Tuesday, March 8, 2011

Entry CaCa Marba

Hari ini masuk hari ke 14 adikku Danial tidak ke sekolah kerana dibuli. Minggu lepas Cikgunya datang memberikan surat amaran pertama kepada adikku. Berlaku pergaduhan kata yg kecil disitu, malas henadk dilayan Cikgu2 yg tidak memahami keperluan adikku. Aku faham kerjaya mereka sendiri sudah dibebani dengan tugas yg berat tp apa salahnya cuba memahami keperluan adikku yg sedikit ini. Lebih lebih lagi emakku sering ke sekolah membuat pantauan pelajaran adikku. Aku pelik juga kerana ibu bapa yg sering dtg utk mengetahui prestasi anaknya diboikot manakala ibu bapa yg langsung tidak menunjukkan muka disekolah sekadar menghantar diwaktu pagi dan mengambik di waktu pulang pula disayangi. Aneh dan pelik dunia ini. Memang sudah terbalik. Akhir zaman kan.

Hari hari dirumah umpama sekolah bagi adikku. Seharian dia akan menjalani pembelajaran seperti biasa dengan bantuan mak aku. Aku mengajar pelajaran agama. Adikku masih tidak mahir membaca jawi tp Insyaallah, jika kita megajarnya hari2 dengan ikhlas..akan diganjari dengan kebaikan juga diakhirnya. Amin~

Rehat 30 minit yg diberikan emakku diisi dgn aktiviti melukis. Adikku menyuruh aku melukis gambar dibawah. Ingat senang melukis ini, rupanya susah juga ya. Burok sangat aku melukis. Pada permulaan aku bersemangat sangat tp bila dah tengok hasilnya rasa tak puas hati pulak..

Gambar 1

Aku tak puas hati, mula fikir kalau warna mungkin boleh jadi cantik tapi mari tgk apa yg terjadi.

Gambar 2

Aku mahu bercerita tentang rutin seharian sebagai seorang pengganggur tapi tangan terasa amat berat untuk menaip. Selalunya malam malam begini idea untuk menulis bagaikan air :D Hendak menulis entry berhikmah nanti dikatakan hipokrit pula. Semalam aku mendengar kritikan dari seseorang, meluahkan ketidakpuasan hati terhadap blog2 di internet ini. Dia mengatakan blog untuk ilmiah dan tentang diri mestilah dibahagikan. Aku kurang jelas juga. Blog2 yg sentiasaku follow banyak sahaja yg mencapur adukkan semua isu tanpa perlu membahagi bahagikan. Nasib baik dia tidak tahu aku ada blog juga~ wakakakak

Selamat malam semua. Panjang umor berjumpa lagi...daaa~

No comments:

Post a Comment