Wednesday, March 23, 2011

Merajuk

Petang tadi aku ke pasaraya bernam membeli barang barang dapor. Seperti kebiasaan aku suka ke tempat permainan utk menjamu mata sahaja. Seorang kanak kanak dan ibunya juga berada berhampiranku..
 
"Ibu, man nak mainan Atromen tu..boleh x?"
"Jangan mengada-ngada man, permainan kat rumah tu kan dah banyak."
 
Beberapa saat sahaja, man menangis sambil berguling2 di lantai kedai..Aku sengih je lah..'Kesian kau makcik' kataku dalam hati.

Aku teringat memori lama, adikku ke tiga juga berperangai seperti man juga. Jika kekedai, apa yg dia nak tapi tak dapat dia akan buat drama hindustan kt situ...hahaha..Aku dulu pon macam tu juga, tapi setakat merajok sahaja, takdalah sampai adegan guling2 ya.. :) Tapi aku tabek dgn umiku, adik aku guling pon, dia buat tak tahu sahaja. Ada sesetengah ibu bapa akan terus membelikan kerana malu.

Seingat aku, aku nak beli anak patong Barbie yg sangat glamour dizamanku tp umi aku tak membenarkan. Aku kecewa. Diam dan terus ikut membeli barang2 keperluan di supermarket. Then, seperti kebiasaan lepas membeli belah umiku akan belanja makan atau minum kt restoran,

"Nak minum air apa ain?" umiku bertanya.
"Tak nak minum.." kataku. (Kononnya merajuk la)
Sekali betul betul umiku tak membeli minuman (hamek kau). Hari dah la panas, tiba-tiba aku menyesal sebab merajuk.

Zaman kanak2 dulu, aku sering juga mempersoalkan semua ini. Aku tak pernah fikir kenapa umi aku tak nak beli? Aku tak pernah fikir adakah umi aku cukup duit  utk memuaskan semua keinginan aku? Yg aku tahu, kalau mintak 10, mungkin 1 je dapat. Akal yg singkat ketika zaman kanak-kanak dahulu membuatkan aku cepat m'tafsir mengikut emosi, tanpa berfikir mengapa ia berlaku. Manusia pada fitrahnya menginginkan sesuatu yg memberi keseronokan kepadanya. Dan apabila keinginan itu terhalang, maka sesuatu mengganggu perasaannya.

Zaman budak-budak minat permainan seperti patung ultraman, digimon dll. Zaman remaja pula berbeza keinginan dan kemahuan. Ia lebih tertumpu kepada kehidupan akan datang, kebahagiaan, kelapangan dan keselesaan hidup. Jika tak dapat semua ini, perlu merajuk lagi kah? Jika ada lagi org seperti ini, aku nasihatkan pergilah buat pemeriksaan kat hospital sakit jiwa dengan segera.

Merajuk memang sesuatu yg sinonim pd kanak-kanak, tapi tak dinafikan ia juga ada pada pada jiwa remaja, dewasa malah warga emas sendiri. Cuma bezanya ialah cara seseorang itu m'ekspressikannya. Hakikatnya semua tahap manusia pasti merajuk, cuma mungkin dalam berlainan bentuk.

Merajuk membuatkan seseorang berasa sempit, tak dihargai dan sakit hati. Kadang kadang merajuk juga boleh merapuhkan ikatan persahabatan . Kadang-kadang juga boleh mengundang sifat aggressif. Pada pendapatku, seseorang akan merajuk sebab dia punya sifat 'bergantung' kepada sesuatu. Cthnya, kanak2 bergantung kepada ibu bapanya untuk memenuhi permintaannya. Maka seseorang yang mempunyai sifat 'independence' atau berdikari akn lebih merasakan hidup lapang dan berusaha keras untuk memenuhi keperluan hidupnya. Ia bergantung kepada diri sendiri.

Sifat seperti ini bagiku sebenarnya adalah asas menuju kearah sifat saling bergantung @ saling membantu antara satu sama lain. Ia adalah sifat kemerdekaan, sifat murni yg juga dpt melahirkan seseorang yg mampu beberdiri atas kaki sendiri. Meneliti kehidupan pada kaca mata kematangan. Sifat 'independent' ialah kunci kecemerlangan dalam sesuatu kerana ia dpt orientasikan diri sendiri untuk memenuhi setiap keperluan, lalu secara tak langsong mendorong sifat percayakan diri sendiri. Itu yg paling penting.
 
Aku sangat bersyukur dikurniakan keluarga yg sangat sederhana. Seingat aku, kecik2 dulu memang aku agak angin sikit berbanding kakakku. Jika tak dipenuhi keingininanku, merajok panjang sampai berhari2. Mujur akak aku yg agak matang selalu memberikan nasihat. Kelakar jugak bila teringatkan zaman kecik2 dahulu. Lepas tu, aku dah tak merajok lagi pd bende2 remeh. Kalau nak beli benda yg aku suka, aku akan tanya dahulu 'umi ade duit tak klu nak beli mainan ni'. Kalau dapat kira untunglah dan mungkin akan lebih menghargai mcm patung barbieku yg masih tersimpan sampai sekarang. Sayang sangat sebab nak dapat pon susah... tp kalau tak dapat, redo ajelah.. :D

No comments:

Post a Comment