Sabda Nabi:
"Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, sedikit yang melampaui itu." (Hadis Riwayat Tirmizi).
Jadi gunalah sebaiknya peluang pinjaman nyawa yg diberikan Allah dgn bertaubat dan mghambakan diri kepada yg ESA.
Nabi adalah orang yang bijak memanfaatkan umur. Kita sebagai umat Muhammad perlulah menggunakan kesempatan yang diberikan secara bijaksana dan teliti. Perkara  terpenting ialah memberi tumpuan terhadap aspek ibadah dan  menjauhkan diri daripada perbuatan yang menjejaskan kualiti amalan kita.
Rasulullah hidup selama 63 tahun saja tetapi baginda gunakan sepenuhnya demi memaju serta memartabatkan Islam. Beliau memanfaatkan 23 tahun kerasulannya utk sebarkan Islam. Khalifah Abu Bakar, memegang tampuk kepemimpinan kurang tiga tahun namun berjaya memerangi pendusta, mengembalikan orang yang telah murtad kepada Islam, bahkan berjaya menakluk kerajaan Rom dan Parsi. Sumbangan yg cukup besar hingga nama mereka kekal abadi ke hari ini.Conth lain ialah Nabi Nuh yg mampu hidup sehingga lebih kurang 1,000 tahun dan menjalankan kerja dakwah selama hampir 950 tahun.
Allah menjadikan dunia dan akhirat bagi menguji manusia terhadap amalan mereka. Jadi manusia perlu lah berlumba2 melakukan amal kebajikan. Amal kebajikan ialah amal ibadat  seperti sembahyang ,memberi nafkah dengan mencari  sumber halal, membangunkan masjid, rumah kebajikan malah perkara sebesar zarah juga termasuk dalam amalan yang baik.
Ukuran usia yg diberkati dan memberi manfaat itu bukan terletak kpd berapa lama seseorang itu hidup tetapi dinilai dari amalan kebajikan yg tidak putus2 dilakukan mereka.Tak ada gunanya juga seseorang yg panjang umurnya tapi menjadi bebanan kpd orang lain. Keberkatan usia adalah membawa dan mengajak kpda perkara bermanfaat. Hamba yg diberkati umurnya akan terasa usia yg dianugerahkan kepadanya tidak mencukupi dan begitu singkat untuk beribadah kepada Allah.
Keinginan umur panjang yg sudah ditakluki cinta kepada dunia tak akan membawa manfaat. Cukup sedih jika seorang itu mengidamkan umur panjang tapi umur itu digunakan untuk tujuan maksiat kepada Allah.
"Sabda Nabi:  
"Sebaik-baik  manusia, yang panjang usianya dan baik amalnya. Bermakna, ada orang  yang singkat umurnya tetapi dari segi kualiti amalannya cukup baik.
Setiap Muslim perlu sematkan dalam diri tujuan utama mereka  hidup di dunia adalah semata-mata untuk beribadat dan terus meningkatkan  amalan kepada Allah. Kesempatan  hidup di muka bumi ini hanyalah sementara. Cukup bererti sekali  jika meninggalkan dunia nanti nama kita akan sentiasa dikenang dan  diingati atas sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan demi agama.
Oleh itu aturlah kehidupan seharian berdasarkan fitrah  kejadian manusia. Setiap hari yang dilalui perlu diimbangi dan dibahagi sebaiknya. Masa perlu diperuntukkan untuk melaksanakan ibadat, bersama keluarga, berehat dan berlibur mengikut aturan yang ditetapkan.Allah bagi kita waktu siang untuk kita keluar mencari rezeki manakala  malamnya adalah waktu untuk beribadat kepada Allah. 
Akhir kalam, semoga kematian  kita semua dalam khusnul khatimah. Kelahiran yg diiringin ketawa gembira akan ditangisi jika kematian yg datang. Jadi, persiapkanlah diri untuk tersenyum menghadapinya. Siapkanlah lantera menghadapi malam pertama di alam barzakh. Dari Allah kita datang dan pada Allah juga kita akan kembali.

 
kirenyer lepas persiapan, tangisan waktu kematian tukar jadi ketawa...kagum..kagumm...
ReplyDelete