Wednesday, March 16, 2011

Ke'DAIF'an Diri

Hidup perlu ada masalah untuk kita belajar..Ceramah semalam benar2 membuatkan aku tersentuh, kata ustaz ''kita sangat beruntung dilahirkan dalam islam, itulah sebenarnya hadiah paling bernilai, bukan harta atau wang ringgit. Kita sering mengeluh jika kekurangan harta benda tapi kita tak pernah mengeluh kerana kurangnya iman''. Daifnya diri ini. Terkenang aku zaman kedaifan diri, dulu daif, sekarang pon masih daif .

Daif dalam mencari ILMU
Daif dalam TINGKAH LAKU
Daif dalam mengawal EMOSI
Daif dalam menjalani ibadah BADAH

Diantara zaman keDaifan aku yg aku masih ingat, aku sgt daif dlm membuat keputusan. Kata org enjin kena ada spark plug baru boleh start. Bile tgh konfius, kena ada org bg signal baru boleh nampak dan analisis setiap destinasi pilihan yang  akan ditempuhi. Tapi kebanyakannya yg berlaku pd diriku, singnal yg aku terima jelas dan terang, tp lama kelamaan kabur dan kelam kelamaannya. Aku pon tersasar dari destinasi asal :(

Dulu aku daif NAKAL. Kenakalan ini tidak boleh dipaksa, dia datang dengan sendirinya. Waktu darjah 1, aku lari dari sekolah agama dgn tiada alasan. Aku cuma rancang utk tak mahu kesekolah. Aku pura pura lari hingga kebalai polis dalam keadaan menangis. Bila En Polis tanya, aku cakap aku dibuli. Waktu darjah tiga pula,ku bertindak menyuntik seorang rakan dgn benda tajam, menangis kawanku, impaknya aku dirotan ustazah. Aku memang tak puas hati, lalu memboikot kawanku itu. Alasanku, dia kuat mengadu. Banyak lg kenakalan yg kalau diingat kembali sgt tak munasabah, tapi apa boleh buat, aku tidak mampu mengundurkan masa memperbetulkannya kembali.

Daif SINGLE TASKING, sebagai manusia biasa, aku mudah lupa, mudah juga terleka. Aku juga tidak terkecuali daripada itu. Brain processor aku laju kalau aku fokus kat 1 benda secara satu persatu tapi bila dah bercampur, akan jadi worst. Cthnya, formula addmath aku apply dalam math, jenuhku jawab dgn guru matematikku. Aku jadi suka bila diberi group task. KENAPA?? sebab aku boleh ESCAPE dan aku rasa itu untung! Impaknya, kerugiaan pada diriku juga bkn org lain.

Daif DAIF. Rasa x berguna sangat kalau xdpt melakukan sesuatu smpai berhasil..Rasa benci sgt kat diri sendiri bile melihat orang lain dalam kesusahan...Rasa sedih apabila sesuatu yang kita cuba tonjolkan demi kebaikan orang lain itu disalahertikan ataupun diremeh-temehkan... Tapi pelajaran yg aku dpt dari semua ini ialah manusia dicipta dengan berbagai-bagai kelemahan supaya mereka saling melengkapi serta menegur kesilapan masing2. Haruslah kita berusaha sebelum tawakal kepada-Nya
 
The WORST mistake is not to believe in yourself, niat yang baik tidak akan ALLAH kecewakan

2 comments: