Saturday, March 12, 2011

Yang ESA Berbicara lagi

Berikutan tragedi gempa yg menimpa Jepun, aku pandang kejadian ini adlah satu musibah yg diturunkan Allah sebagai ujian pada hamba2nya. Allah berbicara dlm bahasa alam yg boleh difahami melalui pandangan mata hati yg blandaskn Al-Quran dan Sunnah. Terselit sesuatu yg ingin disampaikan dari Allah untuk difikirkan dan diambil iktibar.

Pertama, sbgi ujian trhadap keimanan seseorang, apakah akn tetap istiqamah ataupon tidak. Ini bertujuan untuk org beriman makin matang dlm menempuhi perjuangan hidup. Ujian ini sbgi satu proses pendidikan yg mengajar manusia sentiasa sabar dan mohon hanyalah kepada-Nya melalui ibadat.

Kedua, musibah ini sbagai satu teguran supaya hambanya kembali ke jalan lurus dgn bertaubat dan menyesali dosa noda yg telah dilakukan. Allah Maha pengasih lagi Maha penyayang, tak pernah melupakan hambanya. Diberinya kita segala kurniaan dan kecukupan sbgi tanda kasih sayang. Cuma manusia yg tak tahu bersyukur, masih hanyut dalam perbuataan dosa melanggar segala larangan dan peraturan Allah. Justeru Allah menurunkan musibah berupa bencana alam dan gempa bumi melambangkan bicaraNYA.

Ketiga adalah ia azab dari Allah. Sebagai seorg yg beriman, kita wajib percaya apa yg berlaku adlh dlm perancangan Allah. Bumi tak akn bergegar, laut tak akn blaku tsunami, tanah tak akn runtuh tanpa arahan Allah.

Firman Allah :Telah berlaku kerosakan di daratan dan di lautan disebabkan oleh tangan-tangan manusia”.
 
Alam cekrawala ini ada tuannya. Semua yg berlaku ada sebabnya. Jika apa yg berlaku kerana ujian dari Allah maka kita harus bersabar dan Allah akn m'gantikan kehilangan dan kemusnahan yg dialami dgn  ganjaran besar di hari kiamat kelak. Kita sbgai hambanya, segeralah kembali kejalan yg lurus dgn btaubat sblm t'lambat. Anggaplah bencana yg terjadi sbgai teguran kasih sayang Sang Pencipta kpd hamba2nya.

Harini Malaysia masih selamat. Walaupun negara2 lain dilanda gempa dan banjir  yg dasyat kita masih lagi selamat tp esok lusa tak tentu lagi. Walaupon Malaysia tak terletak dlm lingkaran api pacific yg berisiko terima gempa, namun ini tak bermakna segalanya tidak boleh berlaku. Jika gegaran kecil, bolah blaku,tidak mustahil gegaran lebih besa menyusul nanti. Sebab itu, bila jadi begini banyak2lah bertaubat dan mohon keampunan Allah. Apa yang berlaku adalah disebabkan oleh maksiat yang kita lakukan juga. Mudahan kita diberi perlindungan, keselamatan dari segala musibah yang tidak tergambarkan.

No comments:

Post a Comment