melalui teori kehidupan ini dapat mengajarkan sesuatu iaitu sikap yg terlalu memilih dan meninggikan kriteria-kriteria tertentu. Inilah yg selalunya menjadi halangan bagi kita utk mendapatkan satu kehidupan yg luas dan bebas serta bahagia. Aku ambil contoh mudah, agar cepat difahami, seorang lelaki yg hendak berkahwin mengharapkan seorang perempuan cantik lagisolehah, hidung mancung, mata biru, betis macam buting padi, leher jinjang, pinggang macam kerengga (haha).Cop, belum habis... bijak, pandai, cermat, mempunyai Phd, muda dan berbagai lagi. Jika dptlah mempunyai teman seperti yg diharapkan, beruntunglah dan bonus baginya tetapi jika sebaliknya?? Bujanglah agaknya sehingga umur menjangkau 40an. Aku teringat org selalu berkata, jangan impikan teman sebaik Khadijah andai diri tidak sesempurna Muhammad. Tapi ada yg mengimpikan teman lebih sempurna daripada Khadijah sedangkan dirinya jauh daripada peribadi Muhammad.
Sekiranya dilihat dari aspek kehidupan yg lebih luas, kita akan nampak solusinya untuk segala kekecewaan yg dihadapi. Nasihatku, jalanilah kehidupan ini dgn seadanya, bergembiralah dengan apa yg menjadi milikmu nescaya kebahagiaan hakiki bakal kamu miliki. Kebahagiaan yg sebenar ialah apabila kita bergembira dengan apa yang telah ada di genggaman kita, biarpun ia tidaklah sehebat dan secantik mana. Berhentilah merungut dan membanding-banding sesuatu kerana ia hanya mendatangkan 'down' yakni kunci kepada kemurungan.
Oleh itu, 'Berbahagialah wahai sahabatku, walau kita hanya mempunyai kehidupan yg sederhana'. Tanamlah sifat qana'ah yakni sentiasa berasa cukup dalam hati, nescaya ia akan menumbuhkan pohon2 bahagia yg akan menjadi taman syurgayg abadi. Berhentilah dari mengharapkan awanan indah di atas sana kerana hakikatnya kita hanya manusia yang tidak bersayap.
No comments:
Post a Comment